PART 23

Spiritual Completed 5723

Setelah 3 bulan berada di hospital.

Firdaus telah dibenarkan keluar daripada hospital.

Umi dan abinya gembira melihat Firdaus semakin sihat.

Hubungan yang terjalin antara sepupu iaitu Firdaus dan Adam semakin erat.

Petang itu mereka berdua beriadah bersama-sama di sebuah taman. Mereka berhenti rehat.

Firdaus memulakan bicara;

"Abang Adam, boleh Firdaus bertanya?"

Abang Adam mengganguk tanda menyuruh Firdaus meneruskan bicara.

"Abang Adam, semasa dekat hospital banyak benda yang saya mimpi. Tentang api, tentang seksaan tapi pada satu malam itu saya nampak satu tempat yang sangat indah. Saya nak ke sana abang. Keindahan yang tidak dapat digambarkan. Selepas itu saya teringatkan seseorang dan perkataan yang tidak boleh saya lupakan adalah hijrah. Apa itu hijrah abang?"

Abang Adam tersenyum cuba menyusun bicara; "Firdaus, abang tidak pernah mengenalimu sebelum ini. Umi dan abi pernah meluah rasa yang mereka sayangkan Firdaus, bila melihat Firdaus yang membuat aktiviti sia-sia, pulang lewat malam, tidak solat, mereka sangat sedih . Mereka hanya menegur tanpa memaksa kerana kamu sudah besar tetapi hati mereka hanya Allah yang tahu. Abang Adam merasai ini hidayah Allah untuk adik. Abang cuba terangkan sedikit tentang hijrah ye." Hijrah maknanya berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah hijrah ialah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Berhijrahlah daripada keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Firdaus, abang Adam lampirkan beberapa ayat al-Quran untuk renunganmu dan diri abang juga;

Katakanlah (wahai Muhammad )wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan-Mu" Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas"(Az-Zumar; 10)

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..(."-Ar-Ra'ad; 11)

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami beriman," dan mereka tidak diuji?("-Al-Ankabut; 2)

Abang nak bagitahu Firdaus, pertamanya segala kebaikan atau keburukan yang kita buat Allah akan menghisabnya. Buatlah lebih kebaikan untuk bekalan kita di sanamu. Kedua, Allah tidak akan ubah nasib kita kalau kita sendiri tidak mengubahnya. Kuatlah dalam proses hijrah ini. Lawan hawa nafsu. Dugaan demi dugaan yang akan datang biarlah jadi kekuatan untukmu, bukan kelemahan ye tetapi untuk menguji kekuatan rohanimu setahap mane yang kamu berada sekarang ni.

UJIAN
~ujian bukan melemahkan Ia menguatkan ~Ujian bukan menjauhkan Ia mendekatkan ~Ujian mulanya kekecewaan Akhirnya adalah senyuman

Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan

~Sesungguhnya Allah s.w.t bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka

~Barangsiapa bersabar baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah (HR.Tirmidzi)
~Tersenyumlah andai ujian datang menyapa kerana itu tanda Allah masih peduli dengan kita

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience