Telefon Firdaus berbunyi,tanda mesej masuk.
Firdaus,sekiranya kamu tidak sibuk hari ini,datanglah ke surau al-hidayah selepas zuhur
ABANG ADAM
Firdaus merasakan inilah masanya untuk memperkuatkan lagi imannya ke arah yang lebih baik.
Dia tidak sanggup dirinya kabur kerana dosa di dalam hati lagi.
Dia masih teringatkan lagi kata-kata terakhir dalam surat yang dikirim oleh Atikah iaitu hijrah,hijrah dan hijrah.
Tanpa membuang masa,Firdaus mencapai kunci kereta miliknya menuju ke surau al-hidayah.
Semangat Firdaus ingin berubah semakin membara.
Akhirnya,Firdaus sampai ke destinasi yang hendak dituju.
Ya,tidak salah lagi. Inilah surau al-hidayah.
Surau yang dapat mengembalikan nostalgia dalam ingatan Firdaus.
Ketika Firdaus berumur 17 tahun,
Dirinya masih mentah dan masih di alam persekolahan. Dia budak nakal dan sering ditegur oleh Asy,Musab dan Jemy. Oleh kerana sifat Firdaus yang sangat nakal, Asy,Musab dan Jemy meminta Firdaus datang ke surau al-hidayah.
Tetapi sikap Firdaus yang keras kepala, dia enggan pergi ke surau tersebut.
Kini,Firdaus yang sekarang bukan lagi yang dahulu. Jika dahulunya,hatinya keras pergi ke surau. Tetapi sekarang, Dia sudah berjaya menewaskan nafsunya dan godaan syaitan pun berjaya dia atasi.
Inilah kisah tentang jahiliyyah dan sekarang bertukar menjadi hijrah dalam kehidupan.
Tiada jahiliyyah,Tiada namanya hijrah
Share this novel