Ida tercari-cari sesuatu.Penat dia mencari,tak jumpa-jumpa.
Umi melihat kelakuan ida dari tadi berasa hairan. "Ida cari siapa tu"tanya umi.
"Ida cari Abang firdaus,kemanalah dia hilang"jawab Ida "
Abang firdaus keluar sebentar tadi,nanti dia pulanglah nanti"jelas umi.
Tiba-tiba muncullah kereta bmw menghala ke rumahnya.
"Haa,ade pun abang firdaus...
ida nak beri surat ni daripada ehem ehem...
abang baca sendirilah,tak naklah sibuk hal orang dewasa"
Firdaus dalam keadaan kehairanan bermonolog; "Siapa pulak yang kirimkan surat ni...
Tak mungkin Atikah.Tak mungkin!!".
Berbagai persoalan berada dalam mindanya. Dia pun baca surat itu satu persatu memahami setiap kata-kata dalam surat itu.
"Assalamualaikum,untukmu seseorang yang tidak pernah lekang namanya dalam doaku.
Aku melafaz syukur Alhamdulilah kerana doaku sudah dikabulkan Allah.Doaku hanya berharap kamu berhijrah!!. Walaupun hatiku masih sakit kerana dipermainkan kamu tetapi penghijrahanmulah ku lupakan semuanya. Bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa,namun bimbang diri akan terleka hanyut dibuai angan-angan dan terabai segala cita-citaku untuk berhijrah. Sekiranya kamu mencintaiku,kotakan janjimu yang dahulu untuk melamarku……
Yang ikhlas,
Atikah
Firdaus masih merasakan ini hanya mimpi.
Firdaus mencari Ida untuk kepastian.
Selepas ditanya-tanya,benarlah....ini surat dari Atikah.
Firdaus tidak tahu berasa gembira ke sedih. Firdaus merasakan dirinya masih belum sempurna sebelum menggalas tanggungjawab yang cukup besar tetapi pada masa yang sama,dia berasa bimbang dirinya akan terus hanyut dengan cinta yang tak halal baginya dan akan ada zina hati nanti.
Pada malam itu,Firdaus berbincang dengan umi dan abi.
"Umi,abi. Firdaus rasa sudah tiba masanya untuk tamatkan rasa rindu,sayang dan cinta yang tidak halal bagi Firdaus. Umi,abi.Kalau tidak keberatan,firdaus ingin melamar Atikah secepat mungkin"
Umi dan Abi mencapai kata sepakat bahawa mereka setuju dengan cadangan Firdaus. Firdaus pun pergi ke rumah Atikah yang sudah Ida tunjukkan. Dia pergi membawa harapan lamarannya diterima.
Share this novel