Ayah sudah melaungkan irama lagu pot pet pot pet yang menyakitkan telinga dan hati atikah.Tetapi Atikah masih membuta tuli dan memekakkan telinganya.Ayah terus melaungkan irama pot pet pot pet sambil memikirkan hukuman yang patut diberikan atikah.
.
Akhirnya,Ayah membuat keputusan yang dia rasa boleh merubahkan akhlak Atikah;
.
"Sebagai hukuman,Ayah nak Atikah duduk di luar rumah ini sampai esok pagi!!"
.
Pintu rumah dikunci ayahnya.
Sekarang bermulalah konflik dalaman.
.
Riak wajah Atikah berubah menjadi marah.
.
Kemarahannya berapi-rapi seakan-akan tiada air yang mampu memadamkan kemarahannya.
.
Marah
.
Marah kerana keputusan ayahnya dan adakalanya marah pada diri sendiri kerana balik lewat malam.
.
Atikah bermuhasabah diri di luar rumah dengan menggigil kesejukan.
Malam yang penuh dingin dan hanya disinari bulan dan bintang di langit biru.
.
Jam di tangan Atikah tepat pukul 10 malam
Suasana malam yang hening lagi gelap yang silih berganti.
Dengan bunyi cengkerik pada malam itu membuatkan bulu roma Atikah rasa seram sejuk.
.
Jauh di lubuk hati seorang bapa mengharapkan anak gadisnya dalam keadaan selamat.
Hukumannya itu mengharapkan dapat mentarbiyyah Atikah supaya Atikah dapat mengenal yang mana baik dan yang mana buruk
.
Bunyi dentuman guruh dan petir sambar-menyambar sudah mula kedengaran luar rumah.
.
Ayah sudah terlena tidur dengan tangisan airmata yang kecewa dengan sikap anaknya.
Raut wajah tua mak berubah menjadi keruh
Mak berasa risau akan keadaan Atikah di luar.
Mak membuka pintu rumah.
.
Kelihatan Atikah menggigil ketakutan
.
"Masuklah nak"tegur mak
.
Atikah masih dalam keadaan marah... Atikah segera ke bilik
.
"Tiba² telefon Atikah berdering" .
Tanda mesej masuk
.
Atikah membuka chat mesej itu.
Nama yang tertera ialah Firdaus
"Terima kasih banyak awak._
_Saya hargai setiap pertemuan yang berlaku._
_Semoga berjumpa lagi"
Fikiran Atikah bercelaru dan serabut
Atikah bagaikan hilang pendirian dan memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan marahnya.
Atikah membalas mesej dengan ringkas
"Saya memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan".
Terdengar hempasan pintu rumah tetapi itu tidak menyedarkan mak dan ayah kerana bunyi dentuman guruh yang kuat...
Share this novel