Atikah meletakkan air di luar rumah untuk umi dan ida, dia meminta diri untuk naik ke tingkat atas.
Saat itu, dia berada di birai katil, air mata yang ditahan merembes keluar.
Dia tahu dia jahat, tidak solat, anak derhaka, al-Quran tidak mahu belajar, dia pendosa, gambar-gambar dia yang dipost menjadi daya tarikan, betapa dia mencipta fitnah untuk kaum adam,
Dia bukan muslimah yang betul-betul solehah.
Dia tak secantik Ainul mardiyah.
Dia tak setaqwa Rabiatul Adawiyah
Dia tak setabah Zinnirah.
Namun,dia boleh jadi semua tokoh wanita jika dia meredahi segala ancaman musuh dari luar dan dari dalam.
Kawal 99 nafsu yang ada pada diri...
Itu paling penting yang sudah diterapkan tokoh-tokoh wanita tersebut.
Sesungguhnya ada 2 hal pada dirimu yang paling Allah cinta,yaitu lemah lembut dan tidak mudah marah[HR MUSLIM]
Dia cuba bukak al-Quran dibaca tafsiran surah al-Isra';
Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatujalan yang buruk[al-Isra' : 32]
Dia teringat hubungan dia dengan Firdaus, walaupun tidak melakukan zina tapi dia mendekati zina.
Dia menangis teresak-esak.
Bunyi pintu dibuka,
Ida melihatnya menangis,
terus mendapatkannya dan bertanya;
"Kak Tikah, kenapa ni?
Kenapa akak menangis?
Cuba beritahuIda akak.
Jangan buat Ida risau."
Atikah hanya menggelengkan kepala,
lalu memberitahu permintaanya untuk ke pantai mencari sedikit ketenangan.
Ida menggangguk sambil tersenyum.
Petang keesokannya Atikah dan Ida ke pantai.
Atikah duduk di sebelah Ida dan berkata;
"Akak suka pantai. Dia bagi akak ketenangan.
Ida tahu kenapa?"
Ida menggeleng sambil tersenyum menunggu bibir Atikah menuturkan bicara.
"Akak suka pantai, akak suka lihat ombak, akak suka kutip siput yang cantik coraknya.
Bagi akak pantai ini memberi banyak ibrah. Cuba Ida tengok ombak itu dia gigih kan?
Tetap juga menghampiri pasir walaupun terpaksa ke tengah laut kembali. Batuan yang abadi pantai tetap kuat di situ walau ditolak oleh air.
Kadang-kadang akak lemah dik tapi akak cuba bangkit.
Akak cuba baiki diri akak.
Akak sayangkan abang Firdaus,
akak hanya nak dia berubah dan halalkan akak.
Akak rindu maK dan ayah.
Akak cuba untuk tahan perasaan ini. Sekarang, akak selalu pening, tidak tahu kenapa. Akak tidak mahu susahkan umi dan abi, akak tanggung sendiri dik. Mungkin sakit ini satu cara Allah ampunkan dosa-dosa akak.
Adik doakan akak tetap kuat ye. Terima kasih sebab adik banyak bantu akak. Kak Tikah harap hubungan ini kekal hingga ke Syurga."
Mereka saling berpelukan.
Ida menangis. Dia tahu kak Atikah di hadapan dia bukan kak Atikah yang dulu lagi.
Betapa banyak ujian yang Allah bagi.
Kak Atikah adalah insan yang terpilih. Allah sayangkan kak Atikah.
Ida dan Atikah bermain air di pantai. Sambil bergelak ketawa rupa-rupanya ada insan lain yang memerhati iaitu ayah Atikah.
Dia gembira tengok pakaian Atikah dah berubah.
Dia ingin mendekati anak gadisnya tetapi dia takut anak gadisnya melarikan diri.
Cukuplah doa yang mengiringi anaknya.
Share this novel