Di rumah yang sederhana itu hati seorang ayah risau memikirkan anak gadisnya,
makan dia,
tidur dia.
Dia berasa bersalah terhadap anaknya.
Cuba dihubungi tetapi telefon anaknya tidak aktif.
Kadang-kadang,
kita rasa tertekan nak mati.
Kita fikir dapat lari daripada realiti tetapi tak,
Itu fantasi.
Ya, kita kena percaya,
Ini takdir Ilahi.
Dia ambil ayat-ayat cinta Allah,
hanya dibuka mengikut rasa hati
Tiba-tiba dia terasa Allah seperti berbicara tentang ujian ini untuk dia harungi dengan lebih tabah."
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ; "Kami beriman,"dan mereka tidak diuji?[Al-Ankabut: 2]
Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui tentang orang yang berdusta.[Al-Ankabut: 3]
Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab kami?Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.[Al-Ankabut:4]
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah,maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba dan Allah jualah Yang Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui.[Al-ankabut:5]
Dan sesiapa yang berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri;sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian makhluk.[Al-ankabut:6]
Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih,sesungguhnya kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka,dan Kami akan membalas apa yang mereka kerjakan dengan sebaik-baik balasan.[Al-ankabut:7]
Allahurabbi....
Dia terasa dia khilaf.
Dia terasa hati dia dijentik Allah untuk kembali kuat.
Sesungguhnya Allah memberi ujian ini untuk diukur tahap keimanan seseorang.
Anak dan isteri adalah ujian.
Dia harus harungi jua kerana dia tahu Allah bersama dia.
Para Nabi dan sahabat telah diuji dahulu daripada dia.
Moga ada hikmah yang akan dia temui di sebalik peristiwa ini.
Itu doa dia di dalam hati.
Bila kita redha,
itu tak bermakna berhenti berusaha. Cuma kita belajar terima setelah berkali-kali mencuba.
Allah tahu mana yg kita perlu.
Dia bersiap-siap untuk menemani isterinya di hospital.
Dia tahu Atikah renggang dengan ibunya kerana ada satu peristiwa dahulu tetapi sekarang isterinya sudah berubah.
Sudah menjadi isteri yang solehah dan ibu yang bertanggungjawab tetapi mungkin Atikah tidak dapat melupakannya.
Dia memahami perasaan anaknya itu.
Setelah sampai di hospital, isterinya memandang sayu dan berkata;
"Abang, mana anak kita?
Dia marahkan saya ke?
Abang, saya sayangkan dia,
saya nak jumpa dia untuk kali terakhir. Saya takut saya tidak sempat.
Saya nak minta maaf dengan anak kita."
Seorang suami cuba untuk kuat tetapi tetap jua menitiskan air mata sambil menuturkan kata;
"Sabarlah sayang, Atikah ada di rumah. Emosi dia tidak stabil. Nanti abang bawa dia. Awak sekarang kena cepat sembuh ye, nanti kita balik rumah pujuk Atikah, kita bawa dia pergi jalan-jalan ye.
Abang akan cuba rapatkan kembali hubungan kita semua. Sayang sabar ye. Jangan banyak berfikir.
Tidur ye.
Kena cukup rehat.
Abang sayangkan awak dan Atikah."
Kadang-kadang,
dalam hidup ini,
tak semua perkara perlu diungkapkan dengan jujur.
Penipuan ini mungkin menyakitkan hati seseorang nanti tetapi untuk melegakan hati seseorang tetap jua perlu ada pengorbanan.
Share this novel