PART 21

Spiritual Completed 5723

Firdaus pulang ke rumah, dia mencari-cari Atikah tetapi tiada bayangan pun.

Ida menyerahkan surat dan tasbih kristal kepada dia, tahulah dia bahawa Atikah telah keluar daripada rumah itu.

Cuba dihubungi tetapi nombor itu tiada dalam talian.

Firdaus tidak senang duduk, dia nekad akan cari Atikah di rumahnya esok pagi. Dia terasa amat kehilangan. Tidak tahu kenapa perasaan itu muncul.

Di dalam biliknya, surat itu dibuka, dia merenung tasbih kristal itu;

"Assalamualaikum, untukmu seseorang yang tidak pernah lekang namanya dalam doaku. Aku berharap selepas surat ini diserahkan engkau tidak mencariku lagi. Aku tidak mahu berjumpa denganmu lagi. Berilah aku peluang untuk mencari ketenangan Aku tinggalkanmu kerana Allah. Hati aku sakit saat dipermainkan tapi aku tahu ini jalan yang Allah pilih untuk aku jauhi diri daripada maksiat. Cinta kita penuh fitnah. Aku akui aku ikhlas mencintaimu. Aku terima segala kekuranganmu. Selama ini aku menolak segala godaanmu kerana aku takut untuk melakukan dosa besar dan aku simpan sesuatu yang berharga ini untuk kau nikmati bila tiba masanya. Diri ini bagaikan terperangkap dalam sangkar dosa yang aku sendiri cipta. Aku berhijrah kerana Allah. Aku berhijrah kerana aku takut Allah ambil nyawa aku. Dalam doaku, aku sentiasa doakan kau berubah. Insan yang bernama Firdaus. Tahukah engkau betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad untuk Islam, darahnya mengalir dilempar batu di Taif untuk kita umatnya. Saat aku membaca sirah itu, aku menangis kerana aku tahu aku telah kotori pengorbanan Nabi dengan maksiat. Layak ke aku dapatkan cinta Allah dan Rasulullah andai diri terus bermaksiat. Hati inginkan syurga tetapi perbuatan seperti menuju ke lembah neraka Allah. Allah. Allah. Aku doakan dirimu jua mencari erti hijrah. Jika ada jodoh Allah pasti pertemukan kita. Maaf untuk segalanya. Bawalah dirimu kepada cinta Allah dan Rasulullah. Luka kamu. Sunyi kamu. Penat kamu. Air mata kamu. Orang tak tahu. Orang tak dapat membantu. Hanya Tuhanmu yang mampu. Maka carilah Dia dulu

Lipatan surat itu dilipatnya, tahulah dia erti surat itu bahawa Atikah tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

Dia tidak tentu arah, segala kenangan, senyuman manis, tutur bicara Atikah bermain di mindanya. Dia tertekan.

Malam itu dia keluar rumah. Membawa kereta dalam keadaan yang laju untuk menghilangkan tekanan diri.

Tiba-tiba dia terasa ada kereta merempuhnya dari arah depan menyebabkan dia tidak dapat mengawal stereng dan menyebabkan kemalangan.
*-*********************************************

Hidup tanpa tekanan , bukan hidup namanya... Itu mimpi

Ad dunya sijnul mu'min , wa laa raahatan lana hatta nalqa Rabbuna. Duniya ini penjara mukmin, tiada rehat hingga kita jumpa Allah Semua orang akan merasai tekanan. Apa yang membezakan kita adalah cara kita mengawal dan mengatasi tekanan tersebut.

"Wa laa tai asu"

Jangan berputus asa[ Surah Yusuf:87]

Siapa kita hari ini. Adalah pantulan dari setiap pengalaman hidup yang kita terima semalam. Yang dah kita lalui dan ambil pelajaran. Yang menjadi sempadan dan tauladan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience