PART 28

Spiritual Completed 5723

Firdaus melangkah masuk surau al-hidayah dengan memulakan Bismillah.

Firdaus melihat suasana Surau al-hidayah dari segenap penjuru.

Dirinya terpaku dengan keindahan Rumah ALLAH ini dan tenang berada di tempat ini.

Subhanallah!!!

Inilah skrip kehidupan yang tidak pernah kita jangka.

Sebab itu,kita jangan menilai orang dari mata manusia.

Hidayah Bukan manusia yang beri hidayah tetapi Allah yang beri hidayah. Manusia hanya berusaha. Yang menentukan adalah ALLAH.

Allahuakbar!!,Allahuakbar!!

Azan berkumandang tanda masuknya waktu zuhur. Firdaus menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim yang sejati.

Sejurus selesai solat berjemaah, Abang Adam datang menyapa Firdaus dan meminta pergi ke sekumpulan kecil jemaah di penjuru surau.

Kumpulan itu dinamakan 'Smart Team' yang dianggotai Asy,Musab dan Jemy.

Tiba-tiba bunyi panggilan telefon yang memaksa Abang Adam tidak dapat turut serta majlis ini.

Tetapi Firdaus nekad untuk meneruskan majlis ini walaupun tanpa Abang Adam.

Dia kuatkan semangat bahawa dia ingin berhijrah!!!

Pada petang yang hening ini, Smart Team mengadakan usrah bertajuk "Hijrah" yang diketuai oleh Asy selaku naqib. "

Wahai sahabat ingatlah.....

Berubah itu bukan boleh dipaksa melainkan dengan kerelaan hati....

Dan kerelaan hati itu bukan boleh dibuat-buat.......

Melainkan dengan cara rela dan sentiasa menerima teguran yang baik.....

. Dan sentiasa melakukan pembetulan demi pembetulan.....

Berbuah pokok yang berbuah, Tanda rahmat pemberian Allah,

Gubahlah walaupun terpaksa berubah, Kuatkan semangat ,

Teruskan langkah!!"

Asy menyerahkan kepada Jemy untuk meneruskan bicara.

"Sahabat ingatlah......

Lebih lancar perjalanan jika jalan yang belopak,berlubang,tidak rata,becak dan ditumbuhi semak samun itu ditimbus,diperbaiki,diratakan,dibuang halangan-halangan yang menghalangnya......

Maka begitulah juga.....

Dalam hal ibadah,
Dalam hal ketaatan,
Dalam hal keimanan,
Dalam hal ketaqwaan
Akan lebih cantik,menarik dan sempurna ia sekiranya ia sentiasa diperbaiki hari demi hari dalam istilah menampung-nampungkan kecacatan.....

Dari istiqamah itu akan hadirlah sifatnya berhati-hati......."

Berakhirlah usrah yang bertajuk 'Hijrah' hari ini. Firdaus datang menegur Asy,Musab dan Jemy;

"Assalamualaikum, Saya Firdaus,bekas pelajar SEMKIT yang nakal dahulu. Saya datang ke sini ingin memohon maaf atas kesilapan yang lalu"

Asy,Musab dan Jemy terkejut dengan perwatakan Firdaus sekarang ini.

Firdaus yang mereka kenal dahulu jauh berbeza sekali dengan yang sekarang.

Asy memulakan bicara;

"Wa'alaikumussalam,Alhamdulilah,Allah sudah mengurniakan taufik dan hidayah kepada kamu.Sebenarnya,kami sudah lama memaafkan kamu.Buat apa pendam lama-lama dalam hati,jika semakin bertambah lagi sakit hati.Yang penting sekarang ini,kita mesti teruskan kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi ini" Firdaus menarik nafas lega dengan jawapan yang diberikan oleh Asy.

*Ingatlah....tanda kasih dan sayang itu bukan hanya di pamerkan pada senyuman dan tangisan ,pada ketawa dan kemesraan tetapi ia juga perlu pada teguran dan pembetulan atas setiap kesilapan pada jalannya kebenaran. ?????????????????? *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience