PART 25

Spiritual Completed 5723

Firdaus hanya mampu tersenyum sahaja dengan reaksi Abang Adam Firdaus bangun dari baringannya dan terus merampas kunci motor honda wave dash milik Abang Adam tanpa rasa bersalah..

Abang Adam bagaikan lemas di lautan hanyut ke dalam gelombang yang dicipta sendiri oleh Firdaus.

Abang Adam tidak mampu lagi untuk bertahan dengan gelombang ini..

Firdaus ketawa terbahak-bahak dengan gelagat Abang Adam yang dianggap lucu dari pandangan Firdaus dan langsung tidak menolong Abang Adam. Abang adam berbicara dengan nada yang lemah:

"Firdaus, kau kejam!!! Kau kejam!!! Kau kejam!!! Kau sanggup buat abang menderita menanggung semua ini." Firdaus menepuk kedua-dua belah tangannya tanda kagum.

"Tahniah dan syabas saya ucapkan atas lakonan hebat Abang Adam"

Abang Adam berasa marah dan bengang dengan tindakan firdaus ke atas dirinya.

Firdaus menarik tangan Abang Adam sambil berkata:

"Tak payahlah drama sangat Abang Adam"

Akhirnya, Abang Adam bangkit dari pembaringan dalam keadaan yang tidak bermaya bagai terkena renjatan eletrik.

Dengan pertolongan Firdaus, Abang Adam kembali mendapat aura. Walaupun pada awalnya,Firdaus tidak mahu menolong Abang Adam.

Abang Adam seolah-olah tidak kisah dirinya diperlakukan sebegitu.

Dia bahagia kerana Firdaus kembali ceria.

Abang Adam berkata:

"Busuklah kentut Firdaus ni,sampai rebah ke tanah,memang betul-betul padulah kentut kau.kau makan jering ke?"

Firdaus tersenyum simpul malu.

Strategi dakwah Abang Adam mungkin sudah nampak perubahan Firdaus 40 peratus.

Firdaus berjaya membalas dendam Abang Adam setelah dua kali terbaring atas lantai. Firdaus mulakan gurauan;

"Abang Adam menang hari ini 2-1."

Abang Adam tersenyum sinis dan menyusun lafaz.

"Firdaus,kamu sudah belajar penghijrahan hari ini"

Firdaus berasa hairan dan berkata;

"Abang adam,saye rasa tidak belajar sesuatu pun hari ini"

Abang Adam menjawab;

"Ada,kejadian berlaku tadi adalah pembelajaran yang kamu pelajari.Penghijrahan perlu istiqamah. Jangan mencipta alasan untuk proses penghijrahan. Jika jatuh bangkit balik, jatuh lagi bangkit lagi kerana Allah menilai usaha kita. Tidak semestinya permulaan kita jahat pengakhiran kita jua jahat tetapi biarlah pengakhiran itu ketika usaha kita melangkah ke arah kebaikan. Begitulah usaha kamu tadi...bila jatuh dari kejutan yang abang beri,kamu bangkit balik.. dan kamu berjaya buat abang pun rebah hari ini. itulah yang dinamakan penghijrahan iaitu bangkit dari kekalahan."

Firdaus mengangguk tanda faham.

"Jum balik,sudah lewat ni"pelawa abang adam

Abang adam pun membonceng firdaus dengan motor honda wave dash.

Dalam perjalanan pulang,firdaus memikirkan tentang dirinya yang bergelumang dosa. Firdaus nekad untuk berhijrah selepas mendengar kata-kata Abang Adam sebentar tadi

*Ingatlah...nasihat yang pertama itu adalah dakwah, Nasihat yang kedua itu juga dakwah, Nasihat yang ketiga itu juga dakwah Dan nasihat dgn sedikit pengajaran untUk kali seterusnya juga adalah dakwah..kesimpulannya dakwah sentiasa perlu pada keterusan. Kerana dari dakwah itu juga terlenyaplah erti kejahilan dan membawa erti penghijrahan.*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience