Atikah terjaga daripada tidur, dia melihat Ida tiada di dalam bilik.
Mungkin sudah lama dia terlelap fikirnya.
Atikah mengemaskan semua barangnya, dia perlu keluar sebelum tengah hari, takut nanti bertembung dengan umi, abi dan Firdaus.
Selesai mengemas barang, disarung jubah hitam dengan tudung labuh hitam. Dia melihat wajahnya di cermin, di dalam hatinya berdebar bagaimana penerimaan keluarganya.
Satu kepastian mak dan ayah pasti gembira, detik hatinya.
Langkah diatur menuruni tangga, dia mencari-cari Ida.
Rupa-rupanya ada di dapur. Atikah cuba mengejutkan Ida daripada arah belakang, dia tergelak melihat kerenah Ida yang melatah.
"Opocot, mak engkau jatuh, melayan sudu. Astaghfirullah. Kak Tikah!!!!"
Atikah tergelak sambil meminta maaf;
"Adik sayang, nak tercabut telinga akak tau. Hahaha. Maaf, ini gurauan terakhir akak. Ida, akak dah nak pergi. Ida kirim salam kat umi dengan abi ye. Akak sayang Ida. Maaf dan halalkan semua. Kalau kahwin jangan lupa jemput akak. Terima kasih untuk segalanya dan doakan akak ye. Ida dan keluarga hadiah terbaik untuk akak. Akak ada sesuatu, adik tolong serahkan surat dan tasbih kristal ini kepada abang Firdaus ye."
Ida menitiskan air mata, dia tidak mampu menghalang perpisahan ini;
"In shaa Allah kak, akak jaga diri. Ada apa-apa hubungi Ida ye. Ida sayang akak. Ida minta maaf jika ada salah silap."
Hanya orang yg mampu tersenyum dan sentiasa melontarkan senyuman sahaja yg dpt menyembunyikan segala rahsia kesedihan hati. Atikah mengundur diri,
Dalam senyum ada tangisan.
-----------------------------------------------------------------------
Di rumah kediaman ibu dan bapa Atikah, ibunya menyiapkan lauk kegemaran Atikah.
Dia tidak tahu mengapa tapi hati seorang ibu merasakan anaknya akan kembali.
Tiba-tiba bunyi suara orang memberi salam dan ada ketukan.
Ibu Atikah keluar dan terkejut melihat anaknya. Ada sendu, terus dipanggil ayah Atikah;
"Abang! Abang! Abang! Anak kita dah kembali. Mak rindu Atikah."
Dipeluk tubuh Atikah. Hanya air mata yang menemani keluarga itu;
"Mak, ayah, maafkan Atikah. Atikah kembali untuk menjaga mak dan ayah. Atikah kembali untuk menjadi anak yang solehah bukan anak yang derhaka. Atikah merindui mak dan ayah sangat-sangat."
~Jaga hubungan dengan Allah Jaga hubungan dengan Ibu Bapa
~Jaga hubungan dengan Guru
~Jaga hubungan dengan Makhluk
?InshaAllah hidup tenang
Ayahnya memanjatkan syukur, Allah mendengar doa dia dan isterinya.
Di meja makan, keluarga itu makan sambil bergelak ketawa.
Atikah menceritakan segala yang berlaku. Tiada rahsia antara mereka.
Mak dan ayahnya memandang Atikah dengan penuh ketenangan.
Selesai makan, mereka solat Maghrib berjemaah dan al-Quran dibaca bersama-sama.
*Carilah cahaya ketika mahu meredah malam yg gelap....dan carilah barang yg dapat meneduhkan ketika berjalan pd keteritan mentari.yakinlah dgn sedemikian, perjalanan hidup akn semakin indah . *
Doa mak dan ayahnya moga Allah terus memberi Atikah kekuatan.
Share this novel