PART 22

Spiritual Completed 5723

Firdaus melihat dirinya diseksa dengan azab Allah atas segala dosanya.

Api Neraka seperti ingin menyambarnya.

Dia takut.

Dia menangis.

Dia menjerit ingin kembali ke dunia untuk bertaubat tetapi ada suatu suara mengatakan;

"Dahulu, engkau melakukan maksiat dengan penuh keseronakan.
Peringatan demi peringatan diberikan kepada engkau, engkau abaikan.
Solat engkau tinggalkan,
puasa engkau abaikan,
zakat engkau tidak bayar,
ibu bapa engkau tidak taat,
al-Quran yang memberi engkau syafaat engkau tidak baca,
larangan Allah engkau buat,
suruhan Allah engkau langgar,
sunnah Rasulullah engkau tidak pedulikan. Neraka Syurga itu satu kepastian.
Azab Neraka dan kenikmatan Syurga satu kepastian. Engkau mahukan Syurga tapi jalan yang kau pilih menuju ke Neraka. Bertaubat daripada dosa engkau main-main, bila kematian menjemput tiada gunanya lagi"

Maka apakah kamu mengira,bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main sahaja,dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami

[Al-mukminuun:115]

Tiba-tiba dia terjaga.
Terasa sakit di bahagian kepala dan tubuh.
Dia cuba bercakap tapi tidak dapat mengeluarkan suara.
Dia hanya melihat dan mendengar suara seperti uminya;

"Firdaus, kamu dah sedar nak.
Alhamdulillah, umi risaukan kamu sayang. Kamu rehat dulu, umi panggilkan doktor ye."

Selepas doktor urus akan semuanya, dia dah stabil.
Malam itu dia terdengar seperti orang mengaji, dibuka matanya dan melihat seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dia cuba memanggil dengan lambaian tangan sebagai isyarat.

Lelaki itu melihatnya dan pergi kepada Firdaus;

"Kenapa adik? Nak air ke?"

Firdaus menggeleng sambil bersuara;

"Siapa abang? Saya tidak pernah tengok abang? Apa yang abang baca tadi. Saya tenang mendengarnya."

Lelaki itu tersenyum dan menjawab;

"Nama abang ialah Adam. Abang ni sepupu kamu sebenarnya. Abang baru pulang daripada Mesir. Mak su ada kerja, dia menyuruh abang menjaga kamu sekejap. Itu adalah al-Quran dik. Ayat-ayat Allah yang mampu bagi kita ketenangan, kesembuhan ketika kita sakit dan peringatan Allah untuk kita. Adik tidur ye. Dah lewat ni. Adik kena banyakkan berehat."
Firdaus mengangguk,

di dalam hatinya dia berasa abang Adam dapat membantu dia untuk berubah.

Mimpi itu menyeramkan, mungkin itu teguran Allah untuk dia.
Dia teringatkan Atikah.
Dia teringatkan surat yang diberikan Atikah.

Satu perkataan yang dia sentiasa ingat iaitu hijrah,hijrah,hijrah dan hijrah.
******************************-****--***********--**

.. TIDAK kita ketahui apa yang Allah rancang pada masa depan. Tetapi, diri kita yakin dengan rencanaNya. Tiada kekuatan selain dengan pertolongan dari Allah[Al-kahf:39]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience