PART 17

Spiritual Completed 5723

Malam itu Atikah tidak turun untuk makan. Ida dan umi pujuk pun dia tidak mahu.

Ketika di meja makan, Firdaus bertanya;

"Mana Atikah dik? Dia tidak turun makan ke?"

Ida menjawab;

"Dia tidak mahu, katanya sudah kenyang abang. Puas dipaksa tetapi tetap juga tidak mahu."

Firdaus senyap, dia tahu hati Atikah sedang membara marah. Dia yang salah, tetapi dia tidak tahu kenapa dia takut Atikah tinggalkan dia.

Dia hendak naik ke tingkat atas untuk memujuk Atikah tetapi umi dengan abi ada. Mereka tidak akan mengizinkan.

Dalam masa yang sama dia takut Atikah menceritakan tentang pertelingkahan mereka kepada umi dan abi. Dia tidak mahu perkara ini dibesarkan.

Selesai makan, pesanan ringkas dihantar kepada Atikah;

"Awak, saya benar-benar minta maaf. Saya sayangkan awak. Awak jangan marah saya lagi ye. Saya janji akan tinggalkan perempuan-perempuan itu. Kita kahwin nak? Saya betul-betul ikhlas nak memperisterikan awak, awak turun makan ye? Saya tunggu di bawah. Saya teman awak makan. Saya risau perut awak masuk angin nanti."

Atikah membaca pesanan itu tetapi dia tidak membalas. Dia tidak mahu terpujuk lagi dengan kata-kata manis itu. Biarlah dia dengan hidup dia.

Mulai saat ini dia bertekad akan tinggalkan Firdaus dan mulakan langkah yang baru. Dia terbaca satu kata-kata;

"Bagaimana mungkin kita mendapatkan cinta manusia andai cinta Allah dan Rasulullah kita ketepikan? Jodoh itu tidak cepat atau lambat tapi tepat pada masanya. Tidak perlu terlampau mencari hingga terlupa untuk menjadi. Ingatlah di Akhirat nanti kita memerlukan rahmat Dia untuk ke Syurga-Nya dan syafaat Rasulullah untuk menempuh ujian yang akan kita lalui di sana. Andai kita melebihkan cinta makhluk, di mana Allah dan Rasulullah di hati kita. Bagaimana perjalanan kita di Akhirat nanti? Cintakan manusia cukup sekadarnya agar tiada kekecewaan andai Allah mengambilnya. Mereka akan meninggalkan kita jua akhirnya, yang kekal hanya Allah. Letakkan cinta Allah di tempat tertinggi, bila ditinggalkan kita tidak akan kecewa"

Atikah berasa kata-kata itu amat bermakna untuknya. Dia akan baiki diri menjadi lebih baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, itu janji Allah.

CINTA ~Jika kamu mencintai dia kerana Pandai, itu bukan cinta tetapi Kagum

~Jika kamu mencintai kerana dia Cantik&Tampan Itu bukan Cinta tetapi Nafsu.

~Jika kamu mencintai kerana Takut dia Sakit Hati Itu bukan Cinta tetapi Kasihan

~Jika kamu mencintai kerana dia BAIK Itu bukan Cinta tetapi Berterima kasih

~TETAPI ...Jika Kamu Cinta kerana kebaikan Akhlaknya_

~Cinta kerana ALLAH

~Itulah Cinta Yg Kekal Abadi

~Kerana Bila Cinta Kerana ALLAH,

~ALLAH Akan Jaga HATI kITA Untuk Terus Mencintai..........."

Dia tersenyum dalam tangisan tapi di sudut hati yang lain dia mengharapkan Allah tetap menjadikan Firdaus miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience