Selama 6 bulan berada di dalam keluarga Firdaus, Atikah semakin berubah ke arah yang lebih baik.
Ida dan umi semakin suka.
Solat tidak ditinggalkan,
al-Quran semakin lancar,
aurat ditutup dengan sempurna,
solat dan puasa sunat dijaga,
majlis ilmu semakin suka dihadiri.
Doa umi dan Ida moga Atikah terus istiqamah.
Malam itu adalah malam Jumaat,
kepala Atikah terasa sakit sangat.
Tidak tahu mengapa.
Dompet dibuka, dilihat gambar maK dan ayah.
Sudah 6 bulan dia meninggalkan mereka. ...
Malam itu hati Atikah terasa sayu, air mata menitis keluar. Dia merindui maK dan ayah. Perasaan benci kepada mak bertukar menjadi rindu. Atikah tidur dalam tangisan malam itu. Rutin harian dia bangun pukul 3.30 pagi, dia solat tetapi solatnya malam ini terasa satu kelainan.
Dalam doanya dia menitis air mata kerana dia merindui maK dan ayah. Dia terasa ingin berjumpa mereka. Dalam doanya moga Allah mudahkan urusan dia berjumpa maK dan ayah. Dia tidak dapat menanggung rindu ini lagi.
Pagi itu semasa menuruni tangga, dia melihat Firdaus sedang bermain mesej sambil senyum-senyum. Ternampak kelibat Atikah buat Firdaus menggelabah dan mematikan senyuman. Dia tertinggal telefon bimbit ketika hendak ke tandas. Hati Atikah berasa seperti Firdaus menyorokkan sesuatu.Atikah membuka telefon bimbit Firdaus, dia terkilan dengan mesej-mesej yang dibaca. Rupanya selama ini dia dipermainkan.
Perasaan benci dan marah bercampur baur, Atikah tidak mampu menahan air mata itu lagi dan berlari mendaki anak tangga untuk ke bilik. Firdaus perasan seperti Atikah menangis, dia melihat telefonnya menyalakan lampu. Tahulah dia Atikah membaca mesej-mesej dia dengan perempuan lain. Hati dia berasa tidak keruan. Didaki anak tangga untuk ke bilik Atikah.
Pintu diketuk, dia memanggil nama Atikah tapi tiada sahutan.
Atikah memarahinya, dia tetap tidak berputus asa.
"Atikah, bukak pintu ini, biar saya terangkan keadaan yang sebenar. Tolonglah saya sayangkan awak Atikah. Jangan tinggalkan saya."
Atikah menutup telinga sambil menjerit;
"Saya benci awak, awak permainkan kesetiaan awak, saya tidak mahu dengar apa-apa lagi. Awak pergi dari sini. Dasar buaya. Saya benci awak sangat-sangat."
Firdaus tahu Atikah tengah marah, tidak dapat kawal emosi. Firdaus ingin keluar untuk tenangkan diri.
Di dalam bilik Atikah redakan kemarahan itu dengan mengambil wudhuk, solat, baca al-Quran. Bagi dia jika diikutkan perasaan marah dan kecewa dia berasa ingin membunuh diri.
Allah, dia ingat kepada Allah, ini hasutan syaitan, dia kena lawan. Dia telah mengambil keputusan untuk kembali kepada maK dan ayahnya. Itu yang terbaik.
Allah telah mengabulkan doanya dan keluarganya dengan cara ini
--------------------------------------------------------
Senyum Dalam Kesedihan Adalah Suatu Ketabahan...
Menangis Dalam Kepayahan Adalah Suatu Kesabaran...
Gembira Dalam Keredhaan Adalah Suatu Ketenangan...
Mensyukuri Pemberian ALLAH Adalah Suatu Nikmat Kebahagiaan.
Share this novel