Yang Terakhir Di Hatinya

Sakura_amira

Romance Series 10369

4.9 (156 ratings)

Synopsis

Hidup Alya Rania sememangnya bahagia, walaupun dibesarkan tanpa kasih sayang bapanya, dia masih punya ibu, nenek & paksu yang begitu mengasihinya. Dia juga seorang yang cantik, lemah lembut dan bijak serta disenangi oleh semua orang, termasukla si jejaka kacak Haikal Anaqi.. Namun kesempurnaan hidupnya tidak disenangi oleh sepupunya sendiri, Aqilah Dayana kerana Aqilah sering merasakan Alya begitu disayangi semua orang. Lalu pelbagai cara dilakukan oleh si Aqilah untuk menghancurkan hidup Alya, termasuk merampas suami sepupunya sendiri. "Percayalah abang diperangkap, abang tak pernah berniat pun nak curang dengan sayang, apatah lagi duakan sayang. Abang akui abang kalah dengan nafsu tapi tolonglah sayang, maafkan abang." - Haikal Anaqi "Kepercayaan dan cinta yang Lya bagi, tak sangka abang balas dengan kecurangan abang. Lya mungkin boleh maafkan jika perempuan lain, tapi kenapa mesti sepupu Lya, abang?" - Alya Rania " Puas hati aku dapat hancurkan rumahtangga kau. Kau tak layak dengan Haikal, dari dulu lagi dia aku yang punya!" - Aqilah Dayana Mampukah Alya bertahan setelah dirinya dicurangi sang suami? Atau adakah ada kebahagiaan lain yang menantinya? Ean seorang jejaka Cina yang tampan, berkarisma dan berjaya dalam hidupnya. Namun ada yang kurang dalam hidupnya, iaitu cinta yang tulus dari wanita bergelar kekasih hati. Setelah dilukai berulang kali oleh Amanda, dia sudah tidak percaya cinta sejati wujud sehinggalah pertemuan dia dengan wanita Melayu yang telah diam-diam mencuri sekeping hati miliknya. "Saya akui saya telah jatuh cinta pada awak sejak kali pertama saya lihat awak menangis dulu. Dari situ, datangnya perasaan untuk melindungi dan membuat awak gembira. Saya ikhlas sukakan awak, jadi boleh awak beri saya peluang? Izinkan saya jadi lelaki yang terakhir di hati awak." - Ean Lee Siapakah yang akan menjadi cinta yang terakhir buat Alya? Adakah jejaka Cina yang bijak menagih cintanya, atau adakah Haikal yang meminta peluang kedua darinya? PERINGATAN MESRA : Novel saya boleh dibaca secara percuma, tapi jangan sesekali ada yang cuba berani mencuri idea saya. Hargailah karya orang lain & berdirilah di atas bakat anda sendiri.


Rate this story

Share this novel

Mariam Zaara
2021-10-16  1 Replies

memang rosak aqilah sebab mak dia Tak pandai didik. entah apa marah dendam datin intan kat alya

Mariam Zaara
2021-10-16  1 Replies

alhamdulillah. alya dah dapat jmpa family dia

NAR_tinta78
2021-10-16  1 Replies

Alhamdulillah... Lya dah bertemu dengan papa dan adik2nya... baik nya mak tiri dia... alhamdulillah, kita tumpang gembira

Sakura_amira

663 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience

You may also like

Dedaun cinta

Ourell

Sedetik Lagi Cinta

Nia Nashmia

To My Dear(slow update)

Zya

TERAKHIR

ADEQ NASHA