Secret Admirer

NovelPlus

Romance Completed 42088
4.9
(28 ratings)

Synopsis

Wajah yang tampan menawan? Tumbuh tinggi kekar yang handal berlawan? Pesona aura seorang hartawan? Sebut sahaja apa yang diimpikan, kerana semua itu ada pada gerangan Hazra Ivan, sang lelaki sempurna. Berada di kemuncak kerjayanya sebagai seorang petinju profesional, Hazra tidak mengenal erti gerun. Tidak perlu untuknya membuka mulut, biarlah lekuk-lekuk jisim ototnya membicara kejantanannya tatkala menghayun penumbuk kepada lawan. Di dalam gelanggang tinju, dialah Sang Algojo yang menumbangkan berpuluh pihak lawan. Namun, lain pula ceritanya di luar gelanggang. Tembok ego Sang Algojo menjadi goyah hanya dengan sepucuk surat. Demi menjaga maruah diri dan keluarga, Hazra akur. Sebermula itu, Hazra dan gadis di sebalik topeng S3CR3T_4DMIR3R, Maya membuat perjanjian untuk hidup sebagai pasangan secara rahsia. Saban hari, jiwa dan kewarasan mental Hazra bagai disayat ngilu oleh Maya. Kebenaran demi kebenaran mula dihampar bagai permaidani hitam di hadapannya. Bagi Hazra, dia langsung tidak mengharapkan apa-apa sinar dan pelangi. Di suatu ketika, Maya berjaya mematahkan kepercayaan Sang Algojo terhadap erti sebuah cinta. Namun, segala berubah dalam satu malam. Malam di mana munculnya sang bidadari, Cahya Zinnirah. Malam yang juga buat kali pertama, Hazra jatuh cinta kepada musuh ketatnya. Hazra Ivan - Aku terima ikatan ini meski tiada rasa cinta. Datanglah seribu kepahitan sekalipun, akan aku telan semuanya. Datanglah seribu musuh sekalipun, aku lawan semuanya. Kerana semuanya demi engkau, pemilik hati. Maya @ S3CR3T_4DMIR3R - Awas langkah kakimu algojo. Sekali engkau bertindak bodoh, satu dunia sedia menghukum. Cahya Zinnirah - Maaf, aku belum cukup kuat untuk memandang hari esok kerana diri ini masih membasuh luka semalam. Oleh itu, aku pinta, berilah aku masa untuk berdamai dengan jiwa-jiwa lain dalam jasadku.


Share this novel

Rate this story


Comments

kimmi wong
2023-11-24 

Ta bole baca

La Mea Achiko
2023-11-11 

jemput baca karya saya ❤️

Petra Nata
2023-06-26 

Annoying siot mak dia urghh

NovelPlus

1411 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience