DERHAKA CINTA

Calyta

Romance Series 258128
5
(663 ratings)

Synopsis

Hidup Raana sudah cukup berserabut dengan adik yang sakit, tunang tiba-tiba membatalkan perkahwinan, bergaduh dengan boss kerana kerap cuti, tiba-tiba dia ditangkap agen khas dan disuruh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang Art Conservator. "Sword of Oblation. Dengan jaminan adik awak akan diberikan rawatan terbaik, saya nak awak hasilkan pedang yang sama." -Rayden- "For your information, I'm an Art Conservator. I treat items to minimize the deterioration and restore them to their original state. Bukan hasilkan barang tiruan yang hampir sama dengan original." -Raana- "I know. Disebabkan kepakaran awak dalam menilai, menganalisis dan merawat artifak dan barang-barang berharga, jadi awak adalah pilihan yang tepat." -Rayden- "Where's the original sword?" "Dicuri." "Awak kata awak agen khas, tapi kenapa tak cari pedang yang asal tu? Kenapa mesti buat pedang lain yang hampir sama?" "The original Sword of Oblation dicuri. Pedang tu akan digunakan untuk upacara pertabalan Raja Androsia hujung bulan depan. Kami tak yakin dapat jejak keberadaan pedang tu dalam masa terdekat, jadi tak ada pilihan terpaksa hasilkan pedang yang hampir sama. I mean, sama...tanpa dapat dibezakan dengan yang original." "Kalau saya tolak?" "Awak tak ada pilihan. Kami akan tetap kurung awak di sini sebab awak dah mendengar satu rahsia kerajaan yang tidak boleh diketahui oleh orang luar." "Macam mana dengan adik saya?" "Dia selamat selagi awak buat kerja dengan selamat dan kami akan tanggung semua kos rawatan." Tiada pilihan, Raana terpaksa menerima tawaran itu. Rawatan adiknya dijamin, tetapi kebebasan hidupnya terbatas. Pergerakannya di luar daripada markas Alpha Eligere sentiasa dikawal dan diawasi. Rasa rimas pada awalnya perlahan bertukar menjadi selesa apabila Rayden sering muncul sebagai hero di saat-saat Raana memerlukan. Begitu juga Rayden yang awalnya sekadar bertanggungjawab melindungi Raana kerana tugas, tidak dapat menampik perasaan yang mula hadir. Saat Sword of Oblation berjaya disiapkan, kenyataan yang membentang membuat Raana terperanyak. Seluruh dunianya gelap dan hancur. "Kau tak ubah macam binatang. Tak berperasaan. Tergamak kau hancurkan hidup aku macam ni!!!" -Raana- "Lebih baik menghancurkan tanpa perasaan daripada hancur kerana perasaan." -Rayden-


Share this novel

Rate this story


Comments

Siti Fatimah
2024-06-14 

tahniah kakak. the best.

Zahra haniffa
2024-06-13 

Donated 200 ncoins.

Zahra haniffa
2024-06-13 

dah x de novel yg tertgg tgg dah......sis calyta Cuba lanjut hanya kau selamanya.....nak tau akhinya....kan blm berakhir....

Calyta

5104 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience