4.9 (7577 ratings)
Hidup Zill Hakim sebelum ini sentiasa bahagia di samping isteri dan anaknya. Tetapi itu hanyalah sementara sahaja, apabila dia menyaksikan kematian isteri dan anaknya di hadapan matanya sendiri. Dia hampir gila, sehingga tidak mahu meneruskan hidup lagi. Setiap malam pula dia akan menangis meratapi kematian isteri dan anaknya. Hampir satu tahun, dia menghabiskan masanya hanya di dalam bilik sahaja, bagi mengenangkan orang yang telah tiada. Bekerja sebagai orang gaji, bukanlah kehendak Balqis. Tetapi disebabkan dia telah gagal di dalam peperiksaan, akhirnya dia terpaksa menerima pekerjaan itu, di sebuah kediaman milik Datin Zahlia, atas permintaan wanita itu sendiri. “Kau siapa? Apa kau buat dalam bilik aku ni?” – Zill Hakim. “Maafkan saya penghuni gua. Eh silap, maafkan saya tuan.” – Balqis. Tetapi semenjak kehadiran Balqis di rumahnya, hidup Zill Hakim mula berubah, kerana dengan mulut wanita itu yang sentiasa selalu loyar buruk membuatkan hatinya terpaut pada gadis itu. Sehinggalah pada satu peristiwa yang menyebabkan Zill Hakim mula membenci Balqis, di saat majlis pernikahan mereka semakin hampir. “Jadi, bapak kau la yang bunuh isteri dan anak aku?” - Zill Hakim. “Saya tak tahu langsung semua ni. Tolong jangan hukum saya macam ni.” - Balqis. Dapatkah hubungan mereka bertahan, di saat mereka mula menyulam cinta? WARNING! HAVE MATURE CONTENT! PLEASE BE AWARE!!
View All Chapters (Total 55 Chapters)
Update 24 February 2021
best sis ><...tumpang promote novel saya juga ^•^ 'Wanna be my wife ?'
jemput baca novel rin - beriku kasih sayang?? sekian terima kasih
citer ni mmg ending tergntung ke