Bagaimana Tentang Yume?

NovelPlus

Romance Completed 18503
5
(21 ratings)

Synopsis

Aman hidupnya selepas dua tahun berpindah ke Yokohama, Jepun. Dari mengajar kanak-kanak di sebuah tadika, hingga diminta untuk mengajar di sebuah syarikat hiburan – hidupnya berubah secara drastik. Setelah beberapa bulan hubungan Aria dan Rin, seorang eksekutif di Cherry Lime Entertainment, semakin rapat, Aria tiba-tiba dihubungi oleh adiknya. Dia diarahkan untuk pulang kerana ibu bapanya ingin menyatukan dia dengan seorang lelaki pilihan mereka. Walaupun enggan, Aria akur dan pulang ke Malaysia dengan hati yang berat. Alangkah terkejutnya dia apabila calon yang dipilih ibu bapanya merupakan pembulinya semasa berada di sekolah rendah dahulu, Rayhan. Ketika kelu lidahnya mencari asbab menolak lamaran Rayhan, Rin muncul di muka pintu dan akui yang dia dan Aria sebenarnya ada hubungan percintaan. Mendengar sebab yang diberikan oleh Rin, Rayhan menjadi geram dan ingin menghancurkan hubungan Rin dan Aria, telah mencetuskan masalah besar yang mendatangkan bahaya kepada Aria. Isunya, masalah yang ditimbulkan Rayhan cuma melibatkan Aria. Sedar akan plan yang dibuat oleh Rayhan, Rin mengorak langkah cuba untuk menjatuhkan Rayhan supaya perkahwinannya dengan Aria tidak digoyahkan walaupun perkahwinan mereka bukan berdasarkan cinta. Rin yang juga menyimpan rahsia disebalik identitinya sebagai seorang eksekutif di Cherry Lime Entertainment sanggup bermati-matian untuk melindungi Aria dari masa lalu yang menghantui.


Share this novel

Rate this story


Comments

Barbie Xu Aja
2023-07-18 

Hallo Akak salam kenal, saya pendatang baharu. Barbie Xu

clls
2023-06-19 

Eh lock???

shuhada_jamal
2023-06-13 

Nice <3

NovelPlus

2430 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience