KASIH KU PERTAHANKAN

Nurul_MataPena78

Romance Completed 124079
4.9
(801 ratings)

Synopsis

Demi menjaga nama baik keluarga angkat dan sekaligus membalas jasa baik mereka yang menjaganya sejak dari umur 15 tahun lagi, Seri Shaheera, bersetuju untuk bernikah dengan abang angkatnya, Qalish Qaleef, yakni anak sulong Dato' Qhaideer Qaseef dan Datin Dahlia Daria. Berumur 30 tahun, seorang pemuda yang mempunyai perwatakan yang menjengkelkan. Qalish, lulusan luar negara, memegang jawatan sebagai CEO di syarikat milik Daddynya, Qhaideer Holdings. Mempunyai dua orang adik lelaki, Qabil Qasriq, 25 dan Qarizh Qazir, 23 tahun. Ketiga-tiga mereka memegang tampuk utama syarikat milik Dato' Qhaideer. Dari awal kedatangan Seri dalam keluarga mereka, Seri memang tidak diterima Qalish. Mummy berkeras mahukan anak perempuan, lantaran ketiga-tiga anaknya lelaki. Seri dijadikan anak angkatnya setelah kematian orang tuanya. Diberi kasih sayang sebagaimana selayaknya seorang anak. Dibelai, dijaga dan segala kemahuan Seri dituruti. Namun, Seri hanyalah seorang gadis polos. Tidak pandai meminta, hanya menerima apa yang diberi walaupun ianya cukup membuat batinnya menjerit minta diberikan kebahagiaannya sendiri. Kebahagiaannya dicampak ke tepi demi menjaga nama baik dan amanat Daddy dan Mummy angkatnya. Terpaksa dalam rela menerima Qalish sebagai suami yang sememangnya dia tahu Qalish membenci dirinya, suatu benda yang amat berat untuk diterima. Seri bertekad untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri walaupun sekadar hanya pada nama. Namun, belum sempat pernikahan dilangsungkan, pelbagai konflik yang timbul. "Saya memang dah lama menyukai Seri" "Beri saya peluang membahagiakan Seri" "Jangan minta untuk abang lepaskan Seri... Abang akan pertahankan kasih yang kita semai selama ini" Mampukah segala impiannya menjadi kenyataan? Relakah kasih yang telah bercambah di hatinya, bisa terlerai lantaran keangkuhan dan kekecewaan? #hanya rekaan semata-mata #tiada kaitan dengan hidup atau mati #jangan ciplak/jiplak #hentikan PLAGIAT 01.03 am 11th Sept 2021 @ Saturday Tamat 01.10 pm 14th November 2021 @ Sunday


Share this novel

Rate this story


Comments

Seroja Airis
2023-02-16  1 Replies

Hai assalamualaikum. Kalau ada waktu lapang, jemputlah baca buku saya 'six flowers'. Tq :)

Nursyakinara
2022-12-02  1 Replies

okey, sis thank you vry mch

Nursyakinara
2022-12-02  1 Replies

it's okey sis,,sorry about my comment, just really like a story, sbp tu tk sabar buka nxt ep,, mnta maaf, ya but its vry nice stoey

Nurul_MataPena78

2164 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience