Bab 27: Hari Yang Tak Pernah Dirancang, Tapi Takkan Dilupa

Family Completed 152

Scene 1: Pagi Bermula – VV & Ayden

> Ayden muncul depan rumah VV dengan satu beg galas, baju biasa dan senyuman paling tenang.

Ayden :“VV, I nak jumpa u sehari je. Lepas tu kalau u tak nak tengok muka I dah pun, I tak paksa.”

VV  senyum kecil. “Kalau sehari ni fail,  jangan pelik kalau I block u balik.”

> Ayden angkat tangan. “Deal. Tapi… kalau sehari ni best, boleh tak… u bagi peluang untuk hari-hari seterusnya?”

---

Scene 2: Hana & Ariq – Trending di TikTok

> Hana join program komuniti masak-masak kampung. Ariq… volunteer cuci ayam.

> Tapi ayam tu terbang (literally sebab dia beli hidup tak sembelih), dan Hana TERTONJOL ayam tu dengan senduk.

> Ariq jerit: “WEH APA NI! Awak INGAT SAYA NI POWER RANGERS KE KEJAR AYAM?!”

> Hana: “Kau punya pasal laaa! Aku dah pegang senduk tadi!”

> Orang kampung ketawa, ada yang rakam. “Eh dua orang ni macam drama jam 7.”

> Ariq jeling Hana sambil senyum. “Bukan jam 7 je… kalau jam 12 tengah malam pun saya sanggup jadi hero awak.”

> Hana tersipu. “Poyo.”

---

Scene 3: Ryn & Ray – Dari Aktiviti Ke Hati

> Ryn sibuk tolong budak-budak main congkak. Ray pula jaga kaunter air sirap.

> Bila mata bertembung… Ray hulur air.

> “Saya buatkan khas. Tak manis sangat, tak tawar sangat… macam awak.”

> Ryn tersenyum. “Tak manis tu komplimen ke kutukan?”

> Ray: “Komplimen. Manis sangat pun tak sihat. Tapi kalau awak… saya sanggup kena diabetes.”

---

Scene 4: Natalia Muncul

Natalia : “Hi VV…”

> VV baru lepas hantar makanan. Dia toleh… nampak Natalia tengah berdiri depan kereta Ayden.

> Natalia: “Hi… kita jumpa lagi. Tapi kali ni… I datang bukan untuk Ayden.”

> VV ketap bibir. “Kalau bukan untuk dia… untuk siapa?”

> Natalia senyum sinis. “Untuk u. I nak u tahu satu benda…”

> Dia hulur phone. “Nak tengok chat lama Ayden dengan I dulu masa u tengah ghosting dia dulu?”

> VV tengok. Tapi Ayden muncul tiba-tiba, terus tarik phone tu.

> “Jangan ganggu dia, Nat. I sanggup cerita semua. Tapi bukan dari mulut u.”

> Natalia ketawa kecil. “Lelaki macam ni… susah nak cari. Tapi senang nak hilang.”

---

Scene 6: Team Lelaki vs Team Perempuan – War Bermula

[Group Chat — Nama: ‘Hot Hot Chicken Chop’]

> Ariq: Weh team lelaki, emergency. Perempuan semua tengah bincang pasal 'siapa paling caring'.

> Ray: Aku confirm last place.

> Ayden: Aku tengah trauma kena cucuk jarum dengan ex depan VV. Korang nak lawan caring ke?

[Group Chat — Nama: ‘Geng Cantik Tapi Geram’]

> Hana: Ariq tukar minyak motor, tapi tuala aku juga dia guna lap tangan. Romantik ke buang akal?

> Ryn: Ray pandai buat air sirap. Tapi tadi aku nampak dia jeling makcik jiran sebelah. Minus point.

> VV: Ayden... is trying. Tapi Natalia tu… aku rasa aku perlu punch dia pakai senduk Hana.

---

Scene Penutup:

> Malam tu, semua duduk lepak sama di luar dewan kampung, atas tikar buluh. Gelak, cerita, ejek mengejek.

> Tapi mata mereka, hati mereka… masih mencari kepastian.

> Dalam kelakar ada rindu. Dalam gaduh ada sayang. Dalam senyuman… ada perasaan yang makin sukar disorok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience