Lokasi: Hutan Rekreasi Gunung Senyum – Aktiviti Team Bonding Jungle Trekking
Cuaca baik, awan berarak tenang. Burung pun berkicau. Tapi bukan burung je yang berkicau, mulut VV dan Hana pun rancak macam radio rosak.
> VV: “Hana, Ryn mana?”
Hana: “Tadi dia kata nak ambik gambar bawah pokok besar. Tapi... pokok kat sini semua besar!”
VV dan Hana berpandangan. Serentak angkat kening. Suasana makin senyap. Serius senyap.
> VV: “Tak lawak dah ni, Hana. Ryn dah lebih setengah jam tak muncul.”
> Hana: “Dah call tiga kali. Voice mail. Rasa nak baling telefon masuk gaung.”
---
Scene: Panik Bermula
VV dan Hana mula pusing-pusing cari Ryn, panggil nama kuat-kuat.
> VV: “RYNNNN! Kau kat mana? Kalau kau prank ni, aku akan viral-kan gambar zaman sekolah kau!”
> Hana: “Wehh jangan gurau. Dia memang hilang ni. Ryn tak pernah senyap lama macam ni.”
---
Scene: Mesej SOS ke grup jejaka
VV hantar mesej:
> VV (9:57 AM): "Ryn hilang. Kami tak jumpa dia dekat checkpoint pokok besar tadi. Dah sejam lebih."
Ayden read. Ariq typing. Ray online.
> Ayden: “HILANG? Macam mana boleh hilang??!”
> Ray: “Korang kat mana sekarang? Aku datang sekarang jugak!”
> Ariq: “Sabar, kita fikir logik. Dia mungkin tersesat je... tapi tetap kena cari.”
---
Scene: Ryn – Alone in the Woods
Ryn berjalan perlahan, sesekali tendang daun kering.
> Ryn: “Aku ni hilang ke... atau memang takde siapa nak cari aku...?”
Dia cuba gelak, tapi suara sendiri pun buat dia sebak. Buka phone, no signal. Battery tinggal 18%.
> Ryn: “Bagus. Kalau zombie datang, aku antara yang terkorban awal.”
Dia terus jalan, ikut gerak hati. Mata fokus depan, tapi kaki…
“EH—”
Gedebuk!
Dia tersadung akar kayu besar, hilang imbangan, dan—
“AAAAAAAHHHH!!!”
Bum!
Jatuh ke dalam lubang kecil yang agak dalam. Bukan lubang buaya, tapi cukup dalam untuk sakitkan hati.
> Ryn: (duduk terperanjat, betulkan tudung)
“Okay. Confirm cerita hidup aku ni akan jadi viral. Tajuk: Influencer Terperangkap Dalam Lubang Hutan Gunung Senyum.”
---
Scene: Kembali kepada VV & Hana
> Hana: “Aku rasa kita kena panggil staf taman. Ni bukan hilang biasa. Dah lebih dua jam.”
> VV: “Aku call Ayden. Kalau dia tak jawab, aku serang chamber tempat dia kerja.”
---
Scene: 3 jejaka bergerak ke lokasi
Ayden dengan kereta, Ray bawa peti kecemasan, Ariq bawa... drone?
> Ariq: “Drone ni boleh tolong kita cari dari atas.”
> Ray: “Terbaik bro. Tapi jangan pulak kau terbang ke tempat salah. Ni bukan cerita kartun.”
---
Ending Bab 35:
Ryn duduk dalam lubang sambil tengok langit yang makin gelap. Dia tarik hoodie, badan menggigil sedikit.
> Ryn: “Jangan la hujan… please...”
Sementara tu, bunyi drone dari jauh kedengaran. Tapi Ryn? Masih terperangkap.
To be continued...
Share this novel