Scene 1: Ray di hadapan ibu bapa
Puan Kamariah duduk di sofa, bersilang kaki dengan wajah masih tenang tapi jelas tak setuju.
"Ray, mak tak pernah paksa kamu ikut pilihan hati mak. Tapi mak harap kamu fikir panjang. Ryn tu siapa? Kita ni siapa?"
Ray tak terus menjawab. Dia berdiri tegak, letakkan cawan teh di atas meja.
“Mak, Ray sayang Ryn. Dia mungkin bukan doktor pakar, bukan anak orang kenamaan… Tapi dia satu-satunya perempuan yang buat Ray rasa cukup. Rasa seperti jadi manusia. Ray tak nak orang lain.”
Ayahnya yang dari tadi diam, akhirnya bersuara perlahan. “Kalau kau yakin, tunjukkan.”
Ray hanya senyum tipis. "Ray akan buktikan. Tapi satu saya minta—terima dia seadanya sebab dia cuba bahagiakan Ray dengan cara dia tersendiri.”
Puan Kamariah terdiam. Wajahnya berubah perlahan. “Kalau itu pilihan kamu, mak takkan halang. Tapi jangan kecewakan dia.”
Ray angguk perlahan, lega berbaur hiba.
---
Scene 2: Ariq di ruang makan keluarga
Ibu Ariq menyusun buah-buahan atas meja sambil menggeleng perlahan.
“Hana tu bukan siapa-siapa. Anak yatim, kerja biasa. Kamu tu jurutera—kenapa tak pilih yang setaraf?”
Ariq bangun, bawa satu kerusi dan duduk di sebelah ibunya.
“Ibu tahu tak, Hana tu satu-satunya perempuan yang tak pandang Riq sebab kerja atau duit. Dia pandang riq… sebab saya Ariq.”
Ibunya terhenti. Buah limau di tangan pun diletak kembali ke dalam bakul.
“Kalau Hana yang kamu nak…”
“Ibu, Riq tak nak calon orang lain. Hati Riq dah tetap hanya Hana pilihan hati Riq selamanya.”
Ariq pegang tangan ibunya perlahan. “Restu ibu tu penting. Tapi cinta Riq pada Hana… tak akan berubah.”
Ibu Ariq menghela nafas panjang, akhirnya mengangguk kecil. “Pastikan dia jaga kamu. Kalau dia bahagiakan kamu, ibu terima.”
---
Scene 3: Ayden dan VV
Ayden berdiri depan ibu bapanya di ruang tamu.
“VV bukan siapa-siapa. Nama pun pelik. Anak siapa pun kita tak tahu penuh.”
Ayden senyum sinis sedikit. “Ayah ingat Ayd pilih VV sebab nama dia?”
Dia duduk perlahan, pandang mata mamanya.
"Dia kuat. Dia tenang bila Ayd marah. Dia tak pernah persoal kerja Ayd. Tapi dia satu-satunya perempuan yang buat Ayd rasa… pulang.”
Ayah Ayden diam.
“Kalau ayah nak Ayd kahwin dengan sepupu yang tak pernah Ayd cinta, Ayd boleh… Tapi itu bukan hidup Ayd. Itu skrip ayah.”
Mamanya terdiam.
Ayden sambung, perlahan tapi penuh keyakinan. “VV mungkin tak sempurna. Tapi Ayd tak pernah rasa sesempurna ini bila dengan dia.”
Akhirnya si ibu bersuara perlahan, “Kalau dia bahagiakan Ayd, mama nak kenal dia dengan lebih dekat.”
---
Scene Akhir: Kembali ke rumah kosong...
Ray, Ariq dan Ayden kembali ke rumah, tapi hanya kesunyian menyambut mereka.
Nota atas meja masih ada.
"Terima kasih kerana mencintai kami. Tapi cinta juga tahu bila masa untuk pergi."
Dan di saat itu, mata mereka terbuka.
Cinta itu bukan hanya untuk dilindungi dari luar. Tapi juga perlu dicari semula… sebelum hilang selama-lamanya.
Ray capai kunci kereta. Ariq terus buka telefon cari lokasi conference Hana. Ayden call pejabat VV.
Misi seterusnya bermula.
Share this novel