Malam lepas acara komuniti.
Langit gelap. Hati masing-masing pun ada yang makin gelap, makin terang… dan ada juga yang bergelora macam banjir kilat.
---
Ayden & VV — Di bangku taman.
Ayden pegang dua cawan air jagung. Satu untuk VV, satu untuk diri sendiri. Tapi dari tadi, yang minum cuma VV.
VV :“Dari tadi I je minum. U nak I kena diabetes dulu ke baru nak buka mulut?” — VV selamba.
Ayden senyum. Tapi mata dia... serius.
Ayden : “I tahu I banyak salah. I tahu u pernah tunggu I. Tapi I... takut.”
VV diam.
Ayden :“Masa tu... I baru putus tunang dengan Natalia. Dia fitnah I, rosakkan reputasi I. I tak nak u jadi mangsa.”
VV tunduk.
> “Kenapa tak bagitahu dari awal?” — suara VV perlahan.
> “Sebab I... pengecut. I fikir dengan menjauh, I boleh jaga u. Tapi I salah.”
VV pandang Ayden. Muka lelaki tu penuh penyesalan.
> “U tahu tak...” — VV bersuara perlahan. “...masa u hilang, Syazwan datang balik. Tapi I tak boleh terima dia. Sebab hati I masih tunggu u.”
Ayden diam. Lama. Lepas tu dia pegang tangan VV perlahan-lahan.
> “I nak betulkan semua, VV. Kalau u izinkan...”
VV tengok tangan mereka. Tak tolak. Tapi tak balas juga.
> “Tengoklah dulu. Kalau u buktikan u bukan pengecut lagi... mungkin I boleh pertimbangkan.”
Ayden senyum kecil. “Consider tu pun dah cukup untuk I sekarang.”
---
Hana , Ariq & Iman — Tengah bancuh milo ais kat dapur surau.
> “Thanks sebab tolong angkat kerusi tadi.” — Hana senyum pada lelaki bernama Iman, trainer projek komuniti.
> “Sama-sama. Awak ni memang friendly ke, atau sebab saya ada rupa sikit?” — Iman gurau.
Hana gelak.
> “Kedua-dua kot. Tapi jangan perasan sangat.”
Dari jauh, Ariq tengok. Muka dia...
> “Bancuh milo ke bancuh perasaan?” — Ayoi muncul kat sebelah, menyakat.
> “Weh. Siapa mamat tu sembang dengan Hana? Siap pegang penutup jug air sama-sama?” — Ariq ketap gigi.
> “Itulah... teamwork kan romantik zaman sekarang.” — Ayoi sambung membahan.
Ariq terus jalan ke arah Hana.
> “Hana, air dah cukup manis ke? Atau awak perlukan rasa terbakar dalam dada saya?” — Ariq selamba tapi sinis.
> “Ha?” — Hana blur.
> “Saya maksudkan... awak dah minum milo, tapi saya rasa pahit sebab tengok awak sembang dengan dia.”
Hana tergelak. “Ariq, kau... cemburu ke?”
> “Taklah. Saya cuma rasa... geram bila orang lain dapat dengar suara awak lama sangat.”
> “Okay. Next time, aku sembang sejam dengan kau je, lima minit je dengan orang lain.”
> “2 minit.” — Ariq senyum.
> “Deal.” — Hana gelak kecil.
---
Group WhatsApp “6 Hati Tak Boleh Duduk Diam”
Ryn left the group.
Group sunyi. Semua terdiam.
VV: Weh? Ryn?
Hana: Dia merajuk ke?
Ayden: Aku rasa dia okay tadi…
Ray: Aku cari dia sekarang.
---
Ray – 15 minit kemudian. Di taman belakang surau.
Ryn duduk sorang-sorang. Lampu taman malap. Tapi mata dia lagi suram.
> “Saya cari awak dari tadi.” — Ray duduk sebelah.
> “Sorry. Saya... perlukan ruang kejap.” — suara Ryn perlahan.
> “Kenapa leave group?”
> “Saya penat, Ray. Saya penat dengan perasaan sendiri.”
Ray diam. Tapi mata dia tajam tenung Ryn.
> “Kalau awak rasa saya tak serius, awak salah.”
> “Saya tak nak suka orang yang saya sendiri tak pasti... sukakan saya ke tak.”
Ray senyum kecil.
> “Saya suka awak.”
> “Jangan main-main, Ray.”
> “Saya tak main main Ryn. Saya suka awak dari hari pertama awak panggil saya presiden dengan nada sarkastik tu.”
Ryn tergelak kecil.
Ray : “Saya suka bila awak jadi diri sendiri, Ryn. Tapi kalau awak perlukan masa... saya tunggu.”
Ryn pandang Ray. Mata dia bergenang. Tapi dia angguk perlahan.
> “Okay. Tapi jangan buat saya tunggu macam VV tunggu Ayden.”
> “Takkan. Saya dah standby seat depan. Awak je belum naik lagi.”
Share this novel