Bab 22: Bila Cinta Main Sorok-Sorok, Tapi Hati Dah Tak Nak Sembunyi

Family Completed 152

Scene 1: VV & Ayden - Bila Takdir Bagi Hint, Tapi Ego Masih Jadi Bodyguard

Pagi Isnin. VV keluar rumah, konon nak buang sampah. Tapi baju dia elok sangat - makeup on point, tudung satin tak renyuk. Hana jeling.

> "Weh, nak buang sampah ke nak buang hati kat rumah sebelah?"

VV pura-pura buat tak dengar. Tapi sempat spray perfume sebelum keluar. Ayden pula kebetulan baru lepas sidai baju kat luar.

> "Awal buang sampah hari ni?" Ayden senyum nipis.

VV balas, "Sampah banyak... termasuk kenangan lama."

Ayden tergelak. "Kalau ada yang nak buang kenangan tu, bagi I. Biar I simpan. I recycle jadi harapan."

VV terdiam. Wajah Ayden serius, tapi mata dia... penuh makna.

> VV: "U ni selalu buat I confused."

> Ayden: "I pun. Tapi at least, I confused sebab I suka u. Bukan sebab orang lain."

Sweet level: 7/10 - sebab VV terus masuk rumah lepas tu, lari dari realiti. Tapi senyum sepanjang jalan.

---

Scene 2: Ryn & Ray - Bila 'Taknak Mengaku' Itu Sebenarnya Doa Tertunda

Ray nampak Ryn tengah siram pokok dekat laman.

Ray : "Pokok tu pun dah cair kalau awak jeling macam tu."

Ryn jeling Ray, "Nak siram awak jugak ke, biar basah terus mulut tu?"

Ray gelak. "Basah tak kisah, janji hati awak terbuka sikit hari ni."

Ryn pura-pura sibuk pegang penyiram. "Buat lawak je pandai..."

> Ray ambil penyiram tu, siram sikit pokok, pastu cakap:

> "Kalau awak tanam rasa suka kat saya di sini, agaknya berakar tak?"

Ryn terdiam. Ryn terus cakap, "Sebab saya dah lama tanam... cuma tunggu masa nak tuai."

Sweet level: 8/10 - sebab Ryn lepas tu bagi cookies buatan sendiri kat Ray... dengan nota: "Tak manis sangat. Macam awak."

---

Scene 3: Hana & Ariq - Bila Dua Mulut Laser Bertemu, Tapi Jiwa Tak Pernah Jarak

Hana tengah sidai tuala, Ariq muncul dari belakang.

> Ariq: "Boleh tak hari ni saya sidai hati kat sini sekali?"

Hana jeling, "Hati kau tu banyak bakteria. Tak steril."

> Ariq senyum, "Tapi immune system saya kuat. Saya tahan laser awak hari-hari."

Tiba-tiba angin kuat tiup tuala yang menutupi kepala Hana, terbang kena muka Ariq. Dia struggle tarik balik, tapi tuala tersangkut kat tiang besi.

Hana gelak terbahak.

> Ariq: "Hidup saya pun dah macam tuala tu. Bila dekat dengan awak... mesti sangkut."

> Hana: "Kau ingat ayat cheesy tu buat aku cair?"

> Ariq: "Takpe. Saya tak nak awak cair... saya nak awak lebur terus."

Sweet level: 10/10 - sebab Hana lepas tu tak maki, tak baling hanger, tapi baling muffin pisang. Ariq sambut, dan dia makan sambil senyum macam baru menang Olympic cinta.

---

Akhir babak: Malam hari, group WhatsApp kembali menggila.

VV: Aku suka ayam bakar. Tapi Ayden lagi bakar perasaan.

Ryn: Ray bagi bunga tadi. Tapi dia lupa siram bunga tu.

Hana: Ariq hari ni lebih drama dari sinetron.

Ayden: VV, kalau I bakar kek hati... u makan tak?

Ray: Aku lupa siram bunga sebab mata aku asyik tengok penyiram.

Ariq: Drama ke tak, janji aku tak tukar saluran. Sebab cerita Hana, aku takkan skip.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience