Bab 34 – Insiden Pagi Yang Tak Dirancang Tapi Terlajak Lawak!

Family Completed 152

Lokasi: Homestay Janda Baik – Pagi Selepas BBQ

Jam baru menunjukkan pukul 7:12 pagi. Tapi suasana dalam rumah dah macam pasar malam – bising dan kelam-kabut.

Ryn terjerit dulu.

> Ryn: “WEH WEH WEH!! Siapa letak ubat gigi dalam pelembap muka aku?! Kulit aku ni skincare RM200 tau bukan beli kat shopee 12.12!”

Ray, yang tengah menguap, toleh perlahan.

> Ray: “Saya rasa saya yang buat. Saya ingat botol tu travel-size ubat gigi. Warna biru kot.”

> Ryn: “Awak ni kalau jadi jururawat, confirm pesakit confuse  hidup dengan ubat gigi!”

---

Sementara itu di dapur...

VV tengah kacau milo sambil senyum sendiri. Ayden muncul dengan muka sembab — rambut macam petani sesat dalam ladang angin.

> Ayden: “Pagi cikgu taska. Rasa macam mimpi semalam ada BBQ ayam keras.”

> VV: “Itu bukan mimpi. Itu realiti. Dan yes, ayam u keras macam prinsip hidup.”

> Ayden: “Principle u... cikgu garang yang I suka tu ke?”

> VV: “Ayden, jangan start sweet talk masa I pegang senduk panas.”

---

Hana tiba-tiba jerit dari luar rumah.

> Hana: “ARIQ HILANG!!!!”

Semua melompat bangun. Ayden tumpahkan milo. Ray tersedak roti. Ryn terus sapu muka dengan pelembap.

> VV: “HILANG?? Biar betul!”

> Hana: “Taklah. Dia tengah baring bawah pokok sambil tengok awan. Drama betul.”

Ariq, tenang sambil baring bawah pokok.

> Ariq: “Aku tengah overthinking pasal masa depan. Juga tengah fikir mana hilangnya lighter semalam.”

---

Scene berubah – Girls vs Boys Challenge (versi pagi)

> Ray: “Kita settle ni macam biasa. Siapa kalah bancuh kopi, basuh pinggan, dan lap meja.”

> Ryn: “Set. Tapi korang kena buat cabaran ‘Try Not To Laugh’ sambil tengok video kita masa main Truth or Dare semalam.”

Tiga jejaka tewas sebelum minit pertama. Muka Ayden masa jerit “Cikgu Taska” jadi meme automatik.

---

Tiba-tiba... Natalia muncul!

> Natalia: “Oh… korang tengah happy-happy eh? Seronoklah Ayden sekarang, kan?”

Semua terdiam.

VV bangun, letak cawan milonya perlahan.

> VV: “Nat, kau nak minum kopi dulu ke atau nak terus cucuk jarum macam semalam?”

> Natalia: “Saja singgah. Nak tengok siapa yang sebenarnya tak boleh move on.”

> Ryn (bisik): “Weh drama ni makin spicy…”

> Ayden: “Nat, this is not the place or time. Kalau nak jumpa VV sangat, jumpa dengan cara elok.”

> Natalia: “Huh. Kita tengok sejauh mana u boleh kekalkan semua ni.”

---

Bab 34 berakhir dengan semua memandang ke arah VV…

Tapi VV cuma tersenyum, pusing ke Ayden.

> VV: “Lain kali trip, jangan lupa bawa pencuci muka betul. Dan… jangan jemput ex.”

Ayden senyum lega. Ariq gelak kecil. Ray sibuk rakam video Natalia pusing balik ke kereta — nak letak dalam group nanti.

---

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience