Bab 53 - Bila Hati Dah Memilih, Tapi Takdir Mula Mencabar

Family Completed 152

Ryn buka jendela kecil biliknya. Angin pagi Melbourne menyapa lembut wajahnya. Di dalam hati, dia tahu—ada sesuatu yang berubah. Ray. Dia bukan lagi orang asing dalam hidupnya.

Dia sendiri tak sedar bila perasaan itu makin dalam.

---

Scene 1: Slow Progress — Ray & Ryn

Ray tunggu depan rumah Ryn dengan kopi dua cawan.

“Saya tahu awak suka caramel latte, dan saya nak jadi lelaki yang ingat semua benda kecil pasal awak,” kata Ray dengan tenang sambil hulur kopi.

Ryn ambil perlahan. Pandangannya pada Ray tak berubah — tapi hatinya bergelora.

“Omgg awak … serious ke ni?” tanya Ryn perlahan.

Ray angguk. “I might not be perfect, but if there's one thing I'm sure of—it's you.”

Ryn senyum kecil. Tapi senyum itu cukup meyakinkan. Hubungan mereka tak perlukan pengumuman besar-besaran. Perlahan, tapi pasti.

---

Scene 2: 3 Jejaka Nak Kenalkan Pasangan Pada Family

Beberapa hari kemudian, Ray, Ariq dan Ayden pulang ke rumah masing-masing—bersedia memperkenalkan insan istimewa yang telah mencuri hati mereka.

Tapi semuanya tidak berjalan seperti dirancang.

---

Ray & Ryn:

Ray pegang tangan Ryn dengan yakin saat mereka duduk di ruang tamu.

Tapi Puan Kamariah, ibu Ray, hanya senyum nipis. “Ryn kerja apa? Keluarga macam mana ya? Sebab Aunty dah lama ada pilihan yang sesuai untuk Ray. Seorang doktor pakar, anak kawan baik aunty sendiri.”

Ryn tunduk. Rasa diri ni kecil. Tapi dia masih tersenyum… cuba kuatkan hati.

---

Ariq & Hana:

Ibu Ariq hanya mendengus perlahan.

“Hana… kerja biasa je ya? Aunty ingat Ariq akan kahwin dengan anak Datin Salmah, yang baru balik dari UK. Sama taraf.”

Ariq menggenggam tangan Hana diam-diam. Tapi Hana tarik perlahan dan hanya tunduk.

---

Ayden & VV:

Ayah Ayden pandang VV dari atas ke bawah.

“VV… nama panjang apa tu? Maaflah ye , anak Uncle ni uncle dah nak calonkan dengan sepupu Ayden yang kerja di embassy.”

VV senyum hambar. Tapi dalam hati, terasa pedih.

---

Scene 3: Tiga Dara Terkedu

Ryn duduk bersama Hana dan VV malam itu di rumah kecil mereka. Air mata ketiga-tiganya tumpah satu persatu.

“Maybe… kita bukan untuk mereka,” ujar Hana perlahan.

VV hanya diam. Ryn pandang mereka berdua, dan akhirnya bersuara.

“Kalau kita cinta mereka… kita kena izinkan mereka pilih yang terbaik, walau bukan dengan kita.”

Dan malam itu… tiga hati perlahan-lahan mengundurkan diri.

---

Scene akhir: Keesokan harinya…

Ray masuk rumah Ryn — tapi kosong.

Ariq cari Hana — tapi tiada di kolej.

Ayden cari VV — bilik sepi, phone tak dapat dihubungi.

Tinggal hanya nota kecil di atas meja:

"Terima kasih kerana mencintai kami. Tapi cinta juga tahu bila masa untuk pergi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience