Scene 1: Parcel Misteri dan Surat yang Menggetarkan Jiwa
Pagi Isnin. Tiga jejaka — Ayden, Ariq dan Ray — masing-masing dapat parcel yang dihantar atas nama "Pengirim Rahsia".
Dalamnya ada tiga benda:
1. Sebuah surat tulisan tangan.
2. Satu gambar waktu kenangan bersama.
3. Lokasi negara si pengirim.
Ayden baca perlahan.
> “Ayden, maaf sebab tak tinggalkan salam terakhir. Tapi I kena buat ni demi impian I. Kalau u betul-betul ikhlas, u tahu kat mana nak cari I. Melbourne bukan sejauh hati kita dulu…”
Ariq pandang surat Hana.
> “Ariq, kau selalu buat aku tersenyum dalam diam. Tapi kali ni, aku pilih untuk bahagiakan diri sendiri dulu. Kalau kau masih rasa aku ada ruang dalam hidup kau, Sydney pintunya sentiasa terbuka untuk kau.”
Ray hampir menitiskan air mata baca surat dari Ryn.
> “Ray... awak mungkin awkward, tapi awak buat saya rasa saya dihargai. Tapi saya kena pergi. Kalau awak berani, buktikan di Melbourne yang awak bukan sekadar awkward.”
Scene 2: Mesyuarat Emergency di Kedai Mamak
Tiga jejaka duduk semeja. Semua bawa laptop, passport, dan… semangat patah balik cinta.
> Ayden: “Aku dah apply tukar cawangan firma guaman ke Melbourne.”
Ray: “Aku dah isi borang tukar hospital. Harap-harap lulus.”
Ariq: “Aku buat permohonan terus. Sydney, here I come.”
Mereka angkat teh tarik, toast gaya macam superhero:
> “Untuk perempuan yang curi jantung kita, dan lari bawa boarding pass!”
Semua ketawa — tapi mata berair sikit.
Scene 3: Persiapan Gila & Drama Masing-Masing
Ayden minta tolong Ayoi kemas semua barang.
Ariq siap beli luggage pink sebab "ni je yang tinggal masa sale".
Ray stress lipat baju sambil telefon mak dia yang confused:
> “Melbourne? Kau kena buang kerja ke?”
“Tak mak… Ray kena buang dari hati orang…”
---
Akhir bab:
Di airport, tiga jejaka berdiri dengan luggage masing-masing. Tiket dalam tangan. Hati dalam dada.
Langkah kaki mungkin jauh... tapi tekad hati mereka satu: Dapatkan semula gadis yang mereka sayang.
> “Cinta bukan tentang siapa tinggal siapa. Tapi siapa yang sanggup kejar siapa bila salah seorang dah tak ada.”
Share this novel