BAB 43 - Bila Tiga Hati Bertemu Balik

Family Completed 152

Part 1: Ayden & VV — Surprise Lagi Tapi Silap Rumah Lagi?!

Scene: Subuh di Paris

VV tengah lipat baju dalam rumah sewa. Tudung bawal purple dia senget sikit, tapi dia malas nak betulkan sebab dalam rumah je. Tiba-tiba loceng rumah berbunyi.

> VV (gumam): “Siapa pulak pagi-pagi buta ni… Bukan aku order roti canai pun.”

Dia buka pintu. TERDIAM.

> VV: “Eh?”

> Ayden (bawa sejambak bunga dan dua cawan kopi): “Hi. Cikgu yang I rindukan… sudi tak minum kopi dengan peguam yang sanggup tinggal firma demi u?”

> VV: “Tapi…”

> Ayden: “Kenapa?”

> VV: “Ni rumah sebelah.”

> Ayden (blur): “Hah?! Bukan u yang duduk sini?!”

> Suara jiran belakang: “Bonjour! Merci!”

VV ketawa sampai terduduk dekat pintu. Ayden garu kepala, tapi ikut ketawa.

> VV: “Ni kali ke berapa u silap rumah dengan I?”

> Ayden: “Mungkin banyak kali, tapi hati I tak pernah silap orang.”

VV angkat kening.

> VV: “U belajar ayat ni kat TikTok ke?”

> Ayden: “Pinterest.”

Kemudian dua dua gelak.

---

Part 2: Call Tiga Dara — Ryn, Hana & VV

Malam tu, selepas sehari penuh kejutan, tiga dara buat video call. Semua pakai mask muka, tudung bawal tak matching — mood jujur dan serabut.

> Ryn: “Aku dah cakap… Ray ni diam-diam ubi berisi.”

> Hana: “Ariq bawak donat satu plastik kot. Aku makan sambil touching.”

> VV: “Ayden datang tapi silap rumah lagi. Tapi dia pegang bunga. Aku nak marah pun rasa malas…”

> Ryn: “Tapi kenapa hati kita rasa… tenang?”

> Hana: “Sebab tiga lelaki tu… akhirnya buat pilihan.”

> VV: “Dan kita pun kena buat pilihan, girls.”

Mereka bertiga pandang kamera, senyum perlahan. Macam dalam drama Jepun.

---

Part 3: Scene Penutup — Reunion Tak Sengaja

Scene: Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, sebulan kemudian

Tiga jejaka jalan beriringan — Ayden, Ray, dan Ariq. Semua nampak steady… kecuali baju Ray terbalik sebab dia dressing dalam gelap.

Tiga dara keluar dari arrival gate. Semua terpaku.

> Ryn: “Eh?”

> VV: “What the–?”

> Hana: “Ni macam ending movie Korea…”

> Ayden: “Lepak minum sama boleh? Kali ni… kita tak silap orang. Tak silap negara.”

Mereka semua tergelak. VV jeling Ayden.

> VV: “Tapi u tetap silap rumah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience