Bab 5: "Group WhatsApp, Jiran & Gossip Terkawal"

Family Completed 152

Pagi itu, lepas insiden ‘pertembungan roti Gardenia’, suasana kembali normal… atau hampir normal.

Ryn tengah baring atas sofa, sambil scroll phone. Sekali notifikasi masuk — nombor tak dikenali invite dia ke satu grup WhatsApp baru.

> [+60 19-xxxxxxx added you to: “Taman Indah Jiran Sepakat 2023/2024”]

Ryn ternganga sekejap.
“Weh… bila pulak aku masuk grup taman ni?”

Tak sampai 2 saat…

> Admin: Assalamualaikum semua. Ni grup rasmi Taman Indah. Semua rumah mesti ada at least sorang wakil. Welcome jiran baru.”

> Admin: Oh ya. Malam ni ada mesyuarat ringkas kat surau jam 8:30 malam pasal blackout semalam.”

Ryn: [typing…]

> “Waalaikumussalam. Rumah No. 17 diwakili saya, Eryna.”

Sambil itu, notification naik satu persatu. Muka Ryn makin pelik bila nampak ada tiga nama yang familiar:

> Fawwaz Rayyan: No. 18, here. Doktor on call tapi sempat online.”

Ariq Mikhail: Rumah 18 jugak. Engineer tapi boleh repair hati kalau perlu.”

Zareeq Ayden: Rumah 18 juga. Peguam, tapi belum bela nasib sendiri.”

“Haaaaa? Rumah 18?!”
Ryn tergamam. Tak sempat nak reply, Hana menjerit dari dapur.

“Weh Ryn! VV! Korang masuk tak group jiran-jiran tu?!”

“Diorang yang kita jumpa kat kedai runcit tu... semua dalam group tu weh!”

VV meluru sambil ketawa kecil.
“Ayd siap bagi ayat lawyer. Habis semua makcik dalam group cair nanti!”

---

Group WhatsApp:

> Pn. Salbiah: Wah wah anak bujang rumah 18 semua dah bagi salam ye. Comel-comel belaka.”

> Pn. Ramlah: Cucu saya suka sangat tengok doktor Ray kat TikTok. Rupanya duduk taman kita je.”

Ray: “Err... saya takde TikTok… kot…”

> Pak Mat: Yang blackout semalam tu rumah 18 ke yang bagi lampu suluh?

> Ray: “Mungkin kami… mungkin jugak ‘malaikat jiran’ kami depan rumah…”

> Ariq: “Rumah 17… yang share roti dan aura positive.”

> VV: “Kami tak share roti. Tapi aura tu… tak dapat nak elak.”

> Ayden: “Aura, kopi, dan senyuman. Semua percuma.”

---

Lepas masing-masing baca perbualan tu, masing-masing pegang phone sambil senyum sendirian. Macam ada magnet pelik yang buat grup tu makin meriah, makin hidup.

Malam itu mesyuarat kejiranan hanya formal pada awalnya. Tapi makin lama, makin jadi sesi ‘pandang-memandang’ antara jiran depan-belakang. Gurauan tak habis. Mata tak lekang. Tapi mulut masih terkawal.

Dan sejak itu, grup WhatsApp taman yang dulunya sunyi… jadi pentas gurau-gurauan yang makin berani, makin akrab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience