Get the app for full experience
Kadang-kadang, tak perlu langit berwarna jingga, tak perlu lagu romantik jadi latar, atau hujan turun renyai-renyai untuk hati mula rasa sesuatu.
Kadang-kadang… cukup sekadar satu pagi yang panas, tiga jejaka penat berjoging, dan seorang gadis bertudung kelabu yang keluar rumah dengan kain batik dan senyuman sederhana.
Rumah hujung lot itu, dulu biasa-biasa saja. Rumah depan pula, macam tak berpenghuni — motor ada, tapi orangnya tak pernah nampak. Tapi pagi itu… semuanya berubah.
Ada pandangan yang tersangkut lama. Ada hati yang tersentuh tanpa sengaja. Ada ayat bersahaja yang bunyinya macam puisi petang Khamis, tapi sebenarnya… bibit pertama rasa suka yang tak terduga.
Dan dari situ, bermulalah sebuah kisah — tentang jiran-jiran yang lebih daripada sekadar berkongsi jalan masuk yang sama.
Tentang hati yang dulu sunyi… kini mula berdegup setiap kali terdengar pagar sebelah dibuka.
Tentang cinta… yang mungkin bermula hanya kerana satu nasi lemak, satu teh ais… dan satu senyuman.