Scene 1: Ryn & Ray — Bila Coffee Date Buat Jantung Melompat
Ryn lepak kat sofa rumah, pandang phone, jari scroll WhatsApp. Tetiba Ray hantar mesej.
> Ray: “Ryn... tadi awkward sangat ke?”
Ryn senyum, balas:
> Ryn: “Awkward cute. Tapi awak tumpahkan air macam baru lepas marathon.”
Ray reply lambat. Tapi kemudian:
> Ray: “Sebenarnya, saya nervous… sebab awak sangat special.”
Ryn tutup phone terus. Muka merah. Tapi sambil tu, hati terdetik — kenapa sekarang rasa makin rapat, tapi aku yang bakal pergi jauh?
Scene 2: Faizal & Hana — Mesej Malam yang Ganggu Fikiran
Hana tengah lipat baju sambil buka Netflix. Phone berbunyi. Faizal.
> Faizal: “Hana… saya minta maaf sebab dulu tinggalkan awak macam tu. Tapi saya belum move on. Saya nak tebus balik semua salah saya. Saya di KL dua minggu. Boleh kita jumpa sekali?”
Hana terdiam. Ariq? Faizal? Hati kacau. Mesej belum dibalas. Tapi mata pun dah tak mampu pejam.
Scene 3: 3 Dara — Tiket Satu Arah, Tanpa Pamitan
Tiga hari kemudian...
VV berdiri depan cermin, pakai shawl simple. Ryn tengah susun pasport dan tiket. Hana pula duduk senyap, pandang nama-nama negara dalam itinerary.
> “Kita buat keputusan ni... sebab peluang tak datang selalu,” kata VV perlahan.
“Dan mungkin... kita pun takkan dilayan lama-lama kalau terus tunggu,” sambung Hana.
Ryn angguk. Tapi matanya bergenang.
> “Kita sayang mereka... tapi kali ni, kita terpaksa pilih diri kita dulu.”
Mereka bertiga berpelukan. Senyap. Berat. Tapi pasti.
Tiada satu pun mesej dalam group "Triple Sweet + Triple Heat".
Tiada ucapan selamat tinggal.
Tiada drama air mata di lapangan terbang.
Cuma tiga boarding pass, dan tiga hati yang sarat dengan keputusan berat.
---
Scene 4: Jejaka Terkebil — Bila Semua Dah Terlewat
Beberapa hari selepas itu…
Ayden balik rumah, terserempak dengan jiran sebelah.
> “Eh, Ayden... VV dah selamat sampai kan?”
“Sampai mana?”
“Luar negara... dia cikgu kat sana kan sekarang. Wahh bestnya…”
Ayden beku.
Ray pula scroll Instagram dan ternampak gambar Ryn di Melbourne, caption: “New journey begins. Wish me luck.”
Ariq pula baru dapat voice note dari kawan Hana satu tempat kerja—
> “Ariq, Hana dah start kerja kat Sydney. Kau tak tahu ke? Dia tak sempat nak inform katanya.”
Tiga jejaka terkedu. Group WhatsApp sunyi. Status WhatsApp ketiga-tiga wanita — “Let me go... for now.”
---
Akhir bab:
Ayden duduk termenung depan rumah.
Ray capai waffle, tapi tak habis makan.
Ariq pandang phone, ulang dengar voice note Hana.
> “Kita tak cukup kuat untuk halang... Tapi cukup sakit bila tak sempat nak ucap selamat tinggal.”
Share this novel