Hati Kat Rumah Depan oleh Harihaysamy Tiga jejaka bujang, satu rumah hujung lot, dan satu taman perumahan yang nampak biasa — tapi pagi itu segalanya berubah. Fawwaz Rayyan (Ray), Ariq Mikhail (Ariq), dan Zareeq Ayden (Ayd) — masing-masing punya kerjaya hebat, gaya hidup moden, dan hati yang belum berpenghuni. Kehidupan mereka tenang, tersusun… sehinggalah muncul seorang gadis bertudung bawal kelabu dari rumah seberang yang selama ini mereka anggap ‘berhantu’. Eryna Sofia, atau Ryn, mungkin nampak sederhana — kain batik, baju longgar, dan tudung polos — tapi caranya melangkah, senyum sipi yang singgah di bibir, cukup untuk buat ketiga-tiga lelaki itu hilang rentak pagi mereka. Tinggal sebumbung bersama dua sahabat unik — Hana Marissa yang blur tapi ‘straight to the point’, dan Vanessa Veronica (VV) yang selamba dan sinis — Ryn tidak tahu bahawa pagi itu akan jadi permulaan sesuatu. Bukan sekadar nasi lemak yang ditunggu, tapi mungkin… takdir yang mengetuk pintu. Di antara dua pagar dan enam hati, benih rasa mula bercambah. Tapi siapa yang akan berani melangkah lebih dekat? Dan sejauh mana ‘rumah depan’ itu benar-benar menyimpan separuh hati yang hilang?
Update 19 April 2025