Pagi Isnin.
Staycation dah habis, tapi kehangatan drama belum surut. Dalam group WhatsApp ‘6 Hati Tak Boleh Duduk Diam’, semua senyap. Macam tengah digest perasaan.
---
Scene 1: VV balik rumah.
> VV letak beg, pandang sekeliling. Rumah sunyi. Tapi hati… riuh dengan ulang siar memori semalam.
Flashback:
> Dulu, masa VV baru kenal Ayden, mereka sama-sama suka ambil gambar langit. Selalu duduk dekat bumbung flat, makan jajan, dan share cerita pelik-pelik. Ayden suka bercerita. VV suka mendengar.
> Tapi semua berubah bila Natalia muncul. VV undur perlahan. Ayden tak sedar… atau buat-buat tak nampak?
---
Scene 2: Ayden termenung di dapur rumah lelaki.
> Ray: “Kau okay?”
> Ayden: “Okay tu standard. Tapi nak jadi luar biasa tu susah.”
> Ariq: “Kau nak confess kat VV, confess. Jangan bagi Natalia muncul jadi selit tengah-tengah. Nanti dia ingat kau masih keliru.”
Ayden angguk. Tapi belum sempat dia reply…
TING TONG!
Ariq buka pintu. Ada satu figura berdiri dengan jaket denim dan senyum confident.
> : “Saya cari Vanessa Veronica , Nick dia VV. Dia ada?”
Ariq: “Weh… siapa kau?”
> “Saya… Syazwan. Bekas… istimewa dia dulu. Boleh saya jumpa dia?”
Ariq terus tutup pintu balik perlahan. “Kita ada masalah baru, guys.”
---
Scene 3: Rumah perempuan.
> Ryn: “Weh! Ada lelaki handsome cari VV kat pagar. Nama Syazwan. Siap bawa bunga!”
Hana: “Takkan bekas boyfriend? Gila plot twist!”
VV diam. Wajah dia berubah. “Dia pernah jadi seseorang yang aku tunggu… tapi dia pergi tanpa kata. Sekarang muncul balik?”
> Hana: “Macam dalam lagu Cinta Dalam Diam.”
> Ryn: “Lebih macam ghosting dalam senyap.”
---
Scene 4: Ayden keluar dari rumah. Terserempak dengan Syazwan.
> Ayden: “Kau siapa?”
> Syazwan: “Syazwan. Dulu aku ada dalam hidup dia. Sekarang aku datang balik… kalau masih ada ruang.”
> Ayden senyum sinis. “Ruang tu dah ada orang renovate. Jangan harap nak masuk ikut tingkap.”
> Syazwan: “Kau siapa nak halang?”
> Ayden: “Orang yang tengah belajar jadi lelaki yang dia boleh percaya. Kau?”
Syazwan terdiam.
---
Scene 5: VV keluar rumah, nampak dua-dua lelaki.
> VV: “Apa ni… drama depan pagar?”
> Ayden: “Maaf. I patut datang dulu. Tapi dia datang dulu.”
> Syazwan: “Saya cuma nak minta masa. Satu hari. Biar saya jelaskan kenapa saya pergi dulu.”
VV pandang dua-dua.
> “Kalau dua-dua nak bagi saya pilihan… boleh tak saya pilih untuk tenangkan diri dulu?”
-
Scene 6: Team perempuan vs lelaki (round kedua) — Tapi dalam group WhatsApp.
> Hana: “Lelaki ni tak habis-habis buat plot twist.”
> Ryn: “Lelaki macam Syazwan ni macam iklan skincare. Muncul bila kulit dah okay.”
> Ariq: “Perempuan pun suka drama. Tapi jangan lupa, kami suka bagi ending yang happy.”
> Ray: “VV kena pilih ikut hati, bukan sejarah.”
> Ayden: “I tak nak jadi pilihan. I nak jadi yang pasti.”
---
Penutup Bab 25:
Malam tu, VV termenung di balkoni. Hujan renyai-renyai.
Ayden hantar satu voice note:
> “I tak janji nak jadi lelaki yang sempurna… tapi I janji akan ada, bila u ready perlukan seseorang.”
VV senyum… tapi air mata tumpah perlahan.
> “Kau muncul, Syazwan… tapi hati aku dah pergi jauh, ikut langkah Ayden.”
Share this novel