Bab 18: Cemburu Menjadi Aksi, Hati Menjadi Tentang

Family Completed 152

Malam Jumaat. Suasana tenang, hanya bunyi angin yang kadang-kadang datang menggoyangkan daun-daun di luar. Tapi tidak di hati VV. Hari ni dia keluar dengan Danish lagi, dan Ayden? Ayden masih tak reply mesej dia. Empat mesej, bluetick.

VV duduk di atas motor, helmet di tangan. Danish yang tersenyum lebar memandangnya. Mereka bercakap, bergelak ketawa, namun VV tak dapat nafikan, hatinya tak sepenuhnya ada pada Danish.

Sementara itu, di rumah sebelah…

Ayden tengah tengok phone dia yang masih tak ada reply dari VV. Mungkin dia perlu lebih tegas. Mungkin VV perlu tahu yang dia tak main-main dengan apa yang dia rasa.

---

Di depan rumah VV…

Ayden tiba-tiba muncul. Motor superbike dia berhenti betul-betul depan rumah VV. Danish yang nampak, terus berdiri.

Danish : “Ayden?”

“Danish, kan?” Ayden pandang Danish, lepas tu terus tengok VV. “Kita perlu bercakap.”

VV terkejut. Dia tak jangka Ayden akan datang.

VV :  “Ayden, kenapa ni?”

Ayden : “I tak suka tengok perempuan yang I kisah, keluar dengan lelaki lain tanpa sebab.”

VV cuba tersenyum, cuba buat-buat cool, tapi dalam hati rasa gelisah. “Tak ada apa-apa pun. Danish kawan I saja.”

Ayden : “Tak ada apa-apa? U tak rasa apa apa langsung ke  yang I tengah cemburu?”

VV : “Tak ada sebabnya, Ayden. Dia cuma  kawan.”

Ayden : “Kawan? Kalau dia cuma kawan, kenapa u nak keluar dengan dia ? Kalau dia cuma kawan, kenapa u tak jawab mesej I?” Ayden menambah, tegas tapi tenang.

VV mula tergagap. Tapi, sebelum dia sempat jawab, Ayden dah melangkah dekat.

Ayden : “Kita takkan selesai kalau I biarkan perasaan I terus terkunci macam ni. U faham tak?”

“Ayden, I…” VV tergamam.

Tiba-tiba, Ray muncul dari dalam rumah, sambil berjalan ke luar, mengangkat tangan.

Ray : “Eh, kenapa ni? Ada masalah besar ke?”
Ayden pandang Ray, sekejap, kemudian kembali pandang VV.

>Ayden : “Tak ada masalah. Cuma ada satu benda yang perlu aku luahkan, dan itu adalah aku tak suka tengok VV keluar dengan lelaki lain, apa pun alasan dia.” Ayden bersuara dengan nada yang sangat jelas dan penuh keyakinan.

Ray senyum, “Dia berani, tak macam aku. Tapi kalau Ayden cakap macam ni, aku rasa ada yang menunggu dengan hati yang terbuka.”

VV terasa, tapi dia cuba tahan. Kenapa mesti sekarang? Kenapa Ayden jadi macam ni? Kenapa dia baru nak bersuara?

---

Sementara itu, Ryn di rumah sebelah...

Ray masuk dalam rumah, duduk santai dengan kopi.

Ryn keluar dari dapur, bawa teh panas, dan duduk di sofa sebelah Ray.

Ryn  : “Awak tengok Ayden tadi?”

Ray angkat kening, pandang Ryn. “Tengok, dan rasa lega. Akhirnya lelaki ni jadi lelaki sejati.”

Ryn : “Tapi… tak boleh ke biar dia cakap lembut lembut dulu dengan VV ?”

Ray tersenyum tipis, “Kadang-kadang, perempuan perlu dengar dari lelaki yang tegas. Bukannya lelaki yang terus menyerah.”

Ryn merenung jauh, “Tapi saya rasa Ayden ada sisi lain. Sisi yang lembut, bukan selalu tegas macam tu.”

Ray gelengkan kepala. “Dia sebenarnya lebih berani dari yang awak fikir. Dia cuma perlu jumpa orang yang tepat untuk tunjukkan siapa dia sebenar.”

Ryn ambil teh, tak tahu nak kata apa. “Mungkin… tapi kenapa saya rasa dia masih ada jarak?”

Ray : “Jarakkan hati bukan sebab dia tak suka… tapi sebab dia takut hati dia tak diterima.”

Ryn terdiam. Dalam hati, dia rasa… Ray ni ada betulnya.

---

Group WhatsApp ‘6 Hati Tak Boleh Duduk Diam’

VV: Ayden, betul ke tu? Cemburu macam tu?

Ray: Tentu. Cuma jangan cepat judge perasaan dia.

Ariq: Eh, bro… jangan bagi bunga tu hint cepat sangat.

---

Penutup Bab 18:

Ayden berdiri di depan rumah VV, pandang ke dalam dengan mata yang penuh tekad.

>Ayden : “Kita tak perlu bersembunyi lagi. I dah cukup sabar untuk tunggu u bagi jawapan.”

VV terdiam. Perasaan tu datang tanpa diduga. Apa yang dia mahu sebenarnya? Danish atau Ayden?

Ray memandang dari jauh. Dia senyum sikit, terus masuk ke dalam rumah, meninggalkan dua hati yang penuh dengan pertanyaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience