Scene 1: Pagi Hari Majlis – Rumah Pengantin Lelaki
Ayden, Ray, dan Ariq bersiap di rumah masing-masing. Tapi bukan pengantin lelaki namanya kalau tak ada drama pagi-pagi.
Ayden berlari keliling rumah cari stokin yang hilang sebelah.
Mak Ayden jerit dari dapur:, “Stokin pun nak hilang hari nikah, Aydennn!”
Ayden: “Mak, stokin ni sentimental. VV belikan masa first date kami okayy!”
Ray dengan tenang… tapi bila dah nak sarung samping, dia tersalah pakai baju Ayoi.
Ray: “Kenapa baju ni ketat semacam?”
Ayoi (gelak guling): “Sebab itu baju aku, bukan baju sanding kau, bang!”
Ariq pula sibuk betulkan rambut depan cermin. Tiga puluh minit tak puas hati.
Mak Ariq: “Kau kahwin dengan Hana ke kahwin dengan cermin tu?”
---
Scene 2: Dewan Nikah – Akad Yang Berdebar
Ayden orang pertama naik pentas. Semua mata tertumpu.
Tok Kadi: “Saudara Ayden bin Malik, aku nikahkan dikau dengan Vanessa Veronica binti Warzar…”
Ayden: “Aku terima nikahnya Vanessa Veronica binti Warzar dengan mas kahwin… eh, eh berapa tadi??”
VV di belakang terus bisik, “RM300 cash, Ayden. RM300!”
Ayden cepat-cepat ulang lafaz. Lepas selesai, dia lega — sampai nangis sikit. VV senyum sambil peluk Ayden kuat-kuat.
VV: “U dah sah jadi imam hidup I.”
Ayden: “Dan u dah sah jadi cikgu stokin I.”
---
Scene 3: Ariq & Hana – Si Sempoi Tapi Sweet
Tok Kadi: “Aku nikahkan dikau…”
Ariq dengan confident, tanpa gugup, sebut lafaz akad sekali jalan. Semua kagum.
Tapi bila selesai je, dia peluk Hana sampai kena tegur oleh Mamanya, “Belum salam mak mentua lagi kau dah peluk! Sabarrr!”
Hana tergelak kecil.
Hana: “Awak dah ready nak jadi ayah pada anak-anak kita nanti?”
Ariq (terkedu): “Eh kita nak anak terus ke? Bagi honeymoon dulu la…”
---
Scene 4: Ray & Ryn – The Most Anticipated
Ray paling cool di luar, tapi tangan sejuk gila. Siap baca ayat suci dalam hati.
Tok Kadi: “Aku nikahkan dikau…”
Ray: “Aku terima nikahnya Eryna Sofia binti Hussin dengan mas kahwin RM300 tunai.”
Ryn menggigit bibir, tahan air mata. Bila dah sah, dia bersalaman dengan Ray.
Ray: “Terima kasih kerana tak putus asa dengan saya.”
Ryn: “Terima kasih kerana akhirnya berani genggam tangan saya secara sah.”
Ayoi di belakang menangis sambil rekod live. “Korang… aku bangga. Tapi jangan lupa, aku masih single!”
Semua tergelak besar.
---
Scene 5: Malam – Tiga Pasang Suami Isteri Baru
Malam tu, mereka semua duduk di meja makan dewan — macam raja dan permaisuri. Tiba-tiba, DJ pasang lagu "Kisah cinta kita" – Hafiz Suip.
Ayden suap VV kek sambil bisik, “Nak anak 2 orang cukup?”
Ariq main acah suap Hana, tapi Hana sambar suap Ariq dulu.
Ray genggam tangan Ryn bawah meja, dan bisik, “Esok honeymoon kita start, tapi cinta ni dah lama berjalan.”
---
Akhir bab, kamera zoom out, ketiga-tiga pasangan duduk rapat sambil gelak-gelak.
Dan Ayoi… masih di belakang, selfie dengan kek kahwin. “#TeamNextInLine”
Share this novel