Scene 1: Kali Ketiga... Dan Kali Ini Ryn Diam
Di koridor luar bilik mesyuarat hospital, Ryn terkaku lagi.
Di hadapannya — sekali lagi, Ray sedang berbual dengan Dr. Mira. Kali ni Bukan pasal sandwich. Tapi pasal projek penyelidikan baru. Mesra, penuh tumpuan, dan... mereka tergelak kecil lagi.
Tapi kali ini ada yang berbeza.
Ray tahu Ryn tengah perhatikan. Dia sempat menjeling ke arah gadis itu — tetapi tidak bergerak, tidak memberi isyarat, dan tidak berkata apa-apa.
Ryn tunduk. Kali ini dia tak lari. Dia pusing perlahan... dan berlalu tanpa menoleh. Matanya berkaca. Tapi bukan sebab cemburu. Sebab terluka.
---
Scene 2: Bila Tiada Mesej Masuk
Hari berlalu.
Ryn tunggu.
Satu hari.
Dua hari.
Masih tiada mesej dari Ray.
Tiada penjelasan.
Tiada “maaf”.
Dan Ryn tahu… kalau Ray masih diam selepas semua yang dia nampak, maka hatinya tak pernah berada sepenuhnya pada dia.
Tanpa sepatah pun kata, Ryn left group WhatsApp yang selama ini jadi tempat mereka berkongsi suka duka berenam.
---
Scene 3: Pelukan, Air Mata & Keputusan
Di ruang tamu rumah mereka, VV dan Hana duduk berhadapan dengan Ryn yang sedang mengemas bagasinya.
> VV: “Ryn… ni bukan benda besar. Tapi takkan kau nak pergi macam tu je?”
> Ryn (lembut): “Aku tak nak rasa lebih sakit kalau aku terus dekat. Aku dah cuba tunggu dia. Tapi dia tak datang pun.”
> Hana (tahan sebak): “Dia mungkin busy, Ryn…”
> Ryn (menangis perlahan): “Aku tak mintak dia datang bawa bunga. Aku cuma nak dia buat aku rasa aku bukan pilihan kedua…”
Hana peluk Ryn kuat. VV genggam tangan sahabatnya erat-erat.
> Ryn: “Aku dah apply tukar kerja. Dekat Hospital baru. Tak jauh dari rumah kau orang. Aku cuma nak tenang.”
> VV: “Janji dengan kita… kau jaga diri.”
> Hana: “Dan jangan lupa, kami ada. Selalu.”
Mereka bertiga menangis sambil berpelukan — satu perpisahan kecil yang berat, penuh sayang, dan terasa macam patah di hujung dada.
---
Scene 4: Group Chat Sepi... Tapi Huru-Hara
Petang itu, bila waktu kerja habis…
Group WhatsApp “Kita 6 Tapi Gila” sepi seketika.
Notification: Ryn left the group.
> Ayden typing...
“Eh bro… Ryn left group?”
> Ariq: “Dia okay ke? Hana tak cakap apa pun.”
Ray seen. Tapi tak menaip.
Ayden dan Ariq, lepas beberapa minit resah sendiri, terus mesej VV dan Hana.
> Ayden (DM VV): “Sayang… ni pasal Ryn ke?”
> Ariq (DM Hana): “Hana, saya rasa tak sedap hati…”
VV dan Hana akhirnya jawab.
> VV: “Ya. Tapi tolong, JANGAN bagitau Ray apa-apa dulu.”
> Hana: “Biar dia rasa apa rasa hilang tu. Baru dia faham.”
Ayden dan Ariq hanya balas emoji thumbs up dan zip mulut.
---
Scene 5: Kantoi Dengan Ayoi
Petang itu juga, di perkarangan apartment barunya, Ryn menarik beg bagasinya dengan nafas panjang. Tapi belum sempat dia tekan loceng rumah barunya — ada suara familiar dari belakang.
> Ayoi: “Ryn? Kau buat apa kat sini? Dengan bag besar macam nak pindah rumah?”
Ryn tergamam. Ayoi melangkah laju.
> Ayoi: “Jangan cakap kau lari dari Ray dan member kau…”
Ryn geleng perlahan.
> Ryn: “Bukan lari… aku lepaskan.”
> Ayoi: “Jom, kita kopi dulu. Cerita semua. Jangan tahan sorang-sorang.”
---
Scene 6: Kopi & Kejujuran
Di café kecil dekat tram stop, Ayoi dengar semua cerita. Dari sandwich tuna, hingga Ryn left group. Dia tak potong langsung, tak menyampuk.
> Ayoi: “Ray tu kadang blur. Tapi aku percaya dia sayang kau. Cuma dia ni… jenis lambat sedar bila dah buat silap.”
> Ryn: “Aku tak sanggup jadi pilihan kedua dalam hidup orang.”
> Ayoi (angkat dua tangan): “Okay. Aku janji tak bagitahu Ray. Tapi satu je…”
> Ryn: “Apa?”
> Ayoi: “Jangan hilang terus. Kalau kau jatuh, jangan lupa kau ada kami semua.”
Ryn tersenyum dalam tangis.
---
Scene 7: Ray Kembali… Tapi Terlambat
Lewat malam itu, Ray baring atas katil. Sambil menatap siling, dia buka group chat.
Matanya terus ke bahagian atas…
“Ryn left the group.”
Dia diam. Lama.
Senyap.
Tak ada emoji, tak ada reply pada Ayden & Ariq.
Tapi akhirnya dia taip.
> Ray (personal message pada Ayden & Ariq): “Dia okay?”
Ayden dan Ariq berpandangan, serba salah — tangan mereka berhenti di atas keyboard.
Tapi mereka tetap akur pada permintaan pasangan masing-masing.
> Ayden: “Tanya dia sendiri, bro.”
Ray letak telefon perlahan. Dan malam itu, untuk pertama kalinya… dia tak mampu tidur.
Share this novel