Pagi Isnin.
Langit cerah, tapi hati tiga Dara tak sekata.
Ryn masih dingin, Hana dah mula serba salah, dan VV… entah kenapa rasa hati dia pun dah tak tentu arah.
---
Di Rumah 3 Jejaka
Ray bersandar kat bonet keretanya, tengok rumah depan sambil minum kopi dalam mug “Trust Me, I’m A Doctor”.
Ariq lepak kat porch, tengok phone tapi sebenarnya tak fokus.
Ayd keluar dengan baju kerja yang… well, VV selalu kata “baju peguam dia memang buat jantung tak stabil.”
> “Ayd, kau tak breakfast dulu ke?” soal Ariq.
> “Jumpa kawan office lama. Dia ajak makan. Katanya nak ‘catch up’.” Ayd jawab sambil masukkan fail dalam keretanya.
> “Kawan perempuan?” Ray sengaja cucuk.
> “Kawan je. Dulu sama team. Nama dia Nadia.”
Ray dan Ariq saling pandang. Tapi siapa yang tengah perhati dari balik langsir rumah depan?
VV.
Dan mata dia… macam ada halilintar halus.
---
Sementara itu di Rumah 3 Dara
VV terus tarik tudung, ambil helmet, dan terus keluar.
Ryn pelik.
“Hari ni kerja petang, kan? Nak pergi mana awal-awal?”
VV hanya jawab, “Angin tak sedap kat hati. Nak beli air sejuk. Panas sangat rasa sekarang ni.”
---
Di warung...
Ayd duduk dengan Nadia. Wanita tinggi, manis, ex-office mate yang memang jenis peramah dan jenis ‘sentuh-sentuh’ bila bercakap.
VV yang tiba-tiba sampai beli air kelapa, nampak segalanya.
Tangan Nadia di bahu Ayd.
VV terdiam.
Air kelapa dalam tangan, tapi rasa tekak tiba-tiba pahit.
---
Petang tu di Klinik...
Ray yang memang tahu Ryn akan hantar barang taska ke klinik untuk check up budak-budak, sengaja tunggu.
Muka Ryn masih tenang tapi sejuk. Macam air dalam peti sejuk dua pintu.
> “Saya nak minta maaf.” Ray mula perlahan.
> “Dah, tak payah maaf sangat. Awak bukan buat salah pun,” jawab Ryn. Tapi mata tak pandang Ray.
> “Saya suka awak, Ryn. Bukan Hana. Bukan siapa-siapa.”
> “Tapi awak keluar dengan dia, awak gelak dengan dia. Itu semua bukan untuk saya.”
Ray diam.
Dia keluarkan something dari poket coat dia — nota kecil tulisan tangan.
> “Saya ingat semua warna baju awak sejak minggu pertama kita berjiran. Tak ada satu pun yang tak buat saya nak tengok dua kali.”
Mata Ryn terpaku. Tapi ego masih buat dia berdiri tegak.
> “Saya hargai. Tapi saya takut, awak cuma suka... bukan betul-betul mahu.”
Ray jawab tenang.
> “Saya doktor. Saya takkan diagnos hati saya kalau saya tak pasti. Dan saya pasti — awak adalah sebab kenapa rumah tu rasa macam rumah.”
---
Di tempat kerja Hana...
Ariq datang beli kopi. Padahal dia jenis tak minum kopi.
> “Awak ada hot chocolate?” tanya Ariq pada Hana yang jaga kaunter.
> “Kau kan jenis Americano. Tak manis, macam hati kau,” jawab Hana sambil senyum nipis.
Ariq sengih.
> “Dulu saya suka Americano sebab hati saya pahit. Tapi sekarang... saya rasa saya suka sweet.”
Hana senyap. Tapi muka dah merah macam syrup strawberry atas kek.
---
Malamnya di Group WhatsApp
> Ray_TheDoc:
@Ryn_Teacher – awak free esok? Saya nak belanja aiskrim. Tak ada kopi. Janji.
> Ariq_Engineer:
@Hana_CoffeeAddict – saya dah google semua jenis hot chocolate. Esok saya nak rating jujur.
> Ayd_Lawyer:
VV, I lupa nak bawa balik air kelapa. Tapi esok I bawa air lain — asalkan hati u sejuk balik.
> VV_Teacher:
I tak panas pun. Cuma I pelik, kenapa bila orang lain pegang bahu u, I rasa tangan I nak naik dulu.
> Ayd_Lawyer:
Sebab I pun berharap, u je yang pegang I.
Group WhatsApp terus senyap. Tapi hati masing-masing... macam bunga mekar dalam slow motion.
---
Akhir bab...
Tiga Dara, tiga Jejaka.
Semakin hari, semakin jelas jalan cerita.
Tapi cinta bukan soal siapa cepat.
Cinta ini... soal siapa paling berani melangkah walau tahu risikonya.
Share this novel