Suasana petang itu nampak ceria.
Ariq dah buka speaker dengan lagu mellow dari Dewa19. Ray sibuk perap ayam dengan rempah turun-temurun. Ayden pulak siapkan setting meja — sambil mata asyik meliar ke rumah sebelah.
Tak lama kemudian, tiga dara muncul — Hana dengan baju santai dan apron comel, Ryn dengan selipar emoji besar-besar, dan VV dengan Tudung bawal berwarna satin ungu dan senyum yang boleh cairkan daging belum bakar.
> “Wah, serius ni BBQ kejiranan? Ingatkan gurau tadi dalam group,” Hana gelak kecil.
> “Bukan gurau, ni usaha ikhlas. Demi silaturrahim kejiranan,” jawab Ariq, sambil angkat ayam perap.
Danish muncul beberapa minit selepas itu — dengan gaya selamba dan senyuman trademark dia yang memang menguji iman jejaka lain.
> “Wah, meriah! Saya datang dengan perut kosong dan hati lapang,” katanya sambil letak bekas berisi salad dan spaghetti.
Ray tenung dari tepi — “Perut kosong takpe. Tapi hati tu jangan lapang sangat.”
Ayden tarik kerusi untuk VV — gentleman seperti biasa, tapi dalam hati dah ada api kecil menyala. Terutamanya bila Danish duduk betul-betul sebelah Ryn.
> “Cikgu Ryn, hari tu saya terlupa nak tanya. Kalau saya nak volunteer kat taska awak, boleh ke?” tanya Danish, muka ikhlas.
> “Volunteer? Tapi awak kerja apa sebenarnya?” tanya Ryn, curious.
> “Saya work from home. Buat content, manage social media brand luar negara… flexible lah,” jawab Danish, sengih lagi.
Ray kunyah daging lamb chop sambil bisik ke Ayden.
> “Flexible sangat sampai flexible nak tackle semua orang.”
> “Relax bro. Kita plan B — bagi dia makan sambal aku, confirm dia terbatuk,” balas Ayden.
VV nampak macam enjoy dengan spaghetti Danish, siap puji dua kali. Ayden tarik nafas panjang.
> “Sedap ke?” tanya Ayden akhirnya, suara slow tapi tajam.
> “Eh, sedap! U nak rasa?” VV hulur sudu.
Ayden ambil, tapi tak makan. Dia letak atas pinggan sendiri. Dalam hati — aku nak masak untuk dia nanti, bukan makan lebihan lelaki lain.
---
Kemuncak insiden:
Sewaktu Ariq nak ambil minuman, dia tak sengaja terdengar perbualan Hana dengan Danish.
> “Hana ni nampak ceria, tapi ada orang kata hati dia fragile tau,” gurau Danish.
> “Laaa siapa kata?” Hana gelak.
> “Tak tau, tapi kalau ada lelaki pandai jaga hati fragile ni... agaknya Hana bagi peluang tak?” Danish kenyit.
Ariq terdiam sekejap, lalu tarik botol air dengan lebih kuat dari biasa sampai Danish terpaling.
> “Maaf, tangan kuat sikit,” kata Ariq, tapi mata tak lepas dari pandang Danish.
Ryn perasan perubahan wajah Ray yang semakin senyap. VV pula nampak macam tak selesa dengan perhatian Danish yang makin meluas.
---
Malam makin larut…
Semua orang bersurai perlahan. Tiga Dara balik ke rumah dengan perut kenyang, tapi hati penuh tanda tanya.
Dalam group ‘Tiga Dara Setia’:
Ryn: Sumpah BBQ tadi sedap. Tapi macam ada angin lain je. Korang rasa tak?
VV: Aku rasa... macam ada dua tiga orang nak bakar hati lebih dari bakar ayam.
Hana: Tolong jangan bakar aku sekali. Danish tu... hmm.
Dalam group ‘Tiga Jejaka Gagah’:
Ray: Aku tak suka cara dia pandang Ryn.
Ariq: Hana gelak 3 kali. Bukan 2. Tiga.
Ayden: Next plan: kita tunjuk kita bukan lelaki biasa.
Share this novel