Bab 20: Bila Ryn Serabut, Ray Menyibuk

Family Completed 152

Malam Isnin.

Ryn tengah baring atas toto dalam bilik. Bilik gelap, tapi mata dia cerah. Merenung siling seolah-olah siling tu boleh tolong dia bagi jawapan pasal "apa sebenarnya rasa aku dekat Ray nii?"

Tiba-tiba…

> TINGGG – bunyi mesej WhatsApp masuk.

Ray:

> “Awak tidur ke? Kalau ya, tolong tidur balik lepas baca mesej ni. Kalau tak tidur, jom saya culik awak pi kedai Uncle Nan minum coconut shake.”

Ryn senyum sikit. Tapi balas:

Ryn:

> “Saya tengah overthinking. Kalau awak culik saya, awak kena tanggung segala beban kepala saya.”

Ray reply sepantas kilat.

Ray:

> “Deal. Saya ada shoulder bag… tapi saya prefer awak sandar terus kat shoulder saya.”

Danggg

Ryn tutup muka dengan bantal. Kenapa mamat ni pandai sangat main ayat malam-malam macam ni?!

---

Lima minit kemudian, kat warung Uncle Nan

Ryn minum coconut shake sambil jeling Ray yang tengah duduk depan dia, senyum macam baru menang hadiah Astro Go Shop.

Ryn :  “Ray…”

Ray : “Yes, future Mrs. Ray?”

> “Saya serabut tau. Awak asyik buat saya confuse. Kadang awak muncul, kadang menghilang. Kadang sweet, kadang macam security guard jaga pagar rumah seberang.”

Ray tergelak. “Saya hilang sebab saya takut saya selalu ada buat awak makin pening.”

Ryn : “Tapi awak sweet… awak bagi saya
caramel latte tu bukan calang-calang.”

Ray : “Itu caramel latte, bukan confession.”

Ryn terdiam.

Ray bersandar sikit.

> “Tapi kalau awak nak tahu… saya buat semua tu sebab saya suka tengok awak senyum. Saya tak reti confession macam filem Korea. Tapi saya reti buat awak rasa dihargai… tanpa banyak cakap.”

Ryn pegang straw coconut shake. Tangan dia sejuk. Tapi dalam hati… ada suam-suam lembut.

Run :  “Ray… awak takut rejection ke?”

Ray : “Saya tak takut rejection. Saya cuma takut… kalau awak tak ready, saya ni cuma satu gangguan.”

Ryn gelak kecil. “Saya tak ready untuk bercinta… tapi saya ready untuk ketawa dengan awak, makan coconut shake tengah malam dan dengar pickup line cringe.”

Ray senyum lebar.

> “Kalau macam tu… jom kita mula dengan jadi kawan yang overqualified.”

---

Sementara tu, di rumah sebelah…

Ariq tengah main game dengan Ayden. Hana pulak tengok dari sofa sambil mak
an keropok.

Hana :  “Weh Ayden, Ray tak balik lagi ke?”

Ayden : “Entah, last aku nampak dia keluar dengan helmet, tapi tak naik motor.”

Ariq: “Mungkin helmet tu dia pakai untuk protect hati dia daripada rejection Ryn.”

Hana baling bantal. “Korang ni… suka sangat over.”

Ariq gelak. “Kalau aku pulak… tak payah helmet. Aku ada ‘jelingan Hana’ untuk lindung aku.”

Hana menjeling. Ariq pura-pura pengsan atas lantai. “Kuat betul aura dia.”

---

Group WhatsApp ‘6 Hati Tak Boleh Duduk Diam’

VV: Ray keluar dengan Ryn?

Ayden: Confirm coconut shake.

Ariq: Kalau lepas ni Ryn senyum sorang-sorang, kita tahu siapa puncanya.

Ray: Post gambar straw coconut shake dua batang

Ryn: Left the group

(masuk balik 5 minit kemudian)

Ryn: Sorry… tersilap tekan.

Ray: Takpe. Kadang hati pun tersilap tekan perasaan.

---

Penutup Bab 20:

Ryn baring balik atas katil malam tu. Kali ni bukan untuk overthinking. Tapi untuk replay setiap ayat Ray dalam kepala dia sambil senyum bodoh sendiri.

Ray pula… scroll balik chat dengan Ryn dan taip satu nota dalam phone:

> “Kalau cinta ni satu lawak, biar aku jadi punchline dia. Asal dia ketawa, aku bahagia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience