Bab 4: "Jiran Sebaris, Roti Seketul"

Family Completed 152

Matahari pagi memancar terang. Kucing tidur bersilang kaki atas motor, dan burung berterbangan bebas — seolah-olah menyambut suasana taman perumahan yang kembali bercahaya selepas insiden blackout semalam.

“Eh VV, roti Gardenia habis! Aku lupa restock semalam sebab drama blackout tu!”
Hana bersuara kuat dari dapur.

“Haish… aku pun dah kehabisan kopi 3 in 1! Ni semua sebab aku sibuk menghayati ayat pickup line si Ayd semalam.”
VV selamba sambil capai helmet dari rak.

“Ryn! Cepatlah turun! Kita pergi kedai runcit Abang Man jap!”

Tak sampai 10 minit, tiga dara berhelmet manis dah membelah angin atas skuter masing-masing menuju ke kedai runcit yang hanya 5 minit dari rumah.

Sementara itu…

“Aku lupa beli beras!”
Ray bersuara dari dapur rumah jejaka.

“Beras kau, susu aku, sabun Ayden. Elok kita gerak sekali,” kata Ariq sambil pakai jam tangan.

“Asal rasa macam mission rumah tangga?” Ayden selamba, tapi tetap follow.

Maka bertembunglah dua pasukan jiran di depan kedai runcit Abang Man — jejak first time dalam suasana terang dan berkeringat sedikit.

“Oh... Taman Satu bertemu Taman Dua,” sapa Ariq sambil tunduk hormat, wajah relax.

“Roti Gardenia sekeping, jiran depan tiga orang.”
Ray pula bagi ayat ala-ala iklan.

“Sorry, kami bukan datang jual roti. Kami cari jodoh je… eh silap, kopi.”
VV mencelah, mata tajam tapi bibir senyum sipu.

“Rasa macam ada persaingan shopping berlaku di sini,” Ayd geleng perlahan sambil tarik bakul troli.

“Tak. Kami bukan bersaing… kami mendahului,” jawab Hana, buat gaya macam masuk MasterChef.

Dalam kedai kecil tu, suasana jadi kecoh. Tiga jejaka dan tiga dara, masing-masing berlawan ayat, sengaja cari gurau, sengaja panjang-panjangkan soalan.

Ray: “Ryn, awak suka kopi hitam atau manis?”

Ryn: “Manis. Tapi kalau terlalu manis, kadang kena check dulu – takut palsu.”

Ray: Senyum sambil ambil dua tin kopi – letak satu balik.

Ariq: “Hana, sabun pencuci mana bagus untuk hati yang luka?”

Hana: “Yang wangi dan kuat buih. Biar sakit pun rasa bersih.”

Ariq: Tunduk kecil. Touché.

Ayd: “VV, kenapa u senyap?”

VV: “I kira baki emosi semalam. Kena pastikan tak overcharge.”

Ayd: Angguk sikit. Pandang lama, tapi tenang.

Lepas masing-masing bayar dan keluar dari kedai, Hana tersenyum sambil tunggang motor perlahan.

“Aku rasa macam episod pertama cerita Love Line Taman Perumahan.”

“Dan kita semua baru je join cast utama,” jawab VV, sengih panjang.

Ryn, di belakang, tak cakap apa. Tapi dalam hati… ada bunga sikit-sikit tengah mekar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience