Datin Adiba menghampiri Stella setelah melihat dia berdiri di luar.
"Stella buat apa dekat sini.Jom masuk,".
"Mama tadi Stella nampak ada satu kereta macam perhatikan Stella dari bilik sebab tu Stella keluar,".
Datin Adiba terkejut mendengarnya.Dia tahu tidak lain tidak bukan itu mesti Sam yang memerhati Stella.Datin Adiba masuk bersama Stella selepas sejenak berdiri di luar rumah.Sewaktu Stella naik semula ke biliknya,Datin Adiba mencapai telefon menghubungi Dato Azri yang berada di pejabat.
"Hah ada apa awak telefon saya ni?"
"Saya nak awak ingatkan menantu awak tu lepas ni jangan sibuk-sibuk nak intai Stella dekat luar rumah,"
"Haih apa salahnya suami nak intai isteri sendiri Adiba oi,"
"Awak dah gila ke Stella tu kan tak ingat apa-apa lagipun dia dengan Dzafri akan ada majlis pertunangan nanti,"
"Ikut suka awak lah saya cakap bukan awak nak dengar pun tapi awak kena ingat tak kira macam mana sekalipun awak rancang nak kahwinkan mereka hukumnya tetap haram,".
Dato Azri menamatkan panggilan.Datin Adiba merengus sendiri bengang Dato Azri asyik berpihak kepada Sam.Tapi itu bukan penghalang untuk menyatukan Dzafri dan Stella.Apa pun halangannya Datin Adiba pasti mereka akan bersatu juga nanti.
DZAFRI perlahan turun dari kereta setelah sampai di rumah Ibu Faz.Terlihat Ameer yang menantinya di dalam dengan wajah tegang.Dzafri mengatur langkah untuk masuk ke dalam lalu disambut oleh Ibu Faz.Lysa beralih dari situ tidak mahu untuk melihat perdebatan antara Ameer dan Dzafri.
Baru sahaja Dzafri melabuhkan punggung di sofa Ameer terus meminta penjelasan dari Dzafri.
"Apa semua ni Dzaf.Majlis apa ni.Sejak bila pula kau bertunang?" laju Ameer bertanya.
"Ini tak sama dengan apa yang jadi aku pun tak tahu mama buat majlis tu.Aku dah lama putuskan pertunangan dengan dia,"
"Habis tu sekarang macam mana boleh jadi macam ni?"
"Aku tak tahu Meer aku pun tengah pening sekarang ni,".
Ameer menghela nafas panjang.Kalaulah dia tahu Lysa berkahwin dengan Dzafri yang berpengaruh dah lama dia minta Lysa untuk bercerai.Tapi apakan daya mereka berkahwin pun tanpa pengetahuannya.Jadi sekarang Lysa terpaksa jadi mangsa keadaan dengan terpalit dalam masalah Dzafri.
"Apa pun aku nak kau selesaikan masalah ni Dzaf.Aku tak nak Lysa terjebak dalam hal ni,".
Dzafri mengangguk tanda faham.Ameer kemudian pergi dari situ untuk kembali bekerja di hospital.Dzafri naik ke atas menuju ke bilik Lysa.Tepat dia di di hadapan pintu bilik Lysa,Dzafri menguping perbicaraan Ibu Faz bersama Lysa.
"Lysa,walau apa pun jadi Lysa janji ye jangan pernah berpisah dengan Dzafri.Jangan biarkan dia terikat dengan amanah arwah ayah ye sayang,".
Dzafri serba salah mendengar itu.Ayat itu patut dikatakan padanya selepas apa yang dilalui oleh Lysa.Pintu diketuk oleh Dzafri selepas tiada lagi perbicaraan antara Ibu Faz dan Lysa di dalam.Ibu Faz membuka pintu lalu segera turun memberi ruang untuk Dzafri berbincang dengan Lysa.
Dzafri duduk di birai katil sebelum mula bicara kepada Lysa. "Lysa harini kau duduk dengan ibu dulu.Aku ada benda nak bincang dengan mama,".
"Bila masalah awak dengan Stella nak selesai Dzafri? Saya tak nak hadap semua ni walaupun kita kahwin terpaksa,".
Dzafri terdiam.Tidak tahu apa yang patut di balas kepada Lysa.Tidak cukup dengan perkahwinan mereka tambah lagi satu masalah Dzafri yang menggugat hubungannya dengan Lysa.Dzafri perlahan mencapai tangan Lysa lalu meminta maaf atas apa yang berlaku.
"Aku minta maaf Lysa.Aku tahu aku salah.Aku minta kau beri aku masa untuk selesaikan semua ni,".
Lysa melepaskan pegangan Dzafri.Dia bangun membuka pintu tanpa sebarang kata untuk menyuruh Dzafri keluar.Dzafri yang akur segera keluar dari situ lalu berpamit untuk pulang semula ke rumah menemui Datin Masriza.Lysa duduk kembali di katil memeluk bantal kecil sambil perlahan air mata turun dari matanya.Dalam hati Lysa dia lelah terjebak dalam isu Stella dan Dzafri yang membelenggu fikirannya.
"ISH sampai hati Dzafri buat Lysa macam tu paan.Kalau dah ada tunang tak payahlah sibuk nak kahwin dengan Lysa.Ni siap dah nak buat majlis lagi geram aku," marah Meira sambil meneguk air kopi yang masih panas.
"Heh yang kau beria marah ni kenapa.Cuba kita dengar dulu apa yang Lysa cerita nanti jangan main cakap ajer,".
"Aku tak kira,aku nak dia ceraikan Lysa,". Meira menepuk mejanya.
"Heh Meira kau tak payah nak jadi batu api eee pandailah dia settle rumah tangga dia sendiri.Dah buat kerja kau tu,".
Meira memberi jelingan tajam kepada Paan.Menurutnya,sikit pun Paan tidak kasihan pada Lysa yang dihimpit masalah.Dia akui sejak Lysa berkahwin Paan jarang bercerita atau bertanya tentang Lysa.Isteri oranglah katakan.Tapi Meira bukanlah menyibuk dia cuma prihatin kepada Lysa dan tak lebih dari itu.
Sementara Dzafri pula,dia sudah tiba di rumah sendiri.Dzafri mengeluh sebelum melangkah masuk ke dalam.Kalau diikutkan hati jangankan berbincang,berjumpa dengan Datin Masriza pun dia tidak mahu.Tapi demi Lysa dia perlu menyelesaikan masalah tentang majlis itu secepat mungkin.
"Hah Dzafri sampai pun lama mama dengan papa tunggu tau," kata Datin Masriza yang sedang duduk di ruang tamu bersama Dato Mukhriz.
Dzafri terus melepaskan amarahnya kepada Datin Masriza.
"Kenapa mama buat Dzaf macam ni! mama tahu kan Dzaf dah kahwin,Stella pun dah kahwin tapi kenapa mama beritahu tentang majlis tu pada media,"
Datin Masriza yang bengang bangun dan membalas Dzafri kembali.
"Kan mama dah pernah kata tiada siapa akan jadi menantu mama selain Syatilla!!!,"
"Dia dah curang dengan Dzaf mama dan sekarang semuanya dah berakhir,"
"Mu.....mungkin dia tak sedar masa tu Dzafri.Berilah dia peluang untuk perbaiki hubungan dengan kamu semula!,"
"No ma.Dzaf takkan khianat sepupu Dzaf sendiri macam mana Stella khianat pada Dzaf,".
Dzafri kemudian keluar pergi dari situ.Datin Masriza ditahan Dato Mukhriz ketika dia hendak menahan Dzafri.Datin Adiba yang bengang terus naik ke atas sambil merengus.Dato Azri hanya mampu menggeleng kepala selepas melihat perdebatan antara dua beranak itu.
Pada sebelah malamnya, Lysa berdiri di hadapan rumah sambil termenung sendiri.Dia sendiri tidak tahu apa akan jadi pada hubungan mereka.Lebih dia takutkan ialah macam mana kalau cinta Dzafri pada Stella berputik kembali selepas majlis itu diadakan.
Selang beberapa saat, telefon Lysa di kocek seluarnya berbunyi.Ternyata si pemanggil adalah Meira.Lysa berganjak sedikit dari pintu rumah sebelum mengangkat panggilan dari Meira.Belum sempat Lysa bertanya,laju Meira mengajukan soalan kepada Lysa.
"Hah angkat pun lama aku tunggu tau risau aku,"
"Mesti kau dah baca berita tu kan," Lysa mengagak.
"Eh gila tak baca berita tergempar kot.Terkejut aku masa baca pasal Dzafri dengan Stella tu tau,"
"Sebelum berita tu keluar lagi aku dah tahu Meira,"
"Habis tu kenapa tak beritahu aku?"
"Apa kau boleh buat Meira,aku pun tak boleh buat apa-apa lagikan kau yang bukan siapa-siapa dengan keluarga Dzafri,".
Meira terdiam.Ada betulnya juga apa yang dikatakan Lysa.Meira menyibuk tahap tinggi sekalipun dia takkan boleh bantu menyelesaikan masalah antara Lysa dan Dzafri.Walaupun Meira ada kepakaran dalam mencari tahu hal orang lain dia akui masalah rumah tangga Lysa tidak perlu untuk dia masuk campur.
"Ok lah Lysa nanti kita jumpa eee aku nak kau cerita semua dekat aku tentang Stella tu,"
"Nanti aku datang rumah kau.Bye,".
Lysa kemudian masuk ke dalam rumah.Dia naik ke bilik untuk tidur.Lysa berpaling ke kiri mengingat kembali berita majlis pertunangan Dzafri dan Stella yang sudah tersebar luas.Perlahan-lahan air mata Lysa mengalir membasahi pipi sebelum dia melelapkan mata.
"ADA apa kau datang sini malam-malam Dzaf?" tanya Sam kepada Dzafri.
"Aku nak minta maaf dengan kau Sam,"
"Kau memang suka kan minta maaf benda yang bukan salah kau,"
"Aku tak nak kau fikir aku yang mintak semua ni jadi.Sikit pun dah tak ada rasa cinta aku pada Stella sejak.....,"
"Sejak kau dapat tahu aku yang kahwin dengan Stella?" Sam menyampuk.
"Kalau dia tak kahwin dengan kau pun dia tetap dah buat hati aku sakit,".
Sam simpati mendengarnya.Kalau dia tahu Stella adalah gerangan yang Dzafri cintai, sejak Stella di hospital lagi Sam akan melepaskan Stella.Sam tidak buat begitu kerana Dzafri juga sudah berkahwin.Dia tidak mahu Lysa pula yang merasa pengkhianatan dari Dzafri.
"Kau marah aku ke Dzaf sebab rampas Stella dari kau?"
"Kau sendiri pun tak tahu macam mana boleh sampai terkahwin dengan dia jadi buat apa aku marah kau,"
"Tentang majlis tu....kau tak nak buat apa-apa ke,"
"Aku dah buntu dah Sam letih aku hadap semua ni,"
"Nampaknya mama kau memang nak kau kahwin dengan dia,"
"Aku tak nak dan tak akan kahwin dengan dia.Aku dah kahwin dengan Lysa.Walaupun aku belum cintakan dia aku takkan khianat dia,"
"Tapi Dzaf.....,"
"Kau ni dari tadi aku perati macam ada benda kau nak beritahu aku.Cuba cakap ada apa sebenarnya,"
Sam tidak mampu melanjutkan ayatnya.Dia tidak mahu masalah Dzafri terus bertambah.Tapi Sam juga tidak mahu berahsia dari Dzafri.Dia mengambil nafas panjang sebelum memberitahu Dzafri apa yang sebenarnya ingin dia katakan.
"Aku rasa kau kena terima untuk kahwin dengan dia Dzaf sebab selagi.....,"
"Selagi?"
"Selagi kau tak terima untuk kahwin dengan dia sebab dah ada Lysa,selagi tu lah Datin Adiba akan paksa aku untuk ceraikan Stella,"
"Kejap, kenapa dia suruh kau ceraikan Stella pulak aku tak faham?"
"Dia nak aku ceraikan Stella supaya kau boleh jadikan Stella isteri kedua kau.Bila aku dah ceraikan Stella dah tak ada alasan lagi untuk kau tolak,"
"Hah!!!" Dzafri terkejut mendengar permintaan Datin Adiba kepada Sam.
Datin Adiba memang tak waras menurut Dzafri.Rasanya lama-lama mamanya juga akan ikut serta begitu kalau Dzafri tidak mengikut kehendak mereka.Bertambah lagi masalah Dzafri pada malam itu.Dia mengusap wajah dari atas ke bawah kerana tidak menyangka Datin Adiba menyuruh Sam berbuat demikian.
"Kenapa tak dari awal kau beritahu aku Sam.Kenapa baru sekarang kau nak beritahu aku?"
"Aku tak nak tambah masalah kau Dzaf.Aku tahu kau mesti tengah tertekan sekarang ni,"
"Apa pun jadi aku tak nak kau buat apa yang Datin Adiba suruh.Dia tak sedar apa yang dia suruh kau buat tu,"
"Aku tak tahu Dzaf bukan kau sorang tengah pening sekarang ni,"
"Kau biarkan je Datin Adiba tu aku akan uruskan nanti,".
Sam mengangguk.Dzafri kemudian berpamit kepada Sam.Dia segera masuk ke kereta menuju ke rumahnya.Sam lalu naik ke bilik melihat surat cerai yang diberikan kepada Datin adiba kepadanya.
"APA semua ni Adiba!!!" Dato Azri bertanya sambil mencapakkan surat cerai yang dikirim Datin Adiba kepada Sam tempoh hari.
"Hmmm...saya dah agak dah menantu awak tu mesti beritahu awak pasal benda ni,"
"Bukan dia tapi Dzafri.Saya yang minta pada Sam surat cerai ni sebab nak minta penjelasan dari awak,"
"Haih nak minta penjelasan apa lagi.Saya nak dia ceraikan Stella supaya Dzafri boleh kahwin dengan Stella!"
"Tak cukup awak nak rosakkan hubungan Dzafri dan Lysa sekarang ni awak nak rosakkan perkahwinan Sam dengan anak awak sendiri.Apa masalah awak ni Adiba?"
"Sam tu masalah saya.Kalau dia tak kahwin dengan Stella Dzafri tak ada alasan untuk terima Stella balik Azri,"
"Kalau Sam ceraikan Stella sekalipun Dzafri tetap takkan kahwin dengan anak kita sebab dia dah kahwin dengan Lysa,"
"Heh lelaki boleh kahwin empat lah Stella tak perlu tahu kalau Dzafri sebenarnya dah lama kahwin dengan Lysa,".
Memang sah Datin Adiba ibu dari neraka.Sanggup melihat anak sendiri ditipu hidup-hidup hanya semata demi cinta.Patutlah Stella teruk perangainya.Betullah kata orang mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
"Awak jangan buat kerja gila Adiba.Saya tak setuju dan saya nak awak batalkan keinginan awak nak buat majlis tunang tu,"
"Abang dah gila ke? Ramai orang dah tahu tentang majlis tu.Stella pun tak sabar nak buat majlis tunang dia dengan Dzafri,"
"Saya tak peduli kalau saya kata batalkan,awak kena batalkan juga Adiba!" Dato Azri bertegas.
"Saya tak nak dan tak akan batalkan walau awak tak setuju sekalipun,".
Datin Adiba berganjak dari situ.Dato Azri merengus kuat bengang terhadap isterinya itu.Ada isteri macam ada orang gila dalam kehidupannya.Bukan sahaja susah diatur malah susah diajak berbincang.
Datin Adiba menuju ke kereta setelah berdebat bersama Dato Azri.Langkahnya terhenti selepas terkejut melihat seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan keretanya.
Silalah komen selepas membaca bab ini>3
Share this novel