Lysa duduk di dalam biliknya, termenung memandang skrin telefon yang masih memaparkan berita pertunangan Dzafri dan Stella. Fikirannya berkecamuk, tetapi dalam hatinya, dia tahu satu perkara dia tidak boleh terus begini.
Dia tidak boleh terus berada dalam sebuah perkahwinan yang hanya membebaninya dengan kesakitan. Jika Dzafri benar-benar mencintainya, dia pasti akan berjuang untuk mereka. Tetapi jika tidak… mungkin sudah tiba masanya untuk dia melepaskan.
Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk perlahan.
“Lysa?”
Dzafri berdiri di ambang pintu, wajahnya sugul. Matanya jelas menunjukkan keletihan dan tekanan yang melanda.
Lysa menarik nafas panjang sebelum bersuara. “Ada apa Dzafri?”
“Aku nak cakap dengan kau,” Dzafri melangkah masuk, menutup pintu perlahan. “Aku tahu kau kecewa, aku tahu kau terluka. Tapi percayalah, aku tak pernah rancang semua ni. Aku tak pernah setuju nak buat majlis tu,".
Lysa tersenyum pahit. “Tapi majlis tu tetap akan dibuat, kan?”
Dzafri mendekati Lysa dan menggenggam tangannya erat. “Aku dah buat keputusan Lysa. Aku takkan hadir ke majlis tu. Aku takkan biarkan sesiapa paksa aku buat benda yang aku tak nak. Dan aku takkan tinggalkan kau.”
Lysa menatap wajah Dzafri, mencari kejujuran dalam matanya. Tetapi ada sesuatu yang masih menghalangnya untuk mempercayai seorang Irfan Dzafri sepenuhnya.
“Apa yang buat saya pasti yang awak akan pertahankan perkahwinan kita Dzafri?” soalnya, suaranya serak menahan emosi.
Dzafri menghela nafas, kemudian menarik Lysa dalam pelukannya. “Sebab aku dah mula terima kau Lysa,”.
Jantung Lysa berdetak kencang, tetapi dia tidak membalas pelukan itu. Kata-kata Dzafri kedengaran ikhlas, tetapi adakah cukup untuk mengubah segalanya?
Di kediaman keluarga Dzafri…
Datin Masriza duduk dengan wajah tegang, jari-jemarinya menggenggam erat telefon bimbit. Sejak berita tentang Dzafri yang enggan menghadiri majlis pertunangan tersebar, ramai rakan-rakannya mula bertanya.
“Apa sebenarnya yang anak you fikirkan Masriza?” suara Datin Adiba di hujung talian kedengaran marah. “I dah cakap, kita kena pastikan majlis ni jadi!”
“Dzafri keras kepala,” Datin Masriza mengeluh. “I dah buat macam-macam, tapi dia tetap tak nak,".
Datin Adiba mendengus. “Kalau macam tu, kita guna cara lain. Kita tak boleh biarkan budak perempuan tu menang.”
“Cara lain?”
“Ya. Kita buat sesuatu yang akan buat Dzafri tak ada pilihan selain tinggalkan Lysa.”
Datin Masriza terdiam sejenak sebelum bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman penuh muslihat. “I suka cara you Adiba,".
LYSA melangkah masuk dengan perasaan bercampur baur. Dia tahu hari ini tidak akan mudah. Semua mata memandang telefon.Bisikan-bisikan kecil kedengaran di sekelilingnya.
Lidia mendekati Lysa dengan wajah penuh simpati. “Lysa, Lysa dah baca berita pagi ni?”
Lysa mengerutkan dahi. “Berita apa?”
Lidia menyerahkan telefonnya. Lysa membaca tajuk utama—Dzafri Terperangkap Dalam Cinta Tiga Segi: Kembali Kepada Stella?’
Tangannya menggigil. Hatinya sakit. Tetapi dia tidak akan lari.
Dia akan berhadapan dengan ini semua dan dia akan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya sendiri.
Lysa menggenggam telefon Lidia, cuba menahan emosinya. Jari-jemarinya menggigil saat membaca artikel tersebut.Gambar Dzafri dan Stella diedit dari sudut yang cukup membuatkan sesiapa percaya bahawa mereka masih mempunyai hubungan.
“Lysa…” Lidia memegang bahunya. “Lysa okey?”
Lysa menarik nafas dalam, menahan air matanya daripada jatuh. Dia mengangkat kepala, memandang sekeliling. Semua orang di pejabat masih tertumpu pada berita itu.
“Lysa okey,” katanya.Lysa mengembalikan telefon Lidia. “Lysa ada kerja nak buat.”
Dengan langkah tegas, Lysa menuju ke mejanya. Tetapi di dalam hatinya, perasaannya bergelora. Dia tahu siapa yang berada di belakang semua ini tak lain tak bukan ialah ibu mentuanya Datin Masriza. Wanita itu tidak akan berhenti sehingga dia keluar dari hidup Dzafri.
Sementara itu, di rumah keluarga Dzafri…
“Bagus, berita tu dah tersebar luas,” Datin Masriza berkata dengan senyuman puas, meletakkan telefonnya di atas meja.
“Sekarang kita tengok, sejauh mana perempuan tu boleh bertahan,” balas Datin Adiba dengan sinis.
Namun, mereka tidak sedar bahawa dari tingkat atas, Dzafri mendengar perbualan mereka. Wajahnya menegang, rahangnya mengeras ketika dia pulang sebentar tanpa diketahui oleh Datin Masriza.
Dia sudah penat.Penat dengan permainan ibunya. Penat dengan segala konspirasi untuk menyatukan dia dan Stella.Tanpa berfikir panjang, dia menuruni tangga dan menghampiri ibunya.
“Dzaf dah cakap yang Dzaf tak akan tinggalkan Lysa mama,".
Datin Masriza mendongak, terkejut dengan kehadiran anaknya. “Dzafri, ini semua untuk kebaikan Dzaf,".
“Tidak ma,” Dzafri memotong, suaranya dingin. “Ini semua untuk kebaikan mama. Untuk kepentingan keluarga Stella. Tapi Dzaf bukan boneka yang mama boleh kawal,".
Datin Masriza membulatkan mata, tidak percaya dengan keberanian Dzafri menentangnya. "Dzaf sanggup buat macam ni untuk perempuan tu?”
“Ya,” Dzafri menjawab tanpa ragu-ragu. “Dan Dzaf akan buktikan pada semua orang yang perkahwinan Dzaf dan Lysa bukan main-main.”
Dia berpaling, melangkah keluar tanpa menoleh ke belakang.
Di MDZAF HOLDING,
Lysa sedang meneliti dokumen di mejanya apabila bunyi telefon pintarnya bergetar. Dia melirik sekilas ke skrin nama Dzafri tertera.
Hatinya berbelah bahagi. Dia ingin mendengar penjelasan Dzafri, tetapi dalam masa yang sama, dia lelah dengan semua drama ini.
Telefon Lysa terus bergetar. Akhirnya, dia menghela nafas dan menjawab.
"Apa lagi yang awak nak Dzafri?” suaranya datar.
“Aku nak jumpa kau,” suara Dzafri di hujung talian kedengaran tegas. “Sekarang,".
Lysa mengerutkan dahi. “Saya dekat pejabat ni,".
“Aku ada kat bawah. Tolong turun.Sekarang!".
Jantungnya berdegup kencang. Dia menoleh ke arah tingkap dan melihat ke bawah betul, Dzafri sedang berdiri di tepi keretanya menunggu dia turun.
Lidia yang duduk di sebelahnya turut perasan. “Encik Dzafri ke tu?” bisiknya.
Lysa mengangguk perlahan.
Lidia tersenyum kecil. “Kalau Lysa rasa Lysa perlu dengar penjelasan dia, pergilah.”
Lysa menimbang kata-kata itu sejenak sebelum bangun.
Lysa melangkah menghampiri Dzafri, cuba mengawal emosinya.
“Apa yang awak nak cakap?” soalnya tanpa berlengah.
Dzafri menatapnya dengan mata yang penuh keteguhan. “Aku dengar sendiri perbualan mama dan Datin Adiba. Mereka yang sebarkan berita palsu tentang aku dan Stella.”
Lysa terdiam. Dia sudah mengagak, tetapi mendengarnya sendiri dari Dzafri membuatkan hatinya sedikit bergetar.
“Aku tak akan biarkan mama kawal hidup aku lagi,” sambung Dzafri. “Aku nak kita selesaikan semua ni, sama-sama.”
Lysa menelan liur. “Dan kalau mama terus memaksa awak?”
“Aku tetap akan pilih kau,” Dzafri menjawab tanpa ragu.
Lysa memandangnya lama. Dia ingin percaya. Tetapi luka-luka lama masih menghantui hatinya.
“Beri saya masa Dzafri," kata Lysa akhirnya.
“Saya perlukan masa untuk pastikan hati saya tak akan terluka lagi.”
Dzafri mengangguk perlahan. “Aku akan tunggu.”
Tetapi mereka tidak tahu… sesuatu yang lebih besar sedang dirancang untuk memisahkan mereka sekali lagi.
HARI-HARI berlalu dengan perlahan. Lysa masih belum memberikan jawapan kepada Dzafri, tetapi fikirannya sering terganggu dengan kata-kata Dzafri itu.
Di pejabat, Lidia memandang Lysa dengan penuh tanda tanya. "Lysa betul-betul nak biarkan Encik Dzaf tunggu macam tu?”
Lysa menghela nafas. “Lysa cuma tak nak buat keputusan terburu-buru akak,".
Lidia tersenyum tipis. “Akak faham. Tapi Lysa pun tahu, sesuatu sedang berlaku di belakang Lysa, kan?”
Lysa mengerutkan dahi. “Maksud akak?”
Lidia menyelak skrin telefonnya dan menunjukkan satu artikel berita yang baru diterbitkan. Tajuknya membuatkan dada Lysa berdegup kencang.
“Irfan Dzafri Sah Bertunang dengan Ros Syatilla – Majlis Tertutup Dirancang dalam Masa Terdekat”
Lysa merasakan tubuhnya menjadi kaku. Tangannya menggigil ketika dia membaca butiran artikel itu.
“Tak mungkin…” bisiknya.
Telefon pintarnya bergetar tiba-tiba menerima panggilan daripada Dzafri. Hatinya serba salah, tetapi dia menekan butang jawab.
“Lysa, kau dah baca berita tu?” suara Dzafri kedengaran cemas.
"Apa semua ni Dzafri?”
“Itu semua rancangan mama dan Datin Adiba. Aku tak pernah setuju.Aku dipaksa Lysa!”.
Lysa terdiam. Air matanya hampir menitis.
“Aku akan buktikan aku tak bersalah,” Dzafri berjanji. “Aku akan buat apa saja.”
Lysa hanya mematikan panggilan.Lysa tidak mahu memberi sebarang jawapan buat masa ini.Hatinya tercarik begitu luka.Selepas dia menamatkan panggilan pintu pejabat terkuak sedikit sebelum ada kaki yang melangkah masuk ke dalam.
Lysa mengangkat wajahnya, menatap Datin Masriza yang kini berdiri di hadapannya. Wanita itu menyilangkan tangan sambil memberikan senyuman sinis.
"Apa yang mama nak bincangkan dengan Lysa?” Lysa bertanya, cuba mengekalkan ketenangannya.
Datin Adiba menarik nafas perlahan sebelum bersuara, “Mama nak beri Lysa peluang untuk keluar daripada hidup Dzafri… sebelum semuanya menjadi lebih buruk.”
Lysa mengerutkan dahi. “Maksud mama?”
Datin Masriza meletakkan sebuah fail di atas meja Lysa. “Ini semua bukti yang boleh menghancurkan kerjaya Lysa. Jika Lysa terus berada di sisi Dzafri, mama takkan teragak-agak untuk menggunakannya.”
Lysa membuka fail itu dengan tangan yang sedikit menggigil. Matanya membulat apabila melihat dokumen-dokumen di dalamnya e-mel sulit, laporan kewangan syarikat tempatnya bekerja, dan beberapa transaksi yang seolah-olah menunjukkan dia terlibat dalam sesuatu yang tidak sepatutnya.
Lysa mendongak, hatinya bergetar. “Mama cuba perangkap Lysa?”
Datin Adiba tersenyum kecil. “Mama cuma berikan pilihan. Samada Lysa tinggalkan Dzafri secara baik… atau hadapi akibatnya.”
Lysa menahan marah. Dia tahu ibu mentuanya itu bukan calang-calang orang. Jika dia tidak berhati-hati, segalanya boleh musnah dalam sekelip mata.
Sebelum dia sempat berkata apa-apa, pintu pejabatnya tiba-tiba terkuak sekali lagi.
Dzafri melangkah masuk dengan wajah tegang. “Apa yang mama buat dekat sini?”
Datin Masriza tersenyum sinis. “Cuba melindungi masa depan Dzaf,".
Dzafri mendekati Lysa, berdiri di sisinya seolah-olah melindunginya. “Cukup mama,". Dzaf dah tahu semua yang mama rancang. Dzaf takkan biarkan mama terus kawal hidup kami,".
Datin Masriza menggeleng perlahan. “Dzaf fikir Dzaf boleh lawan mama? Dzaf tahu mama akan buat sampai mama dapat apa yang mama nak,".
Dzafri mengepal penumbuk. “Ya, mama boleh cuba buat apa saja. Tapi Dzaf tetap takkan tunduk.”
Lysa menatap Dzafri, hatinya dipenuhi pelbagai emosi. Walaupun ketakutan masih menghantuinya, dia tahu ini bukan masanya untuk berundur.
Dia menarik nafas dalam-dalam, mengangkat wajahnya menatap Datin Masriza dengan penuh keberanian.
“Lysa takkan ke mana-mana, mama. Kalau mama nak perang… Lysa sedia.”
Wajah Datin Masriza berubah tegang. Namun, wanita itu hanya tersenyum tipis.
“Baiklah, kalau itu pilihan Lysa. Kita lihat siapa yang akan menang.”
Dengan kata-kata itu, Datin Masriza berpaling dan melangkah keluar dari pejabat dengan penuh angkuh.
Lysa memandang Dzafri, yang kini menggenggam tangannya erat.
“Aku takkan biar mama serang kau lagi Lysa lepas ni,” kata Dzafri perlahan.
Lysa mengangguk. “Saya harap awak maksudkan kata-kata awak,".
Setelah berdebat bersama Datin Masriza Dzafri pergi ke pejabat Dato Azri untuk berbincang tentang majlis yang telah dirancangkan.
"Uncle, Dzaf minta maaf tapi Dzaf tak nak majlis Stella dan Dzaf dibuat.Dzaf dah ada Lysa,".
Dato Azri membalas. "Uncle kalau boleh pun tak nak terlibat Dzafri,".
"Maksud uncle… uncle pun tak nak majlis pertunangan ni dibuat?" Dzafri bertanya, masih tidak percaya.
Dato Azri menghela nafas panjang sebelum mengangguk. "Ya, Dzaf. Uncle pun tak setuju dengan pertunangan ni. Dari awal lagi, ini bukan keputusan uncle. Ini semua rancangan Datin Adiba dan mama kamu. Uncle hanya ikutkan sebab tak mahu timbul masalah."
Dzafri terasa beban di bahunya sedikit berkurang. "Jadi, kita ada jalan keluar?"
Dato Azri menyilangkan tangan di dada, wajahnya serius. "Bukan semudah itu, Dzaf. Datin Adiba dan mama kamu bukan orang yang mudah mengalah. Mereka mungkin akan gunakan macam-macam cara untuk pastikan majlis pertunangan tu tetap berlaku."
Dzafri menggenggam tangannya, tekad dalam hatinya semakin kuat. "Dzaf tak kisah, uncle. Asalkan uncle sokong Dzaf, kita cari jalan untuk batalkan majlis ni."
Dato Azri tersenyum nipis. "Uncle akan cuba yang terbaik. Tapi Dzaf, pastikan Dzaf betul-betul yakin dengan pilihan Dzaf. Sebab selepas ini, tak ada jalan untuk berpatah balik."
Dzafri mengangguk, hatinya sudah bulat. "Dzaf pasti uncle. Dzaf akan pertahankan Lysa, dan juga masa depan Dzaf sendiri."
Namun, mereka berdua tahu ini baru permulaan. Masih banyak halangan yang menanti.
Dalam perjalanan pulang ke rumah,Dzafri menerima panggilan dari Lysa.
"Hello Lysa aku dah nak balik dah ni kejap lagi sampai,"
"Awak......abang Ameer nak jumpa awak kat sini,"
"Kejap kau.....dekat rumah ibu ke?Jangan cakap dengan aku Ameer dah tahu pasal berita tu,".
Lysa hanya mengendah dan menamatkan panggilan.Dari itu Dzafri tahu Ameer juga sudah mengetahui berita majlis pertunangan dia dan Stella.Dzafri mengusap wajah dari atas ke bawah resah memikirkan Ameer yang perlu dihadapinya.Dia tidak tahu jawapan apa yang akan diberi untuk menjelaskan kepada seluruh ahli keluarga Lysa.
SAM memerhati Stella di dalam keretanya di hadapan rumah Dato Azri.Ikutkan hati Sam mahu saja dia membawa Stella pulang.Stella yang sedar dia diperhati segera melihat kereta Sam yang ada di hadapan rumahnya.Sam berganjak dari situ.Mujur, Stella tidak sempat menghampirinya setelah ketahuan.
Share this novel