Lysa dan yang lain sebak mendengar kematian ayahnya itu.Mereka tidak dapat berhenti menitiskan air mata setelah Pak Hamid pergi meninggalkan dia dan ibunya.Rasa serba salah Dzafri pula masih lekat dalam diri dan dia rasa sungguh berdosa .Meskipun dia tidak sengaja melakukannya Dzafri berasa seperti seorang pendosa yang melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya.
Bagi Lysa pula bukan mudah untuk dia menerima apa yang baru sahaja ditimpa oleh dirinya dan Ibu Faz.Lysa memandang ke arah Dzafri dan keluar dari wad itu.Ibu Faz pula tidak dapat menahan sebak akan kematian suaminya.Dato Mukhriz menarik Dzafri keluar dari situ lalu meminta dia untuk menebus kesalahannya dengan mengahwini Lysa seperti yang diminta oleh Pak Hamid.Dzafri yang masih dibelenggu rasa bersalah pergi dalam keadaan bengang mengendahkan Dato Mukhriz di situ.
Lysa lalu memujuk ibunya untuk pulang dahulu menguruskan jenazah arwah Pak Hamid.Mereka pulang dalam penuh kesedihan di atas luka yang penuh menyakitkan.Dzafri bertembung dengan Lysa di pintu hadapan dan terlihat Dzafri menjelingnya.Dia hairan mengapa Dzafri bertindak demikian sedangkan Lysa lebih wajar melakukan hal seperti itu.
Dato Mukhriz pulang dan Datin Masriza memarahi suaminya.Datin Masriza menganggap Dato Mukhriz lah yang telah melarang Dzafri untuk pulang menjemputnya.Dato Mukhriz terus naik ke atas mengendahkan isterinya itu.Datin Masriza bengang dengan suaminya dan bengung setelah melihat Dato Mukhriz keluar dengan memakai baju melayu.
Dzafri masuk ke dalam keretanya berpatah balik ke pejabat bertemu Amin.Setelah tiba di sana,bayangan Amin tidak kelihatan.Lidia tidak tahu ke mana perginya Amin lalu Dzafri keluar semula menghempas pintu dan membuat Lidia kehairanan.Di luar,Dzafri tidak mengangkat panggilan telefon dari Datin Masriza sebaliknya dia mencampakkan telefonnya ke atas kerusi di sebelah tempat memandu.
Arwah Pak Hamid selamat dimakamkan berhampiran rumah Lysa setelah mayatnya diurus di hospital.Dato Mukhriz berada di sana mewakili Dzafri yang telah menjadi punca kematian Pak Hamidi.Lysa pergi dari kuburan bersama Ibu Faz namun ditahan seketika oleh Dato Mukhriz.Lysa berkata sekiranya ada sebarang urusan Dato Mukhriz boleh ke rumahnya setelah tiga hari sesudah tahlil arwah ayahnya kerana sudah tahu apa yang ingin dibincangkan dan Lysa tidak ingin mendengarnya.
Mereka kemudian pergi meninggalkan Dato Mukhriz sendirian di situ.Dato Mukhriz pulang ke rumahnya untuk bertemu Dzafri berbincang soal apa yang diminta oleh Pak Hamid.Dzafri menyuruh ayahnya untuk merahsiakan hal itu kepada mamanya supaya tidak menimbulkan kerisauan Datin Masriza.Mereka berbincang pada waktu malam di hadapan kolam renang diiringi bunyi cengkerik dan bulan bercahaya.Dato Mukhriz benar-benar kesal dengan ulah dari anaknya itu meskipun Dzafri tidak sengaja melakukannya.
Dzafri memohon ampun dari ayahnya dan dia akan melakukan apa sahaja yang diminta dari Dato Mukhriz walaupun Dzafri sudah tahu ayahnya akan tetap menyuruh dirinya menikahi Lysa yang langsung tidak ia kenali.Dzafri tidak sadar bahawa dia pernah berjumpa Lysa sewaktu perbincangan kerjasama projek di sebuah kedai makan.Hanya itu sahaja yang diminta oleh Dato Mukhriz kepada Dzafri sebagai langkah menebus kesalahannya kepada Lysa dan keluarganya.
Di rumah, Lysa berdoa kepada tuhan agar menempatkan Pak Hamidi di syurga yang telah dijanjikan untuk sekalian umat setelah selamat dikebumikan.
"Ya Allah ya tuhanku engkau tempatkanlah ayahku di syurgamu yang telah engkau janjikan untuk sekalian umatmu ampunilah dosanya ya Allah,".
Lysa mengakhiri doanya dan mengesat air mata di wajahnya.Lysa menjenguk Ibu Faz dari pintu bilik dan terlihat ibu Faz mencium baju terakhir Pak Hamid dengan penuh kesedihan.Dia menelefon Meira dengan penuh keesakan dan mengajak mereka untuk bertemu.Meira memeluk Lysa dengan erat setelah Lysa tiba di rumahnya dan turut berasa kesedihan.
Datin Masriza cuba menghubungi Stella berkali-kali namun tetap tidak diangkat olehnya.Stella masih menolak panggilan tersebut kerana tidak ingin Datin Masriza mengetahui bahawa dia sudah berkahwin.Suami Stella yang bernama Sam Aqil meminta maaf sambil menundukkan kepalanya di atas apa yang telah berlaku.Stella dan Sam telah ditangkap basah kerana didapati berduaan di dalam bilik hotel dan dinikahkan untuk mengelak fitnah.
Keluarga Stella tidak mengetahui soal itu kerana tidak diberitahu Stella agar Stella tidak disuruh pulang ke rumah.Sam mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Adib hasil pernikahan bersama bekas isterinya.Adib baru berusaha lapan tahun dan disara sejak kecil oleh Sam setelah kematian isterinya.Stella menerima Sam namun dia membenci Sam serta Adib anak tirinya.
Adib sering dilayan buruk oleh Stella sehingga membuatkan mereka bertengkar kerana layanan yang diberikan Stella kepada Adib.Sam menghantar Adib ke rumah rakannya di sana supaya tidak disakiti oleh Stella sewaktu dia keluar bekerja.Stella masih menatap gambar Dzafri dan merinduinya dari jauh walaupun Sam mengetahui akan hal itu.Stella tidak tahu bahawa Dzafri itu adalah sepupu kepada Sam dan mereka tidak akrab lagi kerana berpindah ke London setelah kematian isterinya.
Setelah tiga hari,Dato Mukhriz bertemu Lysa dan ibunya melalui alamat yang dikirim oleh Lysa.Dato Mukhriz mengeluarkan cincin dan meletakkannya di atas meja tanda melamar Lysa buat Dzafri.Lysa menolak sementah-mentahnya kerana menganggap tindakan Dato Mukhriz itu adalah salah dan tidak benar.Dato Mukhriz merayu kepada Lysa dan ibunya menerima lamaran tersebut sebagai tanda maaf dari keluarga mereka.
Ibu Faz dan Lysa akhirnya menerima lamaran tersebut lalu Lysa meminta untuk berjumpa dengan Dzafri.Mereka berjumpa di taman hadapan rumah Lysa dan terlihat Dzafri menundukkan kepalanya.Lysa senyum sinis ke arah Dzafri dan berkata sesuatu kepadanya.Dzafri kaku dan tidak dapat berkata apa-apa kepada Lysa.
"Awak tak payah nak tunduk-tunduklah Dzafri saya kenal awak kita kan pernah jumpa Encik Sombong," sindir Lysa kepada Dzafri.
Dzafri bangun dan mula mengingati akan hal itu.
"Ooo jadi kaulah perempuan yang dah buang masa aku dari MEGA HOLDING tu?"
"Jadi ni semua rancangan kaulah kau suruh ayah kau cakap macam tu dekat papa aku biar kau dapat jadi isteri aku hah perempuan?" tengking Dzafri ke arah Lysa.
Tangan Lysa naik ke muka Dzafri dengan menamparnya sebaik mendengar fitnah yang dibuat oleh Dzafri.Dzafri yang ditampar oleh Lysa berasa geram dengan tindakan Lysa.Mereka saling bertatapan dalam keadaan marah dengan menggenggam kedua belah tangan.Ibu Faz kemudian memanggil Lysa dan Lysa pergi ke ibunya dengan menjeling ke arah Dzafri.
Lysa duduk berhadapan Dato Mukhriz dan memberikan jawapannya.Lysa tidak bersetuju untuk menikahi Dzafri.Dato Mukhriz terkejut mendengar hal itu dan bertanyakan sebabnya.Lysa berkata dia tidak boleh memberikan jawapannya sekarang dan meminta ruang untuk berfikir dahulu.
Dato Mukhriz keluar dan menoleh ke arah Dzafri yang terlihat bengung.Dzafri pergi ke kereta dan menghempas pintu sambil menuju ke rumah.Di rumah,Datin Masriza kelihatan angin kerana Dzafri dan Dato Mukhriz tidak pulang-pulang.Datin Masriza sudah menelefon Lidia pembantu Dzafri namun jawapannya adalah tidak tahu ke mana perginya Dzafri dari Lidia.
Lysa masuk ke biliknya mengunci pintu menatap gambar Pak Hamid.Lysa mengusap gambar itu dan mengadu kepada ayahnya.Ibu Faz mengetuk pintu memanggil Lysa bertanya apa yang telah dibincangkan olehnya bersama Dzafri.Lysa keluar dan berkata dia perlukan ruang dan masa untuk berfikir soal lamaran tersebut.
Dzafri dan Dato Mukhriz masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu di samping Datin Masriza.Dzafri mengerutkan mukanya tanda bengang terhadap Lysa.Datin Masriza yang hairan melihat Dzafri dan suaminya itu bertanya ada apa dengan mereka berdua.Dzafri naik ke atas sebelum Datin Masriza sempat bertanyakan soalan.
Dato Mukhriz meminta kepada Datin Masriza agar jangan mengganggu anaknya itu sehingga emosinya kembali reda.Dzafri menghempaskan badannya di atas katil dan terlihat gambaran Lysa sewaktu menamparnya.Dzafri tidak sangka dia ditampar oleh Lysa wanita yang pertama kali berani menamparnya.Dzafri seakan tidak berpuas hati terhadap Lysa dan ingin berjumpa dengannya.
Pada malamnya pula,Lysa berjumpa dengan Meira dan Paan di sebuah restoran.Meira turut bersimpati di atas kematian ayah Lysa begitu juga dengan Paan.Mereka berdua mengucapkan salam takziah kepada Lysa lalu Meira memeluknya.Paan berkata Lysa harus kuat dengan segala ujian yang telah ditimpa oleh dia dan Ibu Faz.
"Lysa kau kena kuat semua ni takdir Allah kita tak boleh nak ubah apa-apa,"
"Aku tau tapi sekarang ni bukan tu yang aku fikir aku baru je dilamar lepas je ayah aku meninggal kau tahu tak,", kata Lysa kepada Paan dan Meira dengan nada yang agak marah.
Meira dan Paan terkejut mendengar akan hal itu.Menurut mereka tindakan tersebut tidak wajar kerana Lysa dan ibunya baru sahaja kehilangan arwah Pak Hamid.Paan hanya mencadangkan agar Lysa memikirkan dengan teliti kerana ini soal masa depannya meskipun itu diminta oleh Pak Hamid sebelum dia meninggal.Meira juga meminta Lysa untuk berfikir sebelum membuat keputusan seperti yang diminta oleh Paan.
Datin Masriza menegur Dzafri pada paginya ketika melihat Dzafri yang kelihatan masih marah.Dzafri tidak menjawab pertanyaan dari mamanya dan pergi mengendahkan Datin Masriza.Di luar, Dzafri menerima panggilan telefon dari Stella.Dia tidak mengangkat panggilan tersebut kerana masih dalam keadaan marah kepada Lysa dan hal itu membuatkan Stella berfikir Dzafri sudah membencinya.
Lysa berjalan menuju ke pejabat dengan perlahan sambil memikirkan soal lamaran Dato Mukhriz.Lysa berdiri di hadapan lif untuk naik ke atas ruangan pejabatnya.Lysa terkejut sewaktu lif terbuka ternyata Dzafri berada di dalam.Mereka bertembung sesama sendiri dan membengiskan muka antara satu sama lain.
Dzafri dengan marahnya menjeling ke arah Lysa dan menyenggol bahunya ketika keluar dari dalam lif.Lysa yang berdiri di situ membaling tin kosong yang terdapat di tepi tong sampah tepat di kepala Dzafri.Dzafri menoleh ke belakang dan cuba menahan amarahnya dari Lysa.Lysa lega kerana sempat masuk ke dalam lif dan menghindar dari Dzafri dengan emosinya yang tidak tentu hala.
Dzafri masuk ke keretanya menghempas pintu dan memaki Lysa.
"Tak guna punya perempuan biadap kau kan jangan mimpi aku nak kahwin dengan kaulah!"
"Aku akan pastikan kau tak akan kahwin dengan aku kalau kahwin pun siaplah kau perempuan aku kerjakan kau,".
Lysa yang sudah duduk di ruangannya mengomel kepada Meira soal Dzafri.Meira tersembur airnya setelah mendengar Lysa membaling tin ke kepala Dzafri.Meira meminta kepada Lysa untuk meminta maaf kepada Dzafri kerana tindakannya boleh membawa padah kepada syarikat mereka.Lysa mengendahkan percakapan Meira dan tidak peduli akan hal itu.
Dzafri masuk ke ruangannya dan menghempas beg kerjanya ke atas meja tepat di hadapan Amin.Amin bertanya kepada Dzafri ada apa dengannya sehingga marah pada hari ini.Dzafri duduk dan menceritakan segalanya kepada Amin.Dzafri memperlekehkan Lysa di hadapan Amin dalam keadaan yang penuh emosi.
"Wei bro kau biar betul perempuan tu tampar kau tak pernah ada yang berani tampar kau,".
Dzafri mengakui kesalahannya kepada Amin terhadap Lysa kerana sudah melanggar ayahnya Pak Hamid.Amin terkejut mendengar hal itu apatah lagi setelah mendengar bahawa Dzafri perlu mengahwini Lysa.Dzafri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekiranya Lysa menerima lamaran tersebut.Amin hanya memberikan Dzafri ruang untuk berfikir soal hal tersebut kerana melibatkan masa depan antara dia dan Lysa.
Lysa baring di atas katilnya mengiring ke kiri dan ke kanan memikirkan lamaran dari Dato Mukhriz setelah pulang bekerja.Ibu Faz kemudian memanggil Lysa untuk turun makan bersamanya di bawah.Lysa turun dan duduk di kerusi di sebelah Ibu Faz.Ketika hendak menyenduk nasi,Ibu Faz bertanya kepada Lysa.
"Kamu terima ke lamaran tu Lysa?"
"Lysa tak nak fikir tentang tu pun ibu perlukah Lysa terima lamaran dia tu?"
Ibu Faz hanya meminta Lysa berfikir dengan panjang sebelum membuat keputusan.Lysa dan ibunya makan menikmati hidangan sambil merenung sesama sendiri.Di dalam bilik,telefon Lysa berbunyi tanda seseorang menelefonnya.Lysa tidak sedar dengan deringan telefon dari si pemanggil kerana dia berada di bawah.
Keesokannya,Dzafri memandu kereta menuju ke suatu tempat.Ternyata dia ingin pergi ke pejabat Lysa untuk menemuinya.Dzafri lah yang menelefon Lysa kelmarin dan mendapat nombornya dari pejabat tempat kerja Lysa.Dzafri juga menelefon Lidia mengatakan kemungkinan dia lewat masuk ke pejabat pada hari ini.
Lysa yang berada di rumah masuk ke kereta untuk pergi ke pejabat.Paan dan Meira sudah menunggunya di sana untuk mengetahui keputusan Lysa.Di pejabat,Meira pergi ke tandas sementara menunggu ketibaan Lysa.Dia terkejut kerana dari luar tingkap terlihat seseorang turun dari kereta iaitu Dzafri.Meira dengan pantas mencapai telefon miliknya di atas meja kerja setelah melihat Dzafri yang berada di bawah.
Lysa yang sedang memandu mematikan telefonnya sebelum tiba di pejabat.Meira bermengah menelefon Lysa kerana terkejut akan kehadiran Dzafri.Paan yang membawa segelas air menepuk bahu Meira yang kelihatan seperti sedang diburu oleh nenek sihir.
"Woi perempuan kau ni kenapa termengah-mengah asal nampak hantu ke tadi?"
Meira yang terkejut dengan selambanya menepuk kepala Paan menggunakan fail di atas mejanya sambil melatar.Paan marah kepada Meira dan bertanya ada apa dengannya.Meira mengheret Paan dan menunjukkannya kereta milik Dzafri.Paan dan Meira menatap sesama sendiri dan menjerit sambil tercungap-cungap risau apa akan berlaku.
"Ahhhhh!!!," dengan nafas tercungap mereka menjerit.
Dzafri naik ke atas dan menaiki lif berhampiran pintu masuk dalam bangunan pejabat.Paan cuba menelefon Lysa setelah Meira tidak dapat menelefonnya.Dzafri tiba di tingkat Lysa bekerja.Dzafri masuk dan menemui Encik Amri di ruangannya.
Paan dan Meira mengintip dari luar ruangan Encik Amri ingin mengetahui apa yang mereka bincangkan.Sedang mereka mengintip,seorang staf menghampiri mereka dan memeranjatkan Meira dan Paan.Meira yang merupakan seorang pelatah tanpa sengaja memanggilnya dengan panggilan "monyet beruk jangan kepoh".Staf tersebut terkejut kerana panggilan itu didengari oleh semua staf yang lain dan menjadi bahan ketawa.
Kepala Meira pun diketuk oleh staf tersebut dan membuatkan Meira Ingin melemparkan kasutnya.Untung sahaja tindakannya dihalang oleh Paan yang berada di situ.Mereka terus mencari celah untuk mendengar perbualan antara Dzafri dan Encik Amri.Paan menyuruh Meira turun ke bawah dan menghampiri Lysa.
"Saya sebenarnya ada perkara yang nak dibincangkan dengan Encik Amri,"
"Ada apa Dzafri ada yang saya boleh tolong ke?"
"Memang,memang ada,saya nak Encik pindahkan staf yang bernama Irlysa Dzulaika dari pejabat ni ke pejabat saya sebab saya perlukan kerani yang baru di pejabat saya,".
Paan dari luar yang menguping terkejut mendengar akan hal itu.Dia ibarat ikan keli yang lemah gemalai bagai ingin ditangkap di dalam jaring.Paan mengendap Meira yang sudah berada di bawah menanti Lysa.Meira dengan penuh resah berada di bawah risau mengapa Lysa tidak kunjung tiba.
"Ya Allah mana Lysa ni aku dah risau dah ni dia boleh lambat pulak,".
Setelah lama menunggu akhirnya kedengaran bunyi enjin kereta Lysa.Meira dengan pantas pergi ke lorong parkir dan menghadang kereta Lysa.Lysa yang sedang memandu sambil meminum air mineral di tangannya tersedak akibat tingkah Meira.Lysa membuka tingkap dan menyengalkan kawannya itu.
Meira tidak peduli dengan percakapan Lysa dan mendorongnya naik ke atas.Lysa bertanya kepada Meira apa yang sudah berlaku namun tidak direspon olehnya.Meira membawa Lysa masuk ke dalam lif dan menuju ke tingkat mereka bekerja.Setelah pintu lif terbuka Lysa tersembur air yang diminum olehnya ke arah seseorang.
Meira melihat dari bawah hingga ke atas yang ternyata Dzafri lah orang yang telah disembur oleh Lysa.Meira menekan butang tutup lif tersebut tanpa dia sedari tangan Dzafri menahan pintu lif mereka.Lysa menjerit kepada Meira memberitahu tangan Dzafri tersepit sewaktu pintu lif tertutup.Dzafri menjerit kesakitan menahan perit di tangannya.
Lysa dan Meira keluar dari dalam lif dan menghampiri Dzafri yang sedang kesakitan.Lysa bertanya kepada Dzafri mengapa dia menahan pintu lif tersebut sewaktu butang tutup ditekan.Dzafri yang kesakitan pada tangannya mengerutkan muka dan seakan ingin melenting kepada Lysa dan Meira.Meira terlebih dahulu bersembunyi di sebalik dinding kerana takut dimarahi oleh Dzafri.
"Yang kau pergi tekan butang lif tu dah kenapa dah terang-terang aku nak masuk tadi mata kau tak nampak ke?" marah Dzafri kepada Lysa.
"Encik Dzafri awak tu yang dah kenapa kalau pintu lif tu tertutup maknanya kami lah yang nak naik,".
Dzafri menegakkan badannya dan menatap Lysa dalam keadaan marah.Meira yang melihat kejadian itu segera masuk ke pejabat mendapatkan Paan.Lysa yang memandang ke arah Dzafri tanpa sedar tangannya ditarik oleh Dzafri keluar dari pejabatnya.Dzafri tidak melepaskan tangan Lysa sehingga Lysa masuk ke dalam keretanya.
Lysa menendang pintu kereta Dzafri setelah jenuh dibuka dengan menggunakan tangannya.Dzafri yang berada di sebelah geram akan tingkah Lysa dan menolaknya ke arah kerusi.Lysa mula takut kepada Dzafri apatah lagi mereka saling bertatapan mata di dalam kereta.Ternyata Dzafri hanya ingin memakaikannya tali pinggang sebelum memandu.
Lysa terkedu dengan sikap Dzafri yang seperti itu.Dzafri menjeling ke arah Lysa sebelum menghidupkan enjinnya.Mereka tidak bercakap sepatah perkataan langsung sepanjang perjalanan kerana tidak suka sesama sendiri.Lysa memberanikan dirinya bertanya kepada Dzafri kemana mereka ingin pergi setelah dia dibawa secara paksa.
"Awak nak bawa saya pergi mana ni hah Dzafri?"
"Hei kau kalau duduk diam je tak boleh ke hah nanti kau tahulah perempuan,".
Di pejabat,Meira yang kelihatan mengah menghampiri Paan dan memberitahu soal Lysa.Paan yang mendengar hal itu menepuk bahu Meira dan mengajaknya turun bersama.Sebaik sahaja mereka turun tanpa sedar Lysa sudah dibawa pergi bersama Dzafri.Paan memijak kasut Meira kerana dia berfikir dirinya sudah ditipu oleh Meira.
"Oi kau kata tadi ada Lysa mana tak ada pun kau kelentong aku eee,"
"Sakitlah mangkuk betul tadi ada Lysa kat sini dengan aku lepas tu ada Dzafri sekali,"
"Hah! Dzafri? asal kau tak beritahu aku dia ada sekali entah-entah dia kena culik dengan Dzafri,"
Meira menonjol kepala Paan kerana beranggapan apa yang dikatakan olehnya adalah mengarut.Menurutnya mungkin Lysa hanya berbincang bersama Dzafri dan akan kembali sebentar lagi.Paan mengajak Meira naik ke atas namun Meira masih ingin menunggu Lysa.Paan berkata kepada Meira dia akan menelefon Lysa nanti sekiranya Meira tidak dapat menghubunginya.
Dzafri menyuruh Lysa keluar dari kereta setelah mereka tiba di MDZAF HOLDING.Lysa hairan mengapa Dzafri membawanya ke situ sedangkan dia tidak pernah pergi ke pejabatnya.Dzafri membawa Lysa masuk ke dalam ruangannya dan menyuruh Lysa untuk duduk.Lysa yang sudahpun duduk aneh melihat Dzafri yang duduk di atas meja memerhati dirinya sambil menyilangkan tangan dan kakinya.
"Awak ni dah kenapa tengok-tengok kalau ada apa-apa tu cakap,"
"Hei aku nak tanya dalam hati kau tu ada sesiapa ke?"
"Tak ada, kenapa awak ke yang nak masuk dalam hati saya ni," usik Lysa kepada Dzafri dengan raut wajahnya mengusik Dzafri.
Dzafri kemudian senyum sinis ke arahnya tanda tidak menerima usikan dari Lysa.Dzafri kemudian bangun dari meja dan mengelilingi Lysa yang sedang duduk di kerusi.Lysa yang hairan melihat tingkah Dzafri berkata dalam hatinya ada apa dengan Dzafri yang seperti ingin menyiasatnya.Dzafri kemudian menepuk meja dan membuat Lysa terperanjat kerana Dzafri memalingkan kepalanya tepat ke arah wajah Lysa.
Share this novel