Bab 11

Romance Series 50765

Malam sudah pun tiba namun idea Stella untuk menghindar masih samar dalam ingatannya.Menikahi Sam sahaja dia tidak pernah suka apatah lagi perlu berkenalan dengan ahli keluarganya.Stella tidak ingin mereka tahu bahawa Sam adalah suaminya bahkan tidak ingin bergaul bersama keluarga Sam.Stella masih cuba memikirkan sesuatu untuk mengelak namun tetap buntu sehingga masuk ke dalam kereta.

"Ishhh alasan apa aku nak bagi ni dah buntu dah aku ni malas betul nak pergi sana bukan penting pun sepupu dia tu."

Sam kemudian menyadari memek muka Stella yang seakan tidak suka untuk pergi ke rumah keluarga Dzafri.Andai sahaja Stella tahu bahawa dia mempunyai bekas tunang a.k.a sepupu sendiri pasti terkejut beruk dibuatnya.Sam hanya diam sambil memandu kerana sudah mula masak dengan tingkah Stella itu. Mereka akhirnya tiba setelah beberapa minit.

Dek kerana tertidur,Stella tidak sadar bahawa dia baru sahaja menuju ke rumah bakal mentua yang sepatutnya di rumah itu.Sam tidak ingin menganggu Stella lantas masuk ke dalam membawa Adib tanpa mengajak Stella.Datin Masriza keluar menyambut mereka namun memberitahu bahawa Dzafri masih belum pulang ke rumah.Usai mendengarnya Sam kembali semula pulang ke rumah bersama Adib dan Stella.

Pada paginya di pejabat Dzafri...

"Asal kau tak isi minyak kereta aku penat tau aku cari minyak malam tadi," marah Dzafri kepada Lysa yang hanya menunduk sahaja.

"Asal kau diam aku tanya jawablah eh kau tau tak aku paling tak suka orang tak bertanggungjawab macam kau," ujar Dzafri sekali lagi sambil menunding jari telunjuknya ke arah Lysa.

Lysa yang menyadari Dzafri benar-benar marah kemudian meminta maaf kepadanya.Lysa terlupa untuk mengisi minyak kereta Dzafri setelah dipinjam olehnya.Dzafri hanya mampu menghela nafas setelah mendengar maaf dari Lysa.Disebabkan Lysa, pertemuan kali kedua antara dia dan Sam gagal sekali lagi setelah beberapa kali dirancang.

Dzafri kemudian bangun sambil berkata kepada Lysa.

"Kau tau tak kalau bukan sebab kau aku dah dapat jumpa sepupu aku malu aku kau tau tak dua kali aku ajak dia tapi tak jadi semua kau punya pasal,".

"Saya minta maaf saya lupa nak isi masa tu tapi takkan sebab sepupu awak,awak nak marah saya macam ni sekali,"

"Sebab sepupu je kau kata aku dah lama tak jumpa and one thing you must know aku lebih pentingkan dia dari kau Irlysa Dzulaika,"

Ayat yang dikeluarkan oleh Dzafri sangat mendalam dan terkesan di hati Lysa.Meskipun Dzafri masih belum menerimanya tidak wajar dia berkata demikian.Lysa kemudian hanya bangun dan pergi dari ruangan Dzafri.Dzafri kembali duduk bertenang setelah bergaduh kecil bersama Lysa.

Lysa kemudian pergi untuk pulang ke rumah Ibu Faz untuk menyendiri.Lysa naik dan menutup pintunya lalu duduk di katil meratap cermin di hadapannya.Lysa memegang wajahnya dan berkata dari dalam hati apa yang jahat padanya sehingga begitu hina di mata Dzafri.Lysa seakan kesal dengan tindakan Dzafri yang seakan mengabaikannya.

Dzafri kemudian duduk berkerut dahi sambil diperhatikan Amin yang bingung melihatnya.Amin menegur Dzafri atas apa yang telah dilakukan olehnya kepada Lysa.Amin tidak suka Dzafri berkata lepas seperti itu kepada Lysa kerana dia adalah isterinya.Amin bangun dan menepuk bahu Dzafri secara perlahan berkata sesuatu kepada Dzafri.

"Kau kena ingat Dzaf dia tu amanah kau kalau kau rasa tak boleh nak sayang dia at least terima dia,".

Dzafri hanya tercangang sambil memikirkan ayat Amin itu.Dzafri juga sedar tindakannya itu amat keterlaluan kepada Lysa sehingga membuatkan Lysa terasa hati.Dia akui walaupun Lysa bersalah tidak mengisi minyak sehingga mereka perlu menginap di rumah Ibu Faz semalam,dia tidak perlu memarahi Lysa dengan begitu.Dzafri mencapai telefon untuk menghubungi Lysa namun hasratnya terhenti ketika seseorang muncul berdiri di hadapan pintu ruangannya.

Ternyata itu adalah Sam yang rupanya telah sedia untuk melapor diri pada hari pertamanya bekerja setelah menerima tawaran semula dari Dzafri.Dzafri senang akan hal itu dan menjemput Sam duduk untuk menyambut kedatangannya.Sam duduk dan melihat potret Dzafri bersama Stella yang ternyata masih tidak dialihkan dari meja tersebut.Sam cuba menahan rasa ingin membongkarkan segalanya namun mujur Dzafri bangun dan memeluknya.

"Hei bro kau tau tak lama aku tunggu kau kerja sini balik finally kau terima jugak,"

"Me too bro jadi sekarang kita boleh kerja sama-sama lagi,".

Mereka berdua bersembang bersama dan meminta maaf kepada Sam kerana tiada di rumah semalam untuk menemuinya.Sam melihat sekeliling pejabat Dzafri dan terpegun kerana telah direnovasi dengan begitu indah.Dzafri teruja kerana Sam telah kembali dan berharap Sam betah di situ.Dzafri kemudian teringat kembali akan Lysa dan ingin menemuinya.

"Eh aku gerak dulu eh aku ada urgent so kau bolehlah kenal-kenal balik dengan diorang,"

"No hal lah, kau tu hati-hati bawa kereta,"

Dzafri kemudian pergi mencari Lysa setelah tiada di rumah.Dzafri tahu tidak mungkin Lysa ke rumah baru mereka kerana hanya dia sahaja memegang kunci rumah tersebut.Dzafri memetik jarinya setelah dia tahu di mana tempat Lysa pergi iaitu ke rumah Ibu Faz.

Lysa yang sudah menunaikan solat termenung sendiri duduk menghadap kiblat.Ibu Faz membuka pintu lalu terlihat Lysa sudah terlena.Ibu Faz kemudian turun dan memberitahu kepada Dzafri bahawa Lysa sudahpun ketiduran.

"Dzafri isteri kamu tidur dekat atas Lysa memang lepas solat kadang-kadang terlena dari kecil dia macam tu," kata Ibu Faz sambil tergelak kecil.

"Oh kalau macam tu tak apalah biar Dzaf yang naik atas sebab Dzaf nak beritahu Lysa, Dzaf tak balik malam ni jadi nak minta Ibu tengokkan dia,"

"Hishh boleh je tak apa kamu pergilah tengok dia dulu nanti kan dia tercari kamu ibu yang susah,".

Dzafri melangkah naik ke atas menuju ke bilik Lysa.Dzafri teragak untuk membuka pintu setelah diketuk berapa kali kerana tahu Lysa tertidur.Akhirnya Dzafri membuka pintu bilik Lysa secara perlahan dan dia melihat Lysa terbaring di lantai dengan masih memakai telekung miliknya.Dzafri menghampiri Lysa yang tertidur di atas sejadah namun langkahnya terhenti.

"Aku tak tahu kenapa aku macam ni setiap kali aku marah kau, aku serba salah Lysa biarlah kau kat sini dulu biar aku bertenang dari kau," kata Dzafri dalam hatinya.

Dzafri kemudian mengangkat Lysa ke atas katil dan membiarkan dia terlena kemudian keluar dari bilik Lysa.Sebelum turun, Dzafri menatap pintu bilik Lysa yang sudah ditutupnya rapi.Dzafri kemudian pergi ke kereta setelah bersalaman dengan Ibu Faz.Ibu Faz merenung Dzafri dari jauh yang meluru pergi dan masuk ke dalam setelah Dzafri samar dari pandangannya.

Sedang memandu pulang,Dzafri berfikir sejenak tentang perbuatannya terhadap Lysa.

"Aku ni kasar sangat ke dengan dia tu hishh aku nak benci dia,aku ada buat salah dekat keluarga dia," kata Dzafri dalam hatinya.

Tanpa Dzafri sadari ternyata dari belakang Stella mengikutinya yang ingin tahu ke mana perginya Dzafri.Stella curiga kerana laluan yang diguna oleh Dzafri bukanlah menuju ke rumah Datin Masriza.Dzafri tidak sadar akan hal itu lalu terus berdesup pantas untuk pergi ke rumahnya yang sering didiami bersama Lysa.

Usai tiba di hadapan rumah, Dzafri membuka pagar dan memasukkan kereta miliknya.Stella yang memarkir di bawah pohon rendeng hanya memerhatikan sahaja Dzafri dari kejauhan.Tidak lama kemudian,Dzafri seakan melirik ke arah kereta mini cooper kepunyaan Stella itu.Kereta itu kelihatan samar di ingatan Dzafri kerana seakan sama dengan milik sepupunya iaitu Sam Aqil.

Stella lekas berganjak pergi dari situ dan meluru pergi sebelum Dzafri terus curiga kepadanya.Dzafri kemudian masuk ke dalam bersandar di atas sofa gebu bewarna merun yang dibelinya.Sambil bersandar Dzafri seakan hairan mengapa Sam tidak masuk bertemunya dan hanya menunggu di luar rumah.Ternyata Dzafri tidak mengetahui bahawa kereta mini cooper tersebut dipandu oleh Stella dan bukannya oleh Sam.

Keesokan harinya, Dzafri duduk termenung di kerusi kerja memikirkan keadaan Lysa yang membuatnya risau.Meskipun Dzafri masih belum menyayanginya namun, Lysa perlu dijaga kerana itu adalah amanah dari Pak Hamid.Tidak lama kemudian, Sam mengetuk pintu ruangan Dzafri membuatkan Dzafri sedikit terkejut.Sam duduk di hadapan Dzafri sambil merenung Dzafri yang sedang termenung memikirkan sesuatu.

Di rumah Ibu Faz, Lysa terjaga sambil melihat foto pernikahannya bersama Dzafri.Rasa bersalah kian hadir dalam diri Lysa kerana meninggalkan Dzafri begitu sahaja.Tidak lama selepas itu, Kak Raisya masuk dan bertanya kepada Lysa mengapa dia seakan gundah-gulana sahaja.Lysa menyimpan foto tersebut dan memalingkan tubuh ke arah Kak Raisya untuk meluah.

"Akak rasa perkahwinan Lysa ni salah ke betul?"

"Hah ni kenapa ni mesti gaduh dengan Dzaf kan akak dah agak dah mesti ada yang tak kena dengan korang ni,"

"Mana ada akak Lysa tanya jer minta pendapat mana tahu kalau Lysa memang dah salah pilih sebab kahwin dengan dia, ".

Kak Raisya tidak percaya dengan Lysa kerana percaya pasti ada sesuatu yang terjadi antara Lysa dan Dzafri.Manakan tidak,Kak Raiya tahu Lysa berkahwin pun dari Ibu Faz dan itu membuatkan Raisya dan Ameer begitu terkejut mendengarnya jadi dia beranggapan pasti Lysa selalu ada masalah yang dialami dalam rumah tangganya.Lysa kemudian bangun dan turun ke bawah untuk berjumpa Ibu Faz.Alangkah terkejutnya Lysa sebaik sahaja dia turun ternyata abang Ameer sudahpun tiba di rumah mereka.Lysa meluru pergi ke arah Ameer sambil dilihat oleh Ibu Faz dan Kak Raisya.

" Ishh abang ni kenapa tak beritahu dah balik kalau tak boleh Lysa cuti harini, "

"Akak yang cakap dengan abang Ameer jangan beritahu Lysa, nak buat suprise, " ujar Kak Raisya sambil tergelak kecil.

Lysa senang mendengar akan hal itu dan kelihatan gembira melihat abang kandungnya itu sudah pulang ke rumah.Kak Raisya kemudian menarik Lysa ke dapur untuk berkata sesuatu.Lysa dengan penuh syak wasangka bertanya kepada Kak Raisya apa yang ingin dia katakan.Lysa tercengang kerana ternyata abang Ameer tidak pulang sendiri tapi dia juga membawa temannya yang bernama Arif.

"Jadi kalau dia bawa Arif tu datang apa masalahnya akak Lysa tak faham,"

"Hishh Lysa ni kalau Lysa tak beritahu pasal Dzafri haritu abang Ameer nak kenenkan Lysa dengan dia tau,"

"Haaaa!!!, "

Lysa yang mendengar hal itu seketika terkejut kerana tidak menyangka abang Ameer akan membawa rakannya ikut pulang bersama. Mujur sahaja Lysa sudah berterus terang kepada Ameer sebelum mereka ingin pulang ke rumah Ibu Faz.Lysa kemudian kembali ke ruang tamu dan naik ke atas untuk melihat Arif melalui tingkap biliknya.

Lysa tidak dapat melihat dengan jelas siapakah insan yang bernama Arif itu dari kejauhan.Lysa nekad turun dan bertanya sendiri kepada Ameer mengapa rakannya itu tidak disuruh masuk.Abang Ameer kemudian berkata bahawa Arif sedang menunggu tuan rumah untuk memberikan kunci rumahnya.Hal itu membuatkan Lysa terkejut sekali lagi lalu terbeliak setelah mendengarnya.

Sementara menuggu kunci rumah diterima oleh Arif, Lysa mengambil kesempatan untuk mengintip Arif dari arah dekat.Tindakan Lysa itu disedari oleh Arif lantas Lysa segera berpaling dari mengintipnya.Arif yang sadar akan hal itu menghampiri Lysa dan memperkenalkan diri serta bertanyakan khabar kepada Lysa.Lysa yang masih canggung cuba menyesuaikan diri untuk menerima jiran baharu seperti Arif.

Sementara itu, setelah puas Dzafri menunggu Lysa yang tidak kunjung pulang, Dzafri mencapai kunci keretanya lalu terus mencari keberadaan Lysa.Hanya dua sahaja tempat yang dia yakin Lysa berada iaitu di rumah Ibu Faz dan kubur almarhum ayahnya Pak Hamid.Dzafri memandu keretanya dengan kadar sederhana semasa menuju ke rumah Ibu Faz.Sebaik sahaja dia tiba di sana, Dzafri terlihat sosok Arif yang sedang asyik berbual bersama Lysa.

Dzafri pun turun dari kereta dan menghampiri mereka.Lysa yang sadar akan kehadiran Dzafri memperkenalkan Arif kepadanya.Arif berjabat tangan bersama Dzafri namun riak muka Dzafri seakan menunjukkan rasa cemburu terhadap mereka.Ibu Faz kemudian keluar dan menyambut kedatangan menantu dan jiran baharunya itu ke dalam untuk makan bersama.

Mereka sekeluarga mengambil tempat sebaik sahaja masuk ke dalam dan kelihatan Dzafri yang cuba menahan perasaannya setelah melihat Lysa menarik kerusi untuk Arif.Dzafri hanya mampu menahan sebelum pulang dari menjemput Lysa di rumah Ibu Faz sambil menikmati makanan yang sudah dimasak oleh ibu mentuanya itu.Arif memuji masakan Ibu Faz dan berasa senang hati kerana kehadirannya di tempat baharu diterima dan dilayan dengan baik sekali.Lysa kemudian berkata sekiranya kebosanan Arif boleh menemani ibunya untuk berkongsi cerita bersama dan boleh juga berkongsi cerita bersamanya ketika dia kunjung ke rumah Ibu Faz.

Hal itu membuatkan Dzafri tersedak setelah mendengarnya.

"Uhuk," 2×

Lysa yang sedang menyuap makanan ke mulutnya hairan melihat Dzafri yang secara tiba-tiba tersedak di hadapannya.Ibu Faz menghulurkan Lysa air untuk diberikan kepada Dzafri.Arif hanya tersengih kecil melihat Dzafri yang sebegitu.Lysa kemudian bangun untuk mengangkat pinggan kotor untuk dibawa ke dapur lalu diekori oleh Dzafri dari belakang.

"Eh bukan main mesra lagi kau eee amboi...," kata Dzafri kepada Lysa dengan nada yang seakan cemburu.

Lysa hanya diam menjeling Dzafri mengendahkan apa yang dikatakan Dzafri terhadapnya.Setelah membasuh pinggan Lysa kembali ke hadapan.Dzafri berasa bengang dengan ketidakpedulian Lysa terhadap dirinya.Dzafri hanya mampu menahan amarahnya kerana di situ ada Ibu Faz dan juga Arif sedangkan Kak Raisya dan abang Ameer pula sudah pulang ke rumah mereka sebelum Dzafri tiba.

Setelah sahaja selesai menjamu selera di rumah Ibu Faz, Arif meminta izin pulang ke rumahnya kembali kerana masih belum siap mengemas.Dzafri kemudian menarik tangan Lysa pergi ke biliknya untuk berbincang sambil Ibu Faz menghantar Arif ke pintu keluar.Lysa kemudian melepaskan tangannya dengan kuat dan bertambah bengang dengan tindakan Dzafri itu.Dzafri menutup dan mengunci pintu bilik Lysa supaya tidak dilihat dan diketahui oleh Ibu Faz.

"Eh aku nak kau ambil semua barang kau ikut aku balik rumah sekarang Irlysa Dzulaika kalau tak aku angkat kau masuk kereta kau faham!".

Lysa hanya mampu berdiam dan mengambil semua barangnya untuk ikut Dzafri pulang ke rumah.Dzafri meminta izin pulang bersama Lysa kepada Ibu Faz dan akan datang kembali jika ada kelapangan.Lysa menyalam tangan Ibu Faz sambil tersenyum sedikit sebelum keluar bersama Dzafri.Mereka berganjak pergi kerana hari sudahpun malam dan Dzafri ada kerja yang perlu disiapkan pada esok hari.

"Where you want to go Syatilla?"

Stella diri terdiam setelah ditanya oleh Sam.Syatilla kemudian berpaling dan berkata ingin pergi ke kedainya untuk bekerja pada hari ini.Sam mengizinkan Stella pergi namun dia diminta untuk pulang awal kerana akan pergi sekali lagi ke rumah Dzafri pada malam ini.Stella hanya menjeling lalu pergi meninggalkan Sam seorang diri di situ.

Lysa bersiap untuk pergi ke pejabat dengan mencapai kunci keretanya.Baru sahaja kunci ingin diambil,tangan Dzafri laju mencapai dahulu kunci kereta milik Lysa.

"Eh awak ni main ambil je orang nak cepatlah tahu tak dah lambat?"

"Harini kau naik aku so nanti kita boleh balik sama-sama sebab malam ni cousin aku nak datang,"

"Apa kaitan cousin awak dengan saya,saya dah janji nak jumpa Meira dengan Paan malam ni,"

"Paan suami kau ke aku suami kau?"

Lysa kemudian hanya mampu terdiam setelah Dzafri bertanya sedemikian.Dirinya ibarat pasrah dengan Dzafri yang merupakan suaminya itu.Dzafri mengambil kunci tersebut dan disimpan di dalam poket seluarnya lalu turun ke bawah.Lysa menghela nafas panjang tanda nafas kesabaran terhadap Dzafri.

"Dzafri, jadi ke Sam dengan wife dia datang malam ni,"

"Kalau takde apa-apa mama insya- Allah jadi tapi dia pun tak janji so Dzaf pun tak pasti dia datang ke tak,".

Setelah sahaja Datin Masriza melihat Lysa sedang menuruni tangga dengan segera dia pergi dari situ.Lysa yang sudah mula membiasakan diri dengan tingkah ibu mentuanya itu hanya membiarkan sahaja seperti tiada berlaku apa-apa.Dzafri kemudian keluar menghidupkan enjin kereta setelah Lysa turun bersama.Lysa menutup pintu dengan kuat sehingga membuat pandangan Dzafri teralih padanya.

"Oi macam tin kau buat pintu kereta aku ni ya kang kalau tanggal kang aku suruh kau papah sampai office pintu tu,"

"Hishh awak ni beli kereta mahal-mahal tak ada nya nak tanggal pintu kereta ni orang nak naik kereta sendiri tak bagi,".

Dzafri hanya diam dan tersengih mendengar omelan Lysa itu.Dzafri sebenarnya tidak ingin Lysa pergi berjumpa dengan Arif sebelum pulang ke rumah.
Sedang memandu,rupanya momen seperti ini membuatkan Dzafri berasa selesa di saat Lysa ada di sampingnya.Lysa hanya memandang ke arah tingkap sebelum tiba di pejabat.

Sebaik sahaja tiba,Lysa bergegas turun tanpa mempedulikan Dzafri.Dzafri yang baru sahaja membuka tali pinggangnya menerima panggilan telefon dari Stella.Emosi Dzafri jadi semakin terganggu setelah Stella menelefonnya.Dzafri kemudian mematikan telefon miliknya lalu segera naik ke pejabat.

Sam merenung di balik jendela merenung akan nasibnya setelah ketiadaan Tasneem.Meskipun Aneem sudah lama meninggalkan mereka namun rasa sayang Sam terhadap Aneem tidak pernah pudar dalam dirinya.Kehadiran Adib memberi sinar baru dalam hidup Sam untuk terus hidup dan kuat dengan segala ketentuan illahi.Sehingga kini Sam berasa sudah mengkhianati Aneem dengan mengahwini Stella tanpa sengaja.

"Aku tahu kau tak suka perkahwinan kau tapi jangan lepaskan semuanya pada Adib,".

Zetti menasihati Stella yang sering kali bertindak kasar kepada anak tirinya itu.Stella hanya membelek gelas minuman mendengar nasihat Zetti.Stella kemudian menunjukkan bilangan tolakan panggilan dari Dzafri terhadapnya.Zetti yang melihat itu meminta Stella untuk berhenti mengganggu Dzafri dan fokus pada keluarga dan kerjayanya.

"Stella kau tahu kan apa yang kau buat dekat dia tu melampau kau ingat dia senang je ke nak maafkan kau lepas kau tinggalkan dia?"

"Aku takkan biarkan Zetti sebab tu aku telefon dia dan aku akan cuba untuk jumpa dengan dia tapi setiap kali aku pergi sana aku rasa dia memang takkan maafkan aku,".

Zetti kemudian hanya mampu menggelengkan kepala setelah mendengar ungkapan Stella itu.

Pada malamnya,sewaktu Sam memandu pergi ke rumah sepupunya itu,dia berfikir apa yang akan berlaku sekiranya Dzafri mengetahui Stella adalah isterinya begitu juga dengan Stella yang akan mengetahui Dzafri ialah sepupunya.Tidak lama kemudian,mereka pun tiba di perkarangan rumah Dzafri.Sam yang tidak ingin Stella ikut masuk dahulu hanya membiarkan dia tertidur dengan hanya mengajak Adib sahaja masuk ke dalam.Adib yang hairan pun bertanya kepada Sam.

"Papa kenapa kita tak ajak mama sekali masuk dalam kan dah sampai,"

"Adib, biar mama tidur dulu papa tak nak kacau Adib masuk dulu dekat dalam ada Uncle Dzaf dengan wife Uncle Dzaf Adib mesti nak jumpa kan?"

Adib yang berasa teruja segera masuk ke dalam meninggalkan Sam.Sam terpaksa berbuat demikian supaya Stella tidak terlalu awal mengetahui tentang hubungan kekeluargaan antara dia dan Dzafri.Biarlah Stella sendiri yang mengetahuinya setelah dia bangun dari tidurnya.

"Hai Adib nanny rindu sangat dekat Adib tau mana papa dengan mama baru Adib,"

"Ooo mama dekat luar dengan papa nanny, mana Uncle Dzaf dengan aunty baru nanny?"

Baru sahaja Adib bertanya,Dzafri dan Lysa datang menghampirinya.Adib yang teruja terus lari memeluk Dzafri dan Lysa setelah melihat mereka.Lysa yang senang melihat Adib menggendong Adib ke meja makan sementara dia memanggil Sam dan Stella yang tidak diketahui isteri Sam itu oleh Dzafri.Di luar, kelihatan Stella sudahpun bangun dari tidurnya lalu dibuka pintu kereta oleh Sam.Stella yang seakan malas untuk masuk ke dalam menyuruh Sam untuk masuk terlebih dahulu setelah mereka dipanggil oleh Dzafri yang berdiri di pintu masuk.

Mereka duduk mengambil tempat menikmati hidangan yang telah dimasak oleh Lysa.Kerana Stella terlalu lama,Sam meminta izin untuk pergi memanggil Stella masuk ke dalam.Baru sahaja ingin bangun mereka semua terkejut mengetahui bahawa Stella adalah isteri Sam begitu juga dengan Stella setelah tampil berdiri di hadapan mereka.Lysa yang hairan melihat kejadian itu hanya tercangang melihat situasi tersebut.

Benarlah kata orang kalau sudah jodoh tidak kemana namun ketiadaan jodoh Stella dan Dzafri direncanakan dengan sangat dramatik.Stella kemudian mengambil tempat duduk di sebelah Sam sambil diperhatikan oleh Datin Masriza,Dato Mukhriz dan Dzafri.Datin Masriza yang sudah lama menanti kepulangan Stella menyambut baik kedatangan menantu tidak jadinya itu tanpa sebarang amarah sekalipun.Dzafri pula segera naik ke bilik terkejut dengan situasi tersebut manakala Lysa pula hairan melihat Dzafri yang terus naik ke atas sedangkan ada tetamu di rumah bersama mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience