Jantung Lysa berdegup kencang, seperti ada yang menghalang pernafasan sebaik sahaja pandangan mata Dzafri tepat menusuk ke dalam matanya. Lysa terpaku, serasa ada sesuatu yang berbeza di dalam tatapan itu. Kemudian, Dzafri membisikkan sesuatu ke telinganya, suaranya yang dalam membuatkan tubuh Lysa sedikit menggeletar.
"I want you to marry me Irlysa Dzulaika,will you?"
Lysa terkejut. Dia tidak pernah menyangka bahawa Dzafri akan melamarnya begitu sahaja di dalam ruang kerjanya. Seketika, dunia sekelilingnya terasa sepi, hanya suara degupan jantungnya yang memenuhi ruang itu. Dia cuba untuk bangun dari kerusi, ingin melarikan diri dari situasi yang tiba-tiba menjadi begitu canggung. Namun, Dzafri dengan pantas menahan lengannya, memaksanya kembali duduk. Ruang itu seolah mengepungnya, tidak ada jalan keluar.
"Lysa, kalau kau berani menolak lamaran aku, kau akan menyesal. Aku mampu dapatkan apa saja yang aku inginkan, baik dengan cara baik atau dengan cara paksa," kata Dzafri, matanya menatap jauh ke arah tingkap, seolah sedang merenung masa depan yang tidak pasti.
Lysa terdiam, bingung dengan kata-kata Dzafri yang penuh makna tersirat. "Apa maksud awak ni?" tanyanya, suaranya bergetar, cuba mencari penjelasan.
Dzafri hanya menghela nafas panjang dan duduk di hadapan Lysa. Dengan tenang, dia menunjukkan sebuah mesej yang diterimanya daripada Encik Amri, majikan Lysa. Ternyata, Dzafri sudah memberitahu majikannya bahawa Lysa akan bekerja di syarikatnya mulai sekarang. Lysa terkejut, tidak menyangka Dzafri sanggup berbuat begitu hanya untuk memastikan lamaran itu diterima.
"Dzafri, ini tidak wajar!" Lysa akhirnya bersuara, suaranya penuh kekeliruan. "Kenapa awak kena buat semua ini hanya kerana satu lamaran?"
Dzafri menatapnya dengan wajah yang tidak mudah goyah, seolah-olah sudah tahu apa jawapan yang akan diberikan oleh Lysa. Lysa berdiri dengan tegas, menepuk meja di hadapannya, menolak lamaran Dzafri buat kali kedua.
"Tidak, Dzafri, saya tolak lamaran awak," tegasnya.
Namun, Dzafri tidak mudah menyerah. Dengan wajah yang semakin keras, dia bangun dan berkata, "Itu baru permulaan.Kalau kau tetap menolak, kau akan tahu akibatnya."
Lysa terdiam, merenung ke dalam diri sendiri. Hatinya berperang dengan keraguan, namun akhirnya dia mengalah. Dengan berat hati, dia akhirnya mengangguk. "Saya terima lamaran ini, Dzafri, tapi bukan sebab awak. Saya terima kerana amanah ayah saya yang ada pada awak,".
Dzafri tersenyum, senyum yang penuh dengan kemenangan, namun Lysa masih merasakan sesuatu yang tidak menyenangkan di dalam hatinya. "Ini baru permulaan, Lysa," katanya dengan suara yang dalam.
Tanpa berkata banyak, Dzafri mengajak Lysa untuk bertemu dengan Dato Mukhriz. Mereka menuju ke bilik Dato Mukhriz, di mana Lysa duduk di hadapan lelaki itu dengan perasaan yang bercampur baur.
"Lysa, akhirnya awak dah beri jawapan kepada Dzafri. Saya harap, jawapan ini tidak akan berubah," kata Dato Mukhriz, suaranya serius namun penuh pengertian.
Lysa hanya mengangguk, cuba menenangkan dirinya. "Saya terima lamaran itu bukan sebab dia, tapi kerana amanah ayah saya yang ada pada dia," jawab Lysa perlahan.
Dato Mukhriz mengangguk, menerima jawapan itu dengan tenang. "Baiklah, saya akan bincang dengan Ibu Faz tentang pernikahan ni."
Setelah perbincangan selesai, Lysa bangun untuk pulang ke pejabat. Sebelum melangkah keluar, Dzafri yang berada di sebelah pintu menoleh ke arahnya. "Meh aku hantar kau balik pejabat," katanya dengan nada yang penuh keyakinan.
Lysa hanya mengangguk, hatinya masih berat, namun dia tahu langkah ini harus diambil. Apa yang akan berlaku seterusnya, dia sendiri tidak pasti.
"Biar aku hantar kau, kang sesat pulak nanti. Cepat sikit," suara Dzafri bergema dalam ruang kereta, jelas penuh ketegasan.
Lysa hanya mencebik. "Hishhh, biadapnya! Dahlah paksa orang, lepas tu ajak balik macam tu je. Takde rasa bersalah langsung, punya manusia!" gumam Lysa, tak puas hati dengan sikap Dzafri yang seakan tidak mengerti perasaan.
Dzafri menghantar Lysa tepat di hadapan pintu bangunan pejabatnya. Namun, Lysa merasa pelik apabila pintu kereta tidak dapat dibuka. Dia cuba menarik handle pintu, namun tetap tidak berhasil. Setelah beberapa saat baru dia sedar, Dzafri belum membuka kunci pintu kereta. Tanpa segan silu, Dzafri mengukir senyuman sinis, melihat Lysa yang baru menyedari keadaan itu.
"Oi bakal isteri ingat, kau tu dah terima lamaran aku, awas kau kalau kau berani buat macam-macam belakang aku," katanya dengan nada mengancam, namun ada sedikit kebanggaan di wajahnya.
"Dah habis dah, haa?" balas Lysa dengan sinis, tidak peduli dengan kata-kata Dzafri.
Dzafri hanya mencebik marah melihat Lysa yang tanpa ragu pergi begitu sahaja meninggalkannya. Lysa berjalan masuk ke pejabat, hati masih tidak tenteram dengan perasaan yang bercampur baur.
Dalam lif, Lysa melepaskan rasa geramnya terhadap Dzafri dengan mengomel sendiri, sambil menghentak kakinya. "Buat macam tu, lepas tu nak cakap macam-macam," bisiknya dalam hati.
Sementara itu, di luar lif, Paan dan Meira sudah menunggu dengan wajah yang cemas. Mereka risau kerana Lysa tidak masuk ke pejabat seperti biasa. Meira segera menggoncang bahu Lysa, bertanya dengan nada penuh keprihatinan.
"Lysa, kau pergi mana tadi? Risau aku dibuatnya, kau tahu tak?" tanya Meira, jelas kelihatan kegelisahannya.
Lysa hanya mengerutkan dahi, "Ishhh, kau ni. Kau ingat aku robot ke, digoncang-goncang macam tu, sakitlah!" jawabnya sambil melepaskan keluhan.
Meira segera membawa Lysa duduk di kerusinya, lalu bertanya apa yang sebenarnya terjadi pada Lysa. Dengan berat hati, Lysa menceritakan segalanya tentang lamaran Dzafri yang memaksa dirinya menerima. Paan yang mendengar dari sebalik dinding hanya mampu mendengar tanpa berkata apa-apa, seolah-olah ingin mengetahui lebih lanjut.
Lysa buntu, hatinya berperang dengan perasaan. "Aku tak tahu apa yang perlu aku buat, Meira. Aku dah terima lamaran dia, tapi... kenapa aku rasa macam ni?" tanya Lysa, keliru.
Ketika itu, tiba-tiba pintu bilik pejabat terbuka dan suara Encik Amri memanggilnya. Lysa terkejut, memandang jam, agak kehairanan kenapa majikannya itu memanggilnya. Dengan rasa tidak pasti, dia segera bangun, mengetuk pintu, dan masuk ke dalam bilik Encik Amri.
Setelah duduk, Lysa merenung wajah Encik Amri yang kelihatan gusar. Lelaki itu memalingkan badan, tidak mahu bertemu pandang dengannya. Lysa bertanya dengan lembut, "Encik Amri, ada apa-apa ke? Kenapa saya dipanggil?"
Encik Amri akhirnya memandang Lysa dengan serius. "Lysa, awak pergi mana tadi? Kenapa tak masuk pejabat seharian?" tanya Encik Amri, suaranya penuh kebimbangan.
Lysa merasa sedikit ragu, namun dia menarik nafas panjang sebelum menjawab, "Saya minta maaf, Encik Amri. Saya dipaksa ikut Dzafri tadi. Saya tak mampu menolak, jadi... saya terpaksa pergi dengan dia."
"Saya tak kisah awak keluar dengan dia sebab saya tahu memang awak keluar dengan dia, tapi awak yang belum tahu sesuatu dari saya," kata Encik Amri dengan nada yang serius.
Lysa merasa keliru, tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh majikannya. Namun, Encik Amri kelihatan ragu untuk melanjutkan percakapan. Di dalam hatinya, dia sebenarnya tidak mahu memberhentikan Lysa kerana dia adalah pekerja yang berpotensi. Lysa merasa hancur apabila mendengar bahawa dia telah diberhentikan dari MEGA HOLDING, dan ternyata semua itu berpunca dari Dzafri.
"Dzafri kata awak tak mahu kerja di MEGA HOLDING lepas awak terima tawaran Dzafri dan awak yang hasut Dzafri supaya tak bekerjasama dengan pejabat kita," Lysa mengulang kata-kata itu dalam hati, tidak percaya bahawa Dzafri telah memfitnah dirinya sebegitu. Encik Amri kelihatan kecewa, sukar mempercayai tindakan Lysa. Lysa cuba untuk menjelaskan segalanya, tetapi dia diusir keluar dengan kasar.
Lysa keluar dari bilik Encik Amri dengan perasaan yang berat, penuh kesedihan dan kekecewaan terhadap Dzafri. Meira yang sedang duduk di meja kerjanya segera menghampiri Lysa dan memeluknya, merasa kasihan terhadap nasib yang menimpa temannya. Paan yang turut hadir hanya mampu mendiamkan diri, merasa sedih mendengar bahawa Lysa telah diberhentikan kerja. Meira membantu Lysa mengemas barang-barangnya untuk keluar dari pejabat.
Tiba-tiba, Lysa berhenti seketika, memikirkan sesuatu dalam hati. "Aku mesti berjumpa dengan Dzafri dan cakap semua yang aku rasa," katanya dalam hati. Dia kembali mengemas barangnya dan Meira membantunya memasukkan barang-barang tersebut ke dalam kereta. Paan yang memerhatikan dari tingkap pejabat hanya mampu berdiam diri, tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Lysa masuk ke kereta selepas Meira naik ke atas.
"Aaaaaa!!!! Tak guna punya jantan! Main kasar pulak tu! Kau tunggu, aku cari kau!" Lysa menjerit dengan marah, mengetap gigi.
Dia memandu keretanya dengan pantas menuju ke pejabat Dzafri. Hatinya dipenuhi rasa kecewa dengan tingkah laku Dzafri yang begitu busuk hati. Lysa tidak boleh membiarkan perkara ini berlarutan. Dia ingin menolak lamaran Dzafri dan tidak mahu menerimanya lagi.
Sementara itu, Dzafri sedang bermesyuarat, tidak menyedari bahawa masalah besar sedang menunggunya. Lysa tiba di pejabat Dzafri, tidak dapat mengawal amarahnya. Dia terus masuk ke dalam bangunan dan menaiki tingkat atas, menuju ke bilik mesyuarat di mana Dzafri sedang berada. Tanpa berfikir panjang, Lysa menampar Dzafri dengan sekuat hati, melepaskan semua amarah yang tertahan.
Amin dan staf yang lain di bilik mesyuarat terkejut melihat kejadian itu. Lysa dengan wajah yang marah hanya membiarkan kekecohan berlaku, yang hanya membuatkan Dzafri semakin marah. Dzafri bangun dan menarik tangan Lysa, cuba membawanya keluar. Lysa dengan pantas melepaskan tangannya dan sekali lagi menampar Dzafri.
"Hei perempuan, asal kau tampar aku? Kau ingat tak sakit ke?" marah Dzafri.
"Hmm, saja hobi," jawab Lysa dengan selamba.
Lysa menjelaskan tindakan amarahnya di bilik mesyuarat tadi. Setelah itu, dia masuk ke dalam kereta Dzafri dan mengajaknya untuk masuk bersama. Dzafri yang bingung menyuruh Lysa keluar, tetapi Lysa menarik kolar bajunya, membuatkan Dzafri hampir tersandung tepat ke arahnya.
"Kau yang suruh aku kahwin dengan kau kan? Sekarang ni aku nak kita selesaikan benda ni supaya aku dapat kerja aku balik," kata Lysa dengan nada yang serius, namun penuh emosi.
Dzafri terkejut, terdiam seketika, tatapannya masih terarah pada Lysa. Lysa melepaskan kembali kolar baju Dzafri dan Dzafri akhirnya masuk ke dalam keretanya, memandu mereka pergi. Para staf yang memerhati dari tingkap hanya mampu menegur sesama mereka dan Amin memberi arahan agar mereka kembali bekerja. Lidia segera menelefon Datin Masriza untuk memberitahu tentang kekecohan yang berlaku di pejabat.
Dzafri menoleh ke arah Lysa, memandangnya dari atas ke bawah. Lysa yang menyedari itu segera menggerakkan tangannya, membuatkan Dzafri terkejut dan hampir hilang kawalan memandu. Insiden tersebut menyebabkan mereka tersentak ke hadapan, tanpa sengaja saling menatap antara satu sama lain. Dalam keadaan itu, seakan-akan ada lagu balada yang menyelimuti suasana momentum romantis yang memalukan.
Kereta di belakang mula membunyikan hon kerana mereka terlalu lama berhenti di tengah jalan. Lysa dengan pantas menolak bahu Dzafri dan menyuruhnya memandu segera. Di rumah Dzafri, Datin Masriza termenung memikirkan cerita yang disampaikan Lidia mengenai kejadian di pejabat. Amin cuba menghubungi Dzafri, tetapi telefon Dzafri tertinggal di ruang kerjanya.
Lysa turun dari kereta dan mengajak Dzafri masuk ke rumahnya. Lysa mahu memastikan perkahwinan mereka dijalankan dengan cara yang betul walaupun dia tidak suka dengan tindakan Dzafri. Ibu Faz yang berada di pintu rumah terkejut melihat mereka berdua pulang bersama. Dzafri bersalaman dengan Ibu Faz, dan mereka dipersilakan masuk ke dalam.
Lysa pergi ke dapur untuk menghidangkan minuman kepada Dzafri. Ibu Faz bertanya mengapa Dzafri datang ke rumah mereka bersama Lysa. Lysa berdiri di sebalik dinding, menguping perbualan mereka. Dzafri, dalam keadaan yang penuh kesungguhan, melutut di hadapan Ibu Faz dan meminta maaf atas kematian Pak Hamid.
"Saya minta maaf, mak cik, atas segala kesalahan saya. Saya menyesal atas apa yang telah saya lakukan kepada arwah Pak Hamid," kata Dzafri dengan penuh rasa penyesalan.
Ibu Faz menyuruhnya bangun dan duduk kembali. Lysa yang masih berada di dapur hanya mendengar dari jauh. Dzafri berkata kepada Ibu Faz bahawa dia ingin menikahi Lysa kerana itu adalah amanah Pak Hamid sebelum meninggal dunia. Lysa kemudian memberitahu Ibu Faz bahawa dia bersetuju untuk menikahi Dzafri setelah perbincangan mereka.
"Macam ni lah, Dzafri. Kalau betul kamu nak kahwin dengan Lysa, suruh ayah kamu datang meminang sekali lagi, dan kita akan bincang tentang perkahwinan kamu berdua," kata Ibu Faz.
Setelah perbincangan selesai, Dzafri pulang tanpa diiringi oleh Lysa. Lysa hanya melihat dari pintu rumah ketika Dzafri masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Di rumah Dzafri, Datin Masriza bertanya apa yang telah berlaku di pejabat. Dzafri hanya menjawab bahawa tiada apa yang berlaku dan naik ke atas. Dato Mukhriz sudah menunggu di ruang tamu untuk berbincang mengenai lamaran Dzafri kepada Lysa.
"Papa tak salah dengar ke? Dzaf, kamu nak papa masuk minang Lysa?" tanya Dato Mukhriz, agak terkejut.
"Betul, pa. Dzaf sendiri yang tanya Lysa, dan dia setuju nak kahwin dengan Dzaf. Papa tak perlu fikir yang bukan-bukan," jawab Dzafri yakin.
Namun, Dato Mukhriz terdiam sejenak, berfikir tentang langkah seterusnya. Datin Masriza muncul di hadapan mereka, jelas kecewa dengan keputusan Dzafri. "Mama tak benarkan Dzaf kahwin dengan perempuan tu. You are still with Stella! Nanti kalau dia balik, macam mana?" kata Datin Masriza dengan nada kecewa.
Dzafri cuba untuk meyakinkan mamanya. "Mama, Dzaf minta maaf, tapi kali ini biar Dzaf tentukan hidup Dzaf sendiri. Dzaf dah lama rancang nak kahwin dengan Lysa lepas Stella tinggalkan Dzaf."
Datin Masriza terdiam, kecewa mendengar penjelasan tersebut. Dato Mukhriz pergi mengejar isterinya yang menuju ke bilik untuk memujuknya. Dzafri masuk ke biliknya, mengambil telefon dan menghubungi Lysa. Saat talian disambung, Lysa terkejut mendengar suara Dzafri di hujung talian.
"Hello, hei! Aku nak jumpa kau sekejap, nanti aku share location," kata Dzafri dengan nada serius.
"Waalaikummussalam, awak ni memang tak reti nak bagi salam. Eee, yelah nanti saya jumpa awak," balas Lysa, sambil mengomel.
Lysa bersiap di depan cermin, masih terkilan dengan sikap Dzafri. Setelah selesai, dia meninggalkan rumah dan menuju ke lokasi yang dihantar Dzafri.
Dzafri sudah menunggu di meja, memesan minuman. Lysa datang dan duduk di hadapannya. Dzafri mengetuk meja, bertanya mengapa Lysa terlewat. Tanpa sengaja, Lysa mengetuk kepala Dzafri menggunakan beg tangannya.
"Sakitlah! Perempuan, tak cukup kau tampar aku, kau ketuk kepala pulak! Banyak betul hobi kau!" kata Dzafri, jelas marah.
"Sorry Dzafri, saya tak sengaja. Yang pergi tepuk meja tu buat apa, kan dah kena ketuk kepala tu," Lysa menjawab dengan rasa bersalah.
Selepas Lysa meminta maaf, Dzafri bertanya soalan penting, Kau dah sedia nak kahwin?" Lysa, yang sedang makan, tanpa ragu menjawab dia bersetuju.
Dzafri, dengan serius, menyatakan niatnya untuk berkahwin dengan cepat. "Kenapa awak nak sangat kahwin cepat-cepat dengan saya? Awak memang suka dekat saya ke?" usik Lysa sambil ketawa.
"Heh, kau jangan perasan! Aku nak kahwin cepat sebab amanah dari ayah kau untuk aku jadi jangan perasan sangat,".
Lysa menjeling tepat ke arah Dzafri.Kalau kerana tidak kelaparan pasti sekejap sahaja di situ.Apalah nasibnya mentang-mentanglah dia tidak pernah memikirkan kriteria seorang suami,tuhan hadirkan Dzafri dalam hidupnya.Nasib baiklah bukan biasa-biasa bakal suaminya itu.
Share this novel