"Haa Dzaf ni baju dengan seluar aku kau pinjamlah dulu nanti bila-bila kau pulang balik," kata Arif sambil menghulur bajunya kepada Dzafri.
"Kau jangan risau esok aku bagi balik baju ni," Dzafri kemudian pergi dari rumah Arif.
Dzafri menyarung baju yang diberi pinjam oleh Arif sewaktu di bilik.Lysa yang baru naik ke bilik mengambil tempat di katil untuk tidur.Dzafri yang tahu itu bukan biliknya segera mengambil bantal untuk tidur di bawah memandangkan di situ tiada sofa seperti di biliknya.Lysa segera menghalang Dzafri sebelum sempat Dzafri melabuhkan tubuh di bantal.
"Eh awak kenapa nak tidur situ meh tidur sebelah saya sini" Lysa mempelawa sambil menepuk tilam.
"Tak apa aku tidur sini je kau tidur je lah situ,"
"Eh awak ni mana boleh saya biar suami saya tidur bawah dah tu meh sini"
"Kau tak takut?" Dzafri menaikkan keningnya.
"Tak,sebab....kalau awak buat macam-macam saya akan jerit je nama Arif tolong saya biar padan muka awak," Lysa mengusik Dzafri.
Dzafri yang diusik mendekatkan wajahnya pada Lysa.
"Heh kalau aku nak, sekarang pun aku boleh buat tau,". Dzafri tersenyum nakal.
Lysa yang geli mendengarnya menolak muka Dzafri.Sudah dipelawa bermiang pula Dzafri di malam hari jadi Lysa lantakkan sahaja Dzafri tidur di bawah.Habis hilang ihsannya kepada Dzafri pada malam itu.Acuh tak acuh sungguh Dzafri kalau Lysa berhati mulia geram Lysa dibuatnya.
Pada sebelah paginya Lysa dan Dzafri bersarapan bersama Ibu Faz sebelum pulang semula ke rumah.Air teh dituang Lysa ke dalam cawan untuk diberi pada Dzafri.Dzafri minum dengan perlahan setelah dituang oleh Lysa.Sebaik cawan diletak semula ke piring, Ibu Faz mula bertanya kepada Dzafri.
"Dzafri,bila kamu berdua nak buat majlis sanding? Atau masih nak rahsiakan pernikahan ni lama-lama?"
Lysa hampir tersedak mendengar soalan itu. Dia menoleh ke arah Dzafri yang tampak tenang, seolah-olah sudah bersedia dengan jawapan.
"Kami masih dalam perancangan, ibu. Insya-Allah nanti bila tiba masa yang sesuai, kami akan buat," jawab Dzafri sambil menjeling ke arah Lysa yang menundukkan kepala, tidak mahu bertentang mata dengannya.
Ibu Faz mengangguk kecil. "Baiklah, ibu harap kamu berdua cepat-cepat buat keputusan.Bukan apa masih ramai yang belum tahu kamu berdua ni dah kahwin,".
Lysa hanya membisu, masih belum terbiasa dengan situasi itu. Hakikatnya, perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta. Semuanya berlaku dalam keadaan yang tidak dijangka, dan dia sendiri masih cuba memahami kedudukannya sebagai seorang isteri.
Selepas selesai bersarapan, Dzafri dan Lysa meminta diri untuk pulang. Sepanjang perjalanan, suasana di dalam kereta sunyi. Lysa hanya memandang ke luar tingkap, sementara Dzafri fokus pada pemanduan.
Tiba-tiba, Dzafri bersuara, "Kau tak payah risau pasal apa yang ibu cakap tadi. Aku tahu kau pun tak nak. Kita buat tak tahu je,".
Lysa menoleh ke arahnya. "Saya memanglah tak nak tapi saya pun perasan jugak setiap kali balik rumah ibu jiran pandang semacam je,".
Dzafri menghela nafas panjang. "Aku tahu. Tapi kau pun tahu kan kita kahwin sebab ayah kau Lysa. Jadi cukuplah sekadar nikah,".
Lysa terdiam. Hakikatnya, dia sendiri keliru dengan perasaannya. Tetapi ada satu perkara yang dia pasti dia tidak mahu hubungannya dan Dzafri dijadikan fitnah.
Setibanya mereka di rumah, Lysa terus naik ke bilik tanpa sepatah kata. Dzafri hanya memerhatikan langkahnya sebelum duduk di sofa ruang tamu. Dia mengusap wajahnya, cuba memahami perasaan sendiri.
"Aku sendiri tak tahu macam mana nak jadi suami yang baik untuk kau, Lysa..." Dzafri berbisik perlahan, lebih kepada dirinya sendiri.
Namun, satu perkara yang dia pasti perkahwinan ini bukan sesuatu yang dia boleh abaikan begitu sahaja. Dia harus mencari cara untuk mengekalkan hubungan mereka, walau apa pun caranya.
******************************************
Sam melangkah masuk ke pejabat dengan langkah perlahan. Matanya terus tertumpu pada sosok Dato Azri yang duduk di sofa ruang menunggu. Wajah lelaki itu kelihatan letih, ada garis-garis kerisauan yang jelas terukir.
Sam menarik nafas panjang sebelum mendekati. “Assalammualaikum papa,ada apa datang sini?"
Dato Azri mengangkat wajahnya, memandang Sam dengan mata yang penuh kerisauan seolah-olah menahan emosi. Dia menghela nafas berat sebelum bersuara perlahan.
"Stella macam mana Sam, any update?"
Sam duduk di hadapan Dato Azri sebelum memberitahu perkembangan Stella.
“Doktor ada cakap apa-apa harapan untuk dia sedar?” tanya Dato Azri, suaranya penuh dengan kebimbangan.
Sam menggeleng perlahan. “Doktor tak dapat beri kepastian. Semuanya bergantung pada tubuh Stella tapi...doktor kata Stella ada sikit perkembangan pa.”
Dato Azri mengetap bibir. Dia masih ingat kejadian yang menimpa Stella beberapa hari lalu. Kemalangan itu berlaku begitu pantas. Dia yang baru sahaja keluar dari pejabat pada hari kejadian begitu terkejut mendengar berita itu. Pelakunya masih belum dikenal pasti, kerana rakaman CCTV di kawasan itu terlalu kabur untuk mengenal pasti nombor plat.
“Papa rasa kita kena cari siapa yang buat ni, Sam.Pada papa Ini bukan sekadar kemalangan biasa.Papa rasa ada sesuatu yang tak kena.”
Sam memandang Dato Azri. “Sam pun fikir benda yang sama.Tiba-tiba je benda ni jadi.Tapi Sam ada dengar Stella cakap dalam telefon dengan Datin Masriza sebelum kemalangan.
Dato Azri tersentak. “Datin Masriza?"
Sam mengangguk. “Ya. Stella ada cakap dengan Datin Mas masa tu. Beberapa hari sebelum pergi pun dia kerap keluar, dia ada sebut nak jumpa someone sebelum pergi pa, tapi Sam tak tanya pulak lah siapa.”
Dato Azri mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Jika benar Stella menemui Masriza, mungkin kemalangan itu ada sesuatu antara mereka.
“Sam rasa Stella dengan Datin Mas macam ada sesuatu lah pa.”
Dato Azri mengangguk perlahan. "Papa pun rasa benda yang sama Sam,macam ada benda yang tak kena dan rasanya mama pun tahu sesuatu,".
Sam terdiam seketika. Ini bukan perkara kecil. Tetapi dia tidak boleh hanya sekadar menentukan dari firasat sahaja. Jika benar Stella mengikutinya ketika itu beserta muslihat maka ada seseorang di dalam perancangan itu yang sedang menyembunyikan sesuatu.
"Kamu jangan risau Sam papa sendiri akan tanya mama nanti untuk buktikan firasat kamu dan papa,".
Dato Azri pun pergi dari situ.Sam menyalam Dato Azri lalu terus naik ke atas.Matanya ditoleh kiri dan kanan berharap tiada siapa yang melihat perjumpaan mereka.
LYSA yang baru turun dari bilik terhenti apabila mendengar suara Datin Masriza yang berdiri di ruang tamu menunggunya. Wajah Datin Masriza jelas menunjukkan tanda tidak puas hati.
"Ke mana kamu berdua semalam?" soalnya, nada suaranya tajam.
Dzafri yang tahu Lysa kelu untuk menjawab laju berkata,
"Kami tidur di rumah Ibu Faz. Kenapa, mama?"
Datin Masriza menyilangkan tangan di dada, memandang anaknya dengan tajam.
"Tanpa beritahu mama? mama ni tak penting ke Dzaf sampai tak beritahu mama?"
Lysa menundukkan kepala. Dia tidak mahu membalas apa-apa, takut keadaan bertambah tegang. Dia tahu ibu mentuanya bukanlah seseorang yang mudah untuk berkompromi, dan hubungan mereka sejak awal lagi sudah dingin.
Dzafri menghela nafas. "Mama, bukan kami keluar suka-suka. Kami ke sana sebab..."
"Sebab apa?!" Datin Masriza memotong kata-kata Dzafri. Matanya kini tertumpu kepada Lysa. "Sebab perempuan ni ke? Sebab dia suruh?"
Lysa terkedu. Dia sudah menjangka akan dipersalahkan.
Dzafri mengerutkan dahi. "Mama, jangan salahkan Lysa. Ini bukan salah dia. Dzaf yang nak jumpa Ibu lepas balik sini."
Datin Masriza mendengus. "Dzaf tahu tak, malam tadi Datin Adiba tak angkat call mama lepas Dzaf layan dia macam tu sekarang ni Dzaf buat tak endah je!"
Datin Masriza menggeleng perlahan, wajahnya penuh dengan kekecewaan. "Ya, mama tahu Stella dah sakitkan hati Dzaf tapi Dzaf kena ingat masa Dzaf dan dia still bertunang dia sayang sangat dekat Dzaf,"
Lysa merasakan dirinya semakin kecil dalam situasi ini. Dia menoleh ke arah Dzafri, terkejut setelah mendengar hal itu.
Dzafri mengeratkan genggaman tangannya. "Mama, Dzaf dah buat pilihan. Dzaf takkan tinggalkan Lysa walaupun sebab nak tutup malu je."
Datin Masriza mengetap bibir. "Kita tengok berapa lama Dzaf boleh bertahan. Mama tak akan terima perempuan ni dalam keluarga kita."
Selepas berkata begitu, Datin Masriza berpaling dan melangkah pergi. Suasana kembali sunyi, hanya tinggal Dzafri dan Lysa berdiri di ruang tamu dengan perasaan bercampur baur.
Lysa menarik nafas perlahan. "Dzafri.....betul ke Stella tu tunang awak dulu?"
Dzafri menghembus panjang. "Aku tak nak ingat lagi Lysa. Kau jangan risau aku pegang pada amanah ayah kau. Aku janji."
Namun dalam hati Lysa, dia tahu jauh di sudut hati Dzafri tidak mudah untuk dia melupakan Stella.
Kak Raisya yang di rumah pula duduk di atas katil sambil melipat tangan di dada, memandang suaminya, Ameer, dengan wajah penuh tanda tanya.
"Macam mana Dzafri boleh kahwin tanpa kita tahu langsung? Awak abang dia, takkan dia tak beritahu apa-apa?" soalnya, nada suaranya sedikit kehairanan.
Ameer yang baru sahaja melabuhkan badan di sebelah isterinya menghela nafas panjang. Dia sudah menjangka soalan itu akan keluar dari mulut Raisya sejak mereka mendapat tahu tentang perkahwinan Dzafri dan Lysa.
"Saya sendiri pun tak tahu, sayang. Dzafri tak pernah cakap apa-apa. Tahu-tahu saja diorang dah kahwin."
Raisya mengerutkan dahi. "Mestilah ada sebab kenapa dia dengan Lysa tiba-tiba je boleh kahwin,".
Ameer mengangguk. "Saya tahu.Saya pun pelik jugak.Lepas ayah meninggal pulak tu diorang kahwin macam ada sesuatu,".
Raisya mengeluh perlahan. "Saya rasa kita kena tanya dengan diorang macam mana diorang boleh kahwin, mesti ada sebab sendiri kan?"
Ameer termenung seketika sebelum berkata, "Saya pun rasa macam tu. Tapi kita tak boleh terus tanya je nanti mesti dia rasa kita curiga,."
Raisya mengangguk perlahan. "Kesian Lysa. Dia mesti rasa terasing dalam keluarga Dzafri kalau dia terpaksa kahwin dengan Dzaf. Saya takut kalau ibu pun sebenarnya tak tahu Lysa diperlakukan macam mana dekat rumah mentua dia,".
Ameer menarik nafas panjang. "Saya akan cuba cakap dengan Dzafri. Saya nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kalau dia belum sedia nak cerita, saya takkan paksa biarlah dia sedia dulu."
Raisya tersenyum kecil, hatinya lega mendengar kata-kata suaminya. "Baguslah kalau awak fikir macam tu. Saya pun nak cuba rapat dengan Dzafri sebagai ipar. Maklumlah dia kan dah jadi sebahagian dari keluarga kita jugak,".
Ameer mengangguk setuju. "Harap-harap diorang kahwin bukan sebab terpaksalah. Tapi kalau betul pun terpaksa, kita kena tahu apa sebabnya."
Raisya menggenggam tangan suaminya. "Apa pun yang jadi, saya pasti ada hikmah dalam perkahwinan diorang."
Ameer mengangguk perlahan, tetapi jauh di sudut hatinya, dia tahu perjalanan Dzafri dan Lysa bukan kerana cinta. Dan dia juga bimbang kalau perkahwinan mereka sebahagian dari perjanjian sebelum Pak Hamid meninggal dunia.
Malam itu, selepas membersihkan diri, Lysa duduk di atas katil sambil merenung telefon di tangannya. Hatinya berkecamuk. Hubungan antara dia dan Dzafri terlalu asing mereka seperti dua orang yang dipaksa hidup di bawah satu bumbung tanpa sebarang hala tuju yang jelas.
Sedang dia termenung, pintu bilik terbuka. Dzafri melangkah masuk dengan tuala tergantung di bahunya. Wajahnya kelihatan letih, namun tetap tenang seperti biasa. Dia menuju ke almari dan mengambil baju tidur sebelum duduk di sofa kecil di dalam bilik.
Lysa menggigit bibir. Dia ingin berkata sesuatu, tetapi entah mengapa suaranya tersekat. Akhirnya, Dzafri yang bersuara dahulu.
"Lysa, aku nak tanya sesuatu."
Lysa menoleh. "Apa dia?"
"Kau bahagia tak?" Soalan itu keluar dari mulut Dzafri begitu sahaja, membuatkan Lysa terkedu.
"Apa maksud awak?"
Dzafri menghela nafas. "Maksud aku, kau bahagia tak dengan perkahwinan ni? Atau kau rasa macam betul-betul terpaksa?"
Lysa terdiam. Dia sendiri tidak tahu jawapan kepada soalan itu. Jika ditanya kepada hatinya, dia sendiri keliru. Tetapi melihat Dzafri yang menanti jawapan, dia akhirnya bersuara perlahan.
"Saya... tak tahu, Dzafri.Saya tak tahu apa jawapan saya.Saya pun tak tahu siapa saya di mata awak,."
Dzafri mengangguk perlahan, seolah-olah dia sudah menjangka jawapan itu. "Aku pun rasa benda yang sama."
Suasana kembali sunyi. Angin malam yang masuk melalui tingkap terasa menenangkan tetapi dalam masa yang sama, membuatkan hati Lysa semakin berserabut.
"Jadi... siapa saya pada awak?" tanya Lysa perlahan.
Dzafri memandang ke arah Lysa, merenung matanya sejenak sebelum bersuara.
"Kau memang isteri aku Lysa tapi....aku tak boleh tipu diri aku.Apa yang kau tahu harini menjelaskan semua ketidaksanggupan aku dalam perkahwinan kita,".
Lysa bangun dari katil untuk bertanya lagi.
"Saya nak dengar dari mulut awak sendiri Dzafri.Awak masih.....sayang Stella lagi ke?".
Dzafri memilih turun ke bawah dari menjawab.Tindakannya membuat Lysa tahu sendiri jawapan yang dia mahukan tanpa diberitahu Dzafri.Lysa tidak tahu untuk apa Dzafri masih bertahan sedangkan tidak mencintainya.
Silalah komen selepas baca bab ini>3
Share this novel