"Apa masalah awak ni selamba je awak tampar menantu sendiri,"
"Dia lah masalah saya tengok apa yang jadi dekat anak kita lepas kahwin dengan dia habis Stella terlantar dekat hospital tu,".
Datin Adiba kemudian pergi setelah melepaskan amarah kepada Sam dan Dato Azri pula hanya mampu menahan sabar dengan perangai isterinya itu.Dato Azri menelefon Dzafri untuk mengajaknya berjumpa.Panggilan dijawab oleh Dzafri lalu dia terkejut setelah diberitahu Sam ditampar oleh Datin Adiba sewaktu menjemput Adib.
"Macam mana boleh tertampar pula ni uncle tiba-tiba je aunty buat macam tu,"
"Kalau Stella pun tak suka dia Datin Adiba apatah lagi Dzafri,"
Dzafri yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dato Azri mengangguk setelah mendengarnya.Dzafri kemudian berkata dia akan berjumpa dengan Dato Azri di pejabatnya setelah mereka pulang dari Terengganu.Dzafri menamatkan panggilan lalu masuk semula ke bilik hotel.
Sewaktu Dzafri naik ke atas,dia terpesona melihat kecantikan Lysa yang pertama kali dia lihat Lysa mengenakan tudung bawal.Seketika,Dzafri terkesima dibuatnya kerana sebelum ini,dia hanya melihat Lysa mengenakan shawl sahaja tak sangka pula sungguh anggun Lysa mengenakan tudung bawal pada hari ini.Renungan Dzafri pada Lysa itu disedari oleh Lysa yang membuatnya hairan melihat Dzafri.
"Awak ni kenapa tengok saya macam nampak hantu je,"
"Tak pernah-pernah kau pakai bawal asal tetiba je ni ooo Arif bagi eeee?" sempat Dzafri mengusik.
"Eh bukanlah,saya memang ada banyak tudung bawal cuma kali terakhir saya pakai sebelum saya kahwin dengan awak,"
"Kenapa sekarang dah jarang?"
"Tudung saya suka hati sayalah," selamba Lysa menjawab sambil mengenakan gincu di hadapan cermin.
Dzafri yang berada di situ geram mendengar jawapan Lysa.Sejak dah lama mereka kahwin bukan main pandai Lysa menjawab.Dzafri yang geram menghampiri Lysa lalu menarik sanggulnya yang membuat gincu Lysa pun tercarit sekali sehingga comot mulut Lysa dibuatnya.Lysa memiat telinga Dzafri lalu memukul bahunya.
"Eeee awak ni kan tahu tak lama saya buat awning ni ikut sedap dia je tarik sanggul orang,".
Dzafri ketawa kecil melihat Lysa mengeluh membetulkan tudungnya lalu turun menunggu Lysa di bawah.
"Haiii kau ni luculah pasal tudung pun nak mengeluh dah cepat sikit aku tunggu kau kat kereta kau lambat aku tinggal,".
Lysa yang geram memberi jelingan maut kepada Dzafri.Ikutkan hati ingin sahaja Lysa membelasah Dzafri sepuas hati sampai tak berdaya dirinya untuk memandu.Tapi oleh kerana Lysa masih normal tak adanya nak membuang masa belasah suami sendiri maklumlah tangan yang diberi pinjaman oleh tuhan malas dia gunakan untuk memandu menggantikan Dzafri nanti.Setelah puas mengomel Lysa pun turun masuk ke kereta untuk pergi keliling Terengganu bersama Dzafri.
"Kenapa tak besok je kau naik lambat betul, kau ingat aku driver kau kena tunggu kat sini?"
"Hei tadi awak jugak yang tarik sanggul saya lepas tu sibuk bising cakap orang lambat,"
"Amboi kuat betul kau menjawab sekarang eee aku tabok kejap lagi kang,"
"Eeee cepatlah tadi sibuk sangat cakap lambat orang dah masuk ni membebel pulak,".
Dzafri hanya mampu menggeleng sambil menahan kesabaran terhadap Lysa.Kalau bukan kerana Dato Mukhriz menyuruh Dzafri membawa Lysa pergi makan angin di sekitar situ tidak mahunya Dzafri membazir masa membawa Lysa yang keras kepala.Dzafri yang menahan sabar mula memandu meninggalkan perkarangan hotel menuju ke destinasi mereka.
Di saat Dzafri diuji kesabarannya terhadap Lysa,Datin Adiba pula menahan kemarahan terhadap Sam sewaktu melihat anaknya terlantar di hospital.
"Zetti tahu aunty marah dekat Sam tapi aunty tak patut buat Sam macam tu," kata Zetti kepada Datin Adiba yang turut berada di situ menjenguk Stella.
"Aunty tahu Zetti,tapi setiap kali tengok muka dia memang buat aunty sakit hati tambah-tambah lagi bila dia buat Stella jadi macam ni,"
"Nak marah dia pun tak boleh aunty diorang dah kahwin dah pun jadi aunty terima jelah Sam dah jadi menantu aunty sekarang,".
Datin Adiba hanya diam tidak membalas kembali apa yang Zetti katakan.Jujur,dia memang marah pada Stella kerana bertindak bodoh sehingga terjebak menikahi Sam dan mengecewakan Dzafri namun apakan daya masa tidak boleh diputar kembali dan Stella sudahpun terlantar tanpa sebarang perkembangan.Zetti kemudian meminta diri kepada Datin Adiba untuk kembali semula mengurus cawangan Stella.
Datin Adiba berpamit bersama Zetti lalu meratap Stella dengan penuh kepiluan.Jauh di sudut hati seorang ibu dia sedih melihat anaknya begitu.Walupun Stella amat degil orangnya hanya dialah satu-satunya anak yang ditatang sejak kecil oleh Dato Azri dan Datin Adiba.Setelah lama berada di situ Datin adiba pun keluar untuk pulang semula ke rumah.
"Awak tahu kan Sam dengan Stella accident sebab diorang nak pergi Terengganu jadi kenapa awak biar anak kita lama-lama dekat sana kalau diorang pulak yang accident macam mana?" Datin Masriza bertanya kepada Dato Mukriz dengan melulu.
"Awak ni kenapa cuba jangan doa yang macam-macam Dzafri pergi sana untuk uruskan projek syarikat dan alang-alang tu saya suruh dia luangkan masa dengan Lysa sekali jadi awak tak payahlah risau Masriza,"
"Senang je kan awak cakap Dzafri tu satu-satunya anak kita tau awak macam tak peduli je kalau apa-apa jadi dekat dia dah lama saya perati lagi-lagi masa dia tak jadi kahwin dengan Stella bukan main tak endah lagi awak,"
"Apa yang tak pedulinya kan dia tak jadi kahwin sebab Stella yang tipu dia jadi bukan salah Dzafri dah-dah saya nak ke pejabat lagi lama saya layan awak boleh tension saya nak buat kerja nanti,".
Datin Masriza kemudian naik ke atas mencapai telefonnya mengajak Datin Adiba berjumpa setelah bengang kepada suaminya itu.Datin Adiba yang sedang memandu mengajak Datin Masriza untuk berjumpa di rumahnya.Hubungan Datin Masriza dengan Datin Adiba ibarat batu yang tidak boleh dipecahkan.Mereka sangat dekat sehingga legasi kedekatan mereka disambung dengan menyatukan Stella dan Dzafri.Namun, angkara ulah Stella rencana mereka gagal setelah pelbagai percaturan dibuat untuk menjadi sebuah keluarga.
Dalam pada itu,Lysa dan Dzafri tiba di pasar payang setelah beberapa minit Dzafri memandu.Dzafri yang baru sahaja membuka tali pinggangnya menerima panggilan dari Dato Mukhriz.Dzafri mencapai telefonnya lalu menjawab panggilan tersebut.Dia keluar dari kereta setelah mematikan enjin.
"Hah Dzafri macam mana kamu dekat sana Lysa ok tak?" tanya Dato Mukhriz kepada Dzafri.
"Kitorang ok je kat sini pa lagipun Dzaf rasa lepas ni nak terus balik sebab semua pun dah settle,"
"Haaa eloklah tu mama kamu tu risau betul takut apa yang jadi dekat Sam tu jadi dekat kamu jugak haihhh jenuh papa melayannya,"
"Haha papa tak payah layanlah mama tu mama kan memang macam tu ok lah pa nanti apa-apa Dzaf update,".
Usai menamatkan panggilan bersama Dato Mukhriz Dzafri kembali semula ke keretanya untuk mengejut Lysa yang sedang asyik tidur di kereta.Dzafri membuka pintu lalu segera membangunkan Lysa untuk masuk ke pasar payang.Lysa yang terlena tidak kunjung bangun setelah berkali-kali Dzafri menyebut namanya.Dzafri yang suka mengusik Lysa sekali lagi mengenakan Lysa dengan helahnya.
"Ooo tak nak bangun kau yer hehe,"
Dzafri membunyikan alarm keretanya berkali-kali sehingga membuat Lysa terbangun lalu terkejut mendengarnya.Lysa yang terkejut segera memeluk Dzafri sebaik sahaja alarm kereta dibunyikan oleh Dzafri.Setelah Lysa sadar itu adalah ulah Dzafri segera dia melepas tangannya dari memeluk Dzafri kerana rasa terkejutnya itu.Dzafri yang melihat tingkah Lysa itu hanya tersenyum nakal kerana berjaya mengusik Lysa.
"Ishh awak ni kan suka tau nak kenakan orang jahat betul,"
"Dahtu bukan main lagi kau tidur sampai aku kejut pun kau tak bangun aku gunalah cara lain dah cepat kalau tak aku kunci kau kat dalam kereta ni kang,".
Ayat Dzafri itu sungguh membuat Lysa berasa bengang.Lysa kemudian menacap kembali wajahnya sebelum mendatangi Dzafri yang sudah masuk ke dalam.Dalam pada dia menacap wajahnya,sembat lagi dia membebel yang membuat Dzafri bertambah geram dari kejauhan sewaktu melihat Lysa yang masih berada di kereta.
"Eiii dia ni kan saja je buat aku tercangak kat sini dia ingat dia bos ke aku nak kena ikut masa dia,".
Setelah Lysa siap,dia turun dari kereta dan pergi mencari keberadaan Dzafri.Laju Lysa berlari mencari Dzafri di dalam pasar payang yang penuh dengan kedatangan orang ramai.Sebaik sahaja menemui Dzafri,mereka pun berjalan mengelilingi pasar payang bersama-bersama sebelum pulang ke Kuala Lumpur.Dzafri dan Lysa membeli oleh-oleh sebelum kembali ke hotel untuk berkemas dan pulang ke rumah.
"Jujur I cakap Mas I memang tak suka bila Adib kena duduk dekat sini masa Sam tu ada dekat hospital menyusahkan betul,"
"Biasalah tu Adiba budak-budak apa yang dia tahu lagipun nak salahkan dia pun tak boleh anak you jugak puncanya kan," sindir Datin Masriza kepada Datin Adiba sambil membelek cawan teh yang dipegangnya.
"Ok I tahu Stella yang salah dalam hal ni tapi you tak boleh salahkan anak I jugak kalau betul anak you tu sayangkan Stella kenapa dia nak kahwin dengan Lysa tu ke... dia memang dah lama ada hubungan dengan menantu you,"
"No Adiba, Dzafri setia dengan Stella dari hari pertama diorang bercinta and anak I cari pengganti Stella sebab nak tutup malu atas apa yang anak you dah buat,".
Setelah puas berdebat,Datin Adiba menyarankan Datin Masriza untuk memujuk Dzafri menerima Stella kembali.Datin Masriza yang sudah tahu kekecewaan yang dialami oleh anaknya berkata kembali bahawa bukan mudah untuk Stella diberi peluang kedua oleh Dzafri lebih-lebih lagi mereka berdua sudah mempunyai pasangan masing-masing.Tiada guna juga mereka merancang memandangkan Stella masih terlantar di hospital dan masih dalam keadaan koma.Tapi kalau dah namanya pun menantu pilihan Datin Masriza sanggup menyuruh Dzafri menerima Stella kembali walau dengan apa cara sekalipun.
Lain pula ceritanya dengan Dato Mukhriz dan Dato Azri sewaktu berjumpa di pejabat.Sewaktu sang isteri sibuk mencari cara menyatukan anak mereka sang suami pula jenuh memikirkan cara untuk tidak menghubungkan Dzafri dan Stella kembali.Boleh dikatakan rancangan berbesan hanyalah di antara Datin Masriza dan Datin Adiba walhal Dato Mukhriz dan Dato Azri sama sekali tidak peduli siapa pun yang menjadi menantu mereka kalau memang itu jodohnya.Namun apakan daya, sudah naik berbuih mulut memberi tazkirah kepada isteri yang disayangi tapi tetap juga tidak didengari oleh mereka.
"Kau suruhlah Dzafri tu jaga perkahwinan dia elok-elok aku bukan apa kau pun tahu Mas dengan Adiba macam mana mesti diorang akan rancang sesuatu punyalah," kata Dato Azri kepada Dato Mukhriz.
"Tak perlu risau Azri aku kenal Dzafri macam mana dan aku yakin dia akan tetap dengan Lysa walau apa cara sekali pun,".
Dato Mukhriz menjawab dengan penuh keyakinan terhadap kesetiaan anaknya dalam rumah tangga mereka yang sudah dibina.Dato Mukhriz tahu Dzafri pun malas untuk melayan telatah Datin Masriza kalau bukan kerana terpaksa dan untuk menjaga hati mamanya itu.Dato Mukhriz juga tahu tujuan Dzafri pindah ke rumahnya kerana malas untuk malayan Datin Masriza yang asyik menyebut tentang Stella sahaja sehingga hampir bernanah telinga Dzafri dibuatnya.
"Tapi macam mana diorang boleh pulak sama-sama ada urusan dekat Terengganu Mukhriz kau ada suruh Sam ikut sekali ke?"
"Hmm aku pun tak tahu nak kata kebetulan, tarikh Sam pergi sama dengan tarikh aku suruh Dzafri pergi sana tak apalah nanti aku sendiri yang tanya pada Dzafri mana tahu kalau dia ada ajak Sam sekali,".
Setelah itu Dato Azri kembali semula ke pejabatnya.Dato Mukhriz pula dihimpit kahairanan atas insiden yang dihadapi oleh Stella dan Sam yang ditimpa kemalangan.Dato Mukhriz berasakan pasti ada sebab Sam ke sana dan ianya bukanlah sekadar kebetulan.Menjelang beberapa minit Dato Mukhriz menerima panggilan dari Dzafri yang memaklumkan bahawa dia sudah tiba di rumah lalu Dato Mukhriz pun pulang untuk menyambut kedatangan pulang Dzafri dan Lysa.
"Haaa balik pun kamu berdua lama Mak Jah tunggu tau,"
"Kalau si Lysa ni tak membedal banyak sangat keropok lekor dekat pasar payang tu sekejap je kami dah sampai Mak Jah tapi tu lah dia ni banyak betul makan sampai lambat jadinya," sekali lagi Dzafri mengusik Lysa dengan segaja.
Mak Jah hanya tersengih mendengar usikan Dzafri terhadap Lysa.Lysa pula seperti biasa memberikan jelingan maut kepada Dzafri setiap kali dia diusik.Kerana kepenatan,Lysa hanya terus masuk ke dalam menghiraukan Dzafri.Dzafri sekali lagi ketawa kecil kerana senang hati berjaya untuk mengusik Lysa.
Sewaktu ingin menutup bonet kereta,Dzafri terkejut ketika melihat Datin Masriza yang pulang bersama Datin Adiba.
Maaf ye lambat update saya baru siap kemas kini novel jadi kepada yang sudah membaca bab ini silalah komen untuk saya menerima pendapat dari anda semua:)
Share this novel