Pada hari ini, Lysa akan mengubah status hidupnya. Dia bersiap di dalam bilik untuk majlis pernikahannya dengan Dzafri. Lysa menatap wajahnya di cermin, seakan tidak percaya bahawa dia akan bergelar isteri tidak lama lagi. Lysa berkata dalam hati, memohon kepada Tuhan sebelum bergelar isteri.
"Ya Allah, andai begini takdir jodohku, aku terima, ikhlas dan reda dengan keputusan-Mu."
Ibu Faz mengetuk pintu bilik Lysa, mengajaknya ke masjid kerana Dzafri dan keluarganya sudah berada di sana. Lysa memasuki kereta yang dihantar oleh Dato Mukhriz. Di luar masjid, Dzafri kelihatan resah menunggu kedatangan Lysa. Dato Mukhriz menghampiri Dzafri dan cuba menenangkannya.
Ketika mereka ingin masuk ke dalam masjid, Lysa dan Ibu Faz tiba, turun dari kereta dan menghampiri Dzafri. Lysa dan Dzafri saling memandang, senyuman Lysa tampak penuh keraguan. Dzafri mengiringi Lysa bersama ibunya dan Dato Mukhriz ke dalam masjid, menuju tempat yang disediakan untuk majlis akad nikah.
Datin Masriza tidak hadir pada majlis tersebut. Dzafri menatap Lysa sebelum akad nikah dimulakan oleh tok kadi. Saat nama Lysa disebut oleh tok kadi dan mahar diserahkan di hadapan Dzafri, Dzafri melafazkan akad nikah dengan lancar hanya sekali lafaz, dan mereka sah sebagai suami isteri.
Dzafri menyarungkan cincin ke jari Lysa, lalu Lysa menyambutnya dengan senyuman, kemudian menyalami Dzafri sebagai suaminya. Dzafri mencium dahi Lysa setelah cincin disarungkan. Ibu Faz dan Dato Mukhriz tersenyum melihat momen itu dan berharap mereka akan melalui kehidupan bersama dengan bahagia selepas berkahwin.
Di London, Sam sedang mengemas baju-bajunya dengan cepat sambil diperhatikan Stella yang baru keluar dari tandas. Stella terkejut melihat tingkah Sam yang tergesa-gesa dan bertanya apa yang berlaku. Sam menjelaskan bahawa mereka perlu pulang hari ini kerana semua kerja sudah selesai. Stella marah setelah mengemas bajunya, baru Sam memberitahu bahawa mereka akan kembali ke Malaysia.
"I dah siap kemas baru you kata kita nak balik harini, and sekarang pulak tu! What is this, Sam!"
"Jangan bising boleh tak? Nampak tak Adib tidur? I nak you packing barang you dan kita balik sekarang," jawab Sam.
Usai akad nikah,Lysa mengelilingi rumah Dzafri yang terasa seperti istana baginya. Datin Masriza datang dan memerhati dari belakang. Lysa terkejut dan menghulurkan tangan untuk menyalami Datin Masriza, tetapi dengan cepat Datin Masriza menolaknya kerana tidak menyukai Lysa.
"Awak jangan ingat saya akan layan awak macam permaisuri dalam rumah ni. Saya takkan anggap awak sesiapa dalam rumah ni," ujar Datin Masriza.
Lysa dengan senyuman menjawab, "Tak apa, nanti saya tolong bibik buat kerja apa yang patut kat rumah ni. Jangan risau, tak payah anggap saya bos bibik, saya pun menantu je dalam rumah ni."
Mak Jah yang berada di sebalik dinding hampir tergelak mendengar kata-kata Lysa. Datin Masriza terkejut apabila mendengar Lysa memanggilnya bibik. Tidak lama selepas itu, Dzafri datang dan menarik tangan Lysa, membawanya ke bilik.Terkejut Lysa setelah diberitahu bibik yang dipanggilnya itu ternyata ibu mentuanya sendiri.
"Kenapa? Terkejut ke? Dengan mak aku pun kau boleh panggil bibik?" tanya Dzafri dengan nada tegas.
Lysa tergamam mendengar kata-kata itu, dan menyedari kesilapannya.
"Manalah saya tahu, awak yang tak beritahu saya. Lepas tu nak marah saya pulak," jawab Lysa.
Dzafri keluar dan menutup pintu dengan kuat, meninggalkan Lysa sendirian. Lysa termenung, bertanya dalam hati, mengapa dia dilahirkan untuk berada dalam kehidupan Dzafri.
Sementara itu Sam yang sudah tiba di Malaysia, dia termenung di hadapan cermin sambil bersiap untuk pergi ke suatu tempat. Stella yang keluar dari bilik mandi bertanya apa yang berlaku kepada Sam. Sam kemudian meninggalkan bilik tanpa menjawab pertanyaan Stella. Stella merasa hairan dengan tingkah Sam yang seakan menyembunyikan sesuatu darinya.
Keesokannya, di pejabat,Lysa melihat fail yang diberikan oleh Dzafri. Dia tidak memahami isi kandungan fail tersebut. Dzafri datang dan meminta Lysa memahami segala isi fail tersebut dengan segera.Ya, mereka sahaja pengantin baharu yang tidak mengambil cuti bahkan menghindari malam pertama dan memilih untuk terus bekerja setelah bernikah.
Kemudian, Lysa diberitahu bahawa dia dipindahkan ke syarikat MDZAF HOLDING sebagai pembantu peribadi Dzafri. Lysa terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa, namun akhirnya menerima keputusan tersebut. Dzafri menyuruh agar Lysa menyelesaikan pekerjaannya dengan cepat dan memahami segala tugasnya dengan segera.
"Lidia dulu yang buat kerja ni, sekarang giliran kau. Kalau kau nak kerja, buatlah dengan baik," kata Dzafri.
Lysa mengangguk, dan dengan rasa terpaksa, dia setuju untuk mengikuti arahan Dzafri. Namun, dia tetap merasa janggal dengan keputusan ini dan perlahan-lahan cuba menyesuaikan diri.Walaupun terasa panas di dada Lysa dia tetap memilih untuk bersabar kerana sedar apa itu tugas sebagai seorang isteri.Jadi demi kerja,Lysa sanggup jadi kuli kepada Dzafri demi sesuap nasi.
Share this novel