Lysa kemudian terkejut akan hal itu lalu sebaik sahaja dia memandang ke arah abangnya ternyata Dzafrilah yang melakukannya.Lysa dengan penuh amarah akan sikap Dzafri itu menghampirinya lantas menampar Dzafri entah buat kali yang keberapa.Ibu Faz kemudian keluar setelah mendengar keriuhan di luar rumahnya.Dzafri menarik tangan Lysa membawa dia ke taman tepat di hadapan rumah di mana dia juga pernah ditampar di situ.
"Kau memang tak ada maruah ke macam mana dah lupa ke aku ni suami kau hah?"
Lysa kemudian menjeling namun tetap diam dengan penuh amarah kepada Dzafri.
"Kau pekak ke Irlysa Dzulaika aku cakap dengan kau ni dah lama ke kau curang dengan aku," bentak Dzafri ke arah Lysa.
"Tu abang saya lah Irfan Dzafri Dato Mukhriz," ujar Lysa dengan penuh nada kemarahan lalu pergi dari situ meninggalkan Dzafri.
Setelah mendengar akan hal itu Dzafri hanya mampu terdiam dengan penuh sesal terhadap Lysa juga kepada abang iparnya itu.Dzafri serba salah dan berasa sesal di atas perbuatannya kepada mereka berdua.Dirinya dengan penuh rasa malu menghembuskan nafas sebelum melangkah pergi meminta maaf kepada Lysa dan Ameer.Sebaik sahaja Dzafri melangkah masuk Lysa dengan cepat naik ke biliknya menghindari Dzafri.
Ameer yang memerhati adiknya dari tangga sambil membawa secawan air mineral datang menghampiri Dzafri lalu memberi air tersebut kepadanya.Dzafri dengan penuh ragu untuk mengambilnya bukan kerana baru melepaskan tumbukan tetapi juga angkara pertama kali bertemu.Ameer tetap memberikannya kepada Dzafri sambil menepuk bahunya supaya membiarkan adiknya itu meredakan amarahnya.Sebaik sahaja minum seteguk air itu,Dzafri meminta maaf kepada Ameer dengan penuh rendah diri.
"Aku minta maaf,aku tak tahu kau abang dia sebab baru aku tahu Lysa rupanya ada abang aku ingat dia ada akak je,"
"Tak apalah Dzaf semua orang buat salah aku pun tak boleh nak marah kau sebab yelah Lysa tu dah banyak kali aku suruh dia cerita dekat kau tentang aku dengan Raisya tapi tak pernah dia cerita,"
"Ooo jadi aku pun ada kakak ipar jugalah selama ni,"
"Bukan kakak dengan abang ipar je kau ada,".
Dzafri mengkerutkan mukanya tanda tidak mengerti ungkapan Ameer itu.Tidak lama kemudian, terlihat sebuah kereta memarkir di perkarangan rumah Ibu Faz sambil terlihat turunan langkah dari si pemilik kaki kecil dari kereta tersebut.Ternyata itu adalah Ammar Raiyan anak kepada Raisya dan Ameer yang merupakan anak saudara kepada Lysa dan Dzafri serta cucu kepada Ibu Faz.Raiyan kemudian turun lalu menutup pintu lantas berlari ke arah ayahnya itu usai sampai di sana bersama Raisya.Raisya cuba menahan Raiyan dari berlari namun apakan daya anaknya itu yang seperti Haiqal Hanafi yang jaguh berlari.
"Papa!," laung Raiyan dengan kuat ke arah Ameer.
Dzafri tidak tahu bahawa dirinya sudah bergelar pak cik dengan cukup lama dan agak terkejut mengetahui akan hal itu.Sebaik sahaja Raiyan turun dari pangkuan ayahnya Ameer menyuruh Raiyan untuk menyantuni Dzafri buat pertama kali.Dzafri tidak menyangka Raiyan menerimanya dengan begitu mudah dan berasa terharu selepas dipeluk oleh anak buahnya itu.Raisya dan Ameer yang terharu melihat hal itu syukur Raiyan senang menerima kehadiran Dzafri dalam keluarga mereka.
"Assalammualaikum uncle Dzaf nice to meet you,"
"Nice to meet you too Raiyan," balas Dzafri sambil mencium dahi Raiyan.
Dzafri kemudian mendukung Raiyan menuju ke bilik Lysa setelah Raiyan meminta untuk bertemu dengan mak cik nya itu.Raiyan memeluk Lysa dari belakang melepas rindu kepadanya.Lysa memeluk erat Raiyan membelakangi Dzafri.Usai sahaja lepas dari pelukan Lysa Raiyan turun dan menghampiri Dzafri.
"Uncle Dzaf jomlah ajak aunty Lysa turun Raiyan laparlah,"
"Ok Raiyan turun dulu nanti uncle bawa aunty turun,"
Raiyan kemudian turun lalu Dzafri duduk di sebelah Lysa yang sedang duduk di atas katilnya.Lysa makin menjauh sebaik sahaja Dzafri duduk di sebelahnya.Dzafri dengan penuh silu tidak tahu dari mana ingin mula untuk melontarkan kata maaf.Lysa segera bangun setelah melihat Dzafri tidak ingin berkata sepatah apapun.
"Lysa aku minta maaf aku tahu aku salah,"
"Nanti kita bincang lagi saya nak kita buat macam tak ada apa jadi untuk sementara ni,".
Ayat sementara itu ditekan tanda Lysa yang menandakan masih belum melupakan apatah lagi memaafkannya.Lysa turun meninggalkan Dzafri sendirian di biliknya.Dzafri menghembus nafas tanda sesal dalam dirinya masih belum dapat dihilangkan.Dzafri kemudian tertoleh ke arah meja belajar Lysa.Dzafri bangun mencapai bingkai gambar yang ada di atas meja tersebut.
"Dzaf minta maaf ayah Dzaf tahu Dzaf salah tapi Dzaf akan jaga Lysa demi amanah yang ayah beri pada Dzaf mulai sekarang," kata Dzafri dalam hatinya.
Ternyata itu adalah potret Lysa dan arwah ayahnya Pak Hamidi sewaktu Lysa di bangku sekolah menengah.Dzafri meletakkan kembali lalu turun menutup pintu bilik Lysa.Sewaktu sahaja Dzafri melangkah turun Lysa sudah berada di hadapannya.Lysa hanya mogok kepada Dzafri atas perbuatannya itu.
Lysa memajukan langkahnya menaiki anak tangga sehingga bertentang bersama Dzafri.
"Kalau awak terus macam ni saya tak akan menyesal abaikan rasa bersalah awak yang dah pernah langgar ayah saya," ujar Lysa kepada Dzafri.
Lysa kemudian naik semula ke biliknya meninggalkan Dzafri yang hanya tercangang di tangga.Dzafri turun mencapai kunci keretanya membawa diri untuk pergi pulang ke rumah yang sudah dibeli olehnya.Ameer hanya mampu melihat dari kejauhan ketika menemani Raiyan bermain di taman bersama Raisya di hadapan rumah.Lysa melihat dari tingkap biliknya kereta Dzafri yang meluru pergi meninggalkan perkarangan rumah.Lysa kemudian mencapai telefonnya lalu menelefon Meira.
"Hello Meira aku nak jumpa kau kejap boleh malam ni,"
"Tentang Dzaf ke ni? haish cubalah kalau ada masalah tu bincang elok-elok jangan lari dari masalah kau,"
"Aku tak lari dia yang tumbuk abang aku,"
"Yes sebab kau tak pernah cerita,kan?" soal Meira kepada Lysa.
Lysa hanya terdiam lalu menamatkan panggilan bersama Meira.
"Aunty tak faham macam mana Stella boleh kahwin dengan Sam sebab Stella sendiri tahu Stella dah bertunang masa flight ke London right?" tanya Datin Masriza kepada Stella.
"Susah Stella nak cerita aunty kalau boleh diputar waktu balik Stella tak akan buat Dzaf macam tu,"
"Life must go on Stella walaupun Dzaf kahwin dengan orang yang aunty tak suka but aunty lagi tak suka dengan apa yang Stella dah buat pada Dzaf,".
Stella kemudian mencapai tangan Datin Masriza dan mengenggamnya dengan erat.
"Aunty, aunty kena tolong Stella untuk dapatkan Dzaf balik please aunty,"
"Stella dah gila ke nak suruh aunty cakap macam tu dekat Dzaf senang-senang macam tu jer," soal Datin Masriza kepada Stella.
Stella hanya mampu terdiam lalu melepaskan genggaman dari tangan Datin Masriza.Stella terlihat kusut dengan apa yang telah dia lakukan terhadap Dzafri.Datin Masriza bangun dari kerusinya berfikir sejenak agenda yang boleh dilakukan bagi memastikan Stella dan Dzafri kembali bersama.Berat hati ingin merancang agenda merosakkan kehidupan perkahwinan Dzafri namun,Datin Masriza sepertinya terpaksa juga menyatukan Stella dan Dzafri walaupun perlu dibenci oleh anaknya itu.
"Kalau Stella boleh buat Sam lepaskan Stella aunty boleh tolong Stella balik pada Dzaf,"
Mak Jah yang ingin menghantar air minum kepada mereka berdua terdengar dan terkejut mendengar akan hal itu.Tanpa dicurigai Mak Jah terus maju menghantarkannya kepada Datin Masriza dan Stella lalu masuk semula kembali ke dapur.Datin Masriza kembali duduk mencapai secawan teh yang telah dibuat oleh Mak Jah lalu meminumya di hadapan Stella.Datin Masriza menyambung semula perbualannya bersama Stella usai meminum seteguk air teh itu.
"So Stella how you think?"
"Aunty tahu kan bukan senang Stella nak buat benda tu,"
"Aunty lagi susah nak suruh Dzaf kahwin lain apatah lagi dengan bekas tunang dia yang tinggalkan dia dengan lelaki lain,".
Stella tergamam mendengar hal itu yang keluar sendiri dari mulut seorang Datin Masriza.Dia bangun dan meminta izin pulang untuk berjumpa dengan keluarganya.Datin Masriza masuk ke dalam naik ke biliknya membuka laci meja soleknya lalu mencapai sekeping gambar yang terlihat dua orang anak kecil di dalam gambar itu.Datin Masriza memeluk erat foto tersebut sepertinya kesal ibarat pernah melakukan sesuatu di masa lalu.Tidak lama selepas itu,Dato Mukhriz pulang mengetuk pintu bilik lalu membukanya.Dengan cepat Datin Masriza menyimpan kembali foto itu di dalam laci setelah Dato Mukhriz masuk ke dalam.
"Awal awak balik hari ni Dzaf ke yang handle meeting tu,"
"Dzaf tak ada dia keluar kot dengan Lysa sebab dia kata nak pergi rumah Fazira jadi saya suruh Aqil uruskan meeting tu,"
"Saya tahu kita jaga Aqil dari kecil tapi awak kena ingat Dzafri tu yang anak awak jadi tolonglah utamakan dia dalam syarikat saya takut Sam mengkhianat,"
"Dia keluarga kita Masriza bekas bakal menantu awak tu yang boleh dikatakan pengkhianat,".
Datin Masriza hanya membalas dengan jelingan sahaja mempedulikan suaminya itu.Sebaik sahaja Dato Mukhriz turun, telefonnya berbunyi mendapat panggilan dari Dzafri.Dato Mukhriz berhenti sejenak di tangga mengangkat panggilan tersebut.Dzafri berkata dia dan Lysa akan menginap di rumah yang telah dibeli olehnya yang hanya diketahui oleh Dato Mukhriz dan Lysa sahaja.
"Papa tolong jangan beritahu mama Dzaf ada dekat sini dengan Lysa Dzaf percaya papa tau,"
"Iya Dzaf papa tak akan beritahu mama kalau Dzaf tak nak jangan risau," kata Dato Mukhriz.
Sebaik sahaja menamatkan panggilan bersama ayahnya itu,Dzafri menoleh ke arah Lysa yang berdiri di luar rumah.Lysa termenung terlihat penuh runsing sepertinya bukan angkara Dzafri menumbuk abangnya Ameer namun seperti ada hal lain yang difikirkannya.Dzafri menghampiri Lysa dari belakang meminta maaf kepadanya buat kali kedua dan berharap maafnya diterima oleh Lysa.Lysa berpaling ke arah Dzafri setelah kata maaf diungkap dari mulutnya.Lysa memandang tepat ke mata Dzafri sambil Dzafri menunggu balasan untuk dimaafkan oleh Lysa.
"Saya maafkan awak Dzafri sebab saya tahu kalau awak tahu awak tak akan tumbuk abang Ameer jadi apa yang awak buat tadi saya akui berpunca dari saya,".
Dzafri lega mendengar hal itu dan dirinya seperti sudah mula akur dengan Lysa setelah insiden itu.Lysa kemudian kembali berpaling mendongak ke langit kembali merenung di sebalik bintang di langit.Dzafri yang ingin masuk membatalkan hasratnya setelah melihat Lysa yang dari tadi tidak berhenti melirik langit.Lysa yang sadar Dzafri masih berada di situ bertanya mengapa dia tidak masuk ke dalam lagi.
"Kau tengok apa dekat langit tu ada yang indah ke?"
"Ada,saya tahu bintang tu indah sama macam orang yang selalu teman saya tengok bintang ni dulu sebelum dia pergi,".
Dzafri tidak mengerti akan hal yang diungkapkan oleh Lysa itu.Dia tidak bertanya sebaliknya hanya menganggap bahawa maksud yang tersirat dari kata-kata Lysa itu adalah arwah Pak Hamidi yang sering menemani Lysa melihat bintang sewaktu dirinya masih kecil.Lysa yang duduk di atas katilnya mencapai telefon membuat panggilan semula kepada Meira.Lysa seakan sudah tahu dan merendahkan dirinya membuang segala amarah kepada Dzafri setelah diberi kiasan dari Meira melalui perbualan mereka sebelum ini.
"Hello Meira aku nak minta maaf dekat kau,"
"Kau tak ada salah dekat aku tapi dekat Dzaf,baguslah kalau kau faham maksud aku dalam rumah tangga ni banyak perkara yang perlu Dzaf tahu tentang kau dan kau perlu tahu tentang Dzafri juga,".
Lysa akur mendengar nasihat dari Meira itu dan cuba menerimanya dengan seikhlas hati.Meira berkata dia ingin berjumpa dengan Lysa sebelum dia pulang ke kampung halamannya.Lysa terima ajakan dari Meira dan akan berjumpa dengannya pada esok hari sesudah mereka pulang kerja.Lysa menamatkan panggilannya bersama Meira sebaik sahaja Dzafri mengetuk pintu biliknya yang membuat dia berpaling ke arah pintu tersebut.
Lysa membuka pintu namun tidak terlihat kelibat Dzafri setelah pintu dibuka olehnya.Lysa melangkah keluar dari bilik mencari keberadaan Dzafri.Ketika Lysa menoleh ke arah meja terlihat sticky note yang tertulis "good night Irlysa Dzulaika" ditampal di atas meja tersebut.Lysa tersenyum sewaktu membacanya di dalam hati sambil diperhatikan oleh Dzafri yang mengintip di sebalik dinding memerhati reaksi Lysa yang turut membuat dirinya tersenyum sumbing.
Pada paginya, Dzafri bersiap untuk pergi ke pejabat.Dia mencapai tali leher yang kemudiannya dipakai sendiri olehnya.Pintu bilik dibuka usai bersiap lalu pergi mencari keberadaan Lysa.Puas Dzafri mencari akhirnya dia melihat Lysa di dapur sedang menyiapkan bekal sebelum pergi bekerja di pejabat.
"Rajin kau masak tak ada duit ke nak beli makanan nanti,"
"Eh mana ada saya saja masak dah lama tak rasa air tangan sendiri,"
"Dah jom nanti kang lambat pulak," kata Dzafri sambil melihat ke arah bekal yang sedang dipegang oleh Lysa seakan menginginkannya.
Sewaktu Dzafri pergi menghidupkan enjin keretanya,Lysa ternyata telah menyiapkan satu lagi bekal buat Dzafri yang juga berisi Nasi Goreng Pattaya yang telah dimasak oleh Lysa.Lysa menyembunyikannya di kerusi yang dimasukkan ke dalam meja supaya tidak diketahui oleh Dzafri.Sewaktu Lysa meletakkan sudu dan garfu ke dalam bekal itu,Dzafri mengehon keretanya memberi isyarat menyuruh Lysa untuk cepat keluar dan masuk ke dalam kereta.
"Oh mak kau hijau," terperanjat kecil Lysa dibuatnya.
"Ishh dia ni tak reti sabar ke baru je minta maaf semalam aku kang eee" bebel Lysa sambil penumbuk dituju ke arah Dzafri dari kejauhan.
Mereka tiba di pejabat lalu Dzafri turun dahulu meninggalkan Lysa untuk naik ke atas agar para stafnya tidak mengesyaki apa-apa soal mereka.Lysa yang sendirian di situ melepas tali pinggang yang dipakainya sambil pintu kereta terbuka luas.Dzafri yang sudah tiba di tingkat atas pejabatnya masuk ke ruangan namun dia kehairanan pintu ruangannya seolah sudah dibuka kerana tidak tertutup rapat.Dzafri dengan cepat membuka luas pintu tersebut lalu bertambah hairan melihat kerusi di ruangannya diduduki oleh seseoran.Sewaktu kerusi dipalingkan ke depan ternyata itu adalah Stella yang dengan sengaja masuk ke ruangannya.
Perbuatan Stella itu membuatkan Dzafri bengang kepadanya kerana masuk tanpa keizinan darinya.Manakan tidak sudah terang lagi bersuluh, siapakah yang tidak bengang di saat si perosak hati kembali sewaktu hati mula ingin disembuhkan dibalik luka lama yang bertaut.Dzafri tidak sanggup melihat muka Stella yang sudah meninggalkannya kembali dengan bergelar ahli keluarga setelah menikahi sepupunya sendiri Sam Aqil.
"Apa you buat dekat sini I tak nak tengok muka you lagi so better you pergi dari sini Syatilla,"
"Sayang you tahu kan I balik Malaysia sebab nak jumpa you kita boleh ada gap semula like before right?"
"Yes Syatilla but the gap must in limit since you was married with my cousin Sam Aqil...," ujar Dzafri kepada Stella yang membuatkan Stella tercengang seketika.
Stella yang mengerti ungkapan Dzafri tu mencapai tas nya lantas ke luar dari ruangan Dzafri juga dalam keadaan bengang setelah mendengar apa yang telah dikatakan oleh Dzafri tepat kepadanya.Dzafri sama sekali tidak mempedulikan Stella yang berlalu pergi sebaliknya mula bekerja sebaik sahaja duduk di kerusinya.Sewaktu Stella membuka pintu keluar ,dia bertembung dengan Lysa ketika Lysa ingin masuk ke dalam.Langkah mereka terhenti di situ dan Stella hanya melirik Lysa dengan pandangan yang tidak berpuas hati yang hanya dibalas selamba oleh Lysa tanda aneh melihat keberadaan Stella di MDZAF HOLDING.
Baru sahaja Lysa ingin duduk,Dzafri memanggilnya untuk masuk ke ruangan dengan segera.
"Irlysa Dzulaika come in," arah Dzafri kepada Lysa.
Lysa hanya bisa menghembus nafas reda memandangkan di pejabat dia adalah seorang pembantu yang perlu menuruti seorang majikan yang ber ego tinggi.Lysa masuk dan berdiri tegak di belakang Dzafri yang memalingkan kerusi kepada Lysa sebelum mula berkata sesuatu.Dzafri hanya duduk tidak berpaling ke hadapan sebaik sahaja Lysa masuk sambil memerhati tingkap di ruangannya dengan emosi yang penuh bengang terhadap Stella.
"Lepas ni kalau perempuan tu datang lagi jangan pernah bagi dia jejak kaki dekat ruangan aku,this is part of your work you hear me Irlysa Dzulaika?"
Lysa hanya mengangguk tanda mengerti gerangan yang dimaksudkan Dzafri iaitu Stella lalu lekas keluar kembali duduk bekerja dengan segera.
Sebaik sahaja Lysa menutup pintu, Dzafri mengenggam tangannya menahan bengang terhadap Stella membuatkan dia teringat kembali pengkhianatan yang pernah dilakukan oleh bekas tunangnya itu.
***********************************************
Usai berdoa,Sam menyiram kuburan Aneem dengan penuh sayu yang meniti di hatinya.Sam tidak pernah lupa akan cinta hatinya itu meski sudah reda dengan ketentuan illahi yang lebih menyayangi Aneem.Sam lalu bangun masuk ke dalam keretanya ingin beransur pergi dari situ.Sebaik sahaja dompet dicapai dari poket seluar,Sam menatap gambar berukuran passport Aneem yang disimpannya.Hanya melalui gambar itu sahaja Sam mampu mengubati rindunya kepada Aneem yang sudah lama pergi.
Sam pulang dan melihat Stella duduk di sofa yang sedang termenung sendiri.Sam hanya membiarkan Stella di situ lalu meneruskan langkah untuk naik ke atas.Baru sahaja ingin naik,Stella bertanya kepada Sam membuatkan langkahnya terhenti.Sam berpaling ke arah Stella yang masih duduk di sofa dan menghampirinya usai mendengar pertanyaan dari Stella.
"Kenapa you tak beritahu I kalau Dzaf tu sepupu you,"
"I tak rasa benda tu penting Stella you pon dah kahwin dengan I so I decide biar jelah you tahu sendiri,"
Stella yang bengang dengan apa yang dikatakan Sam bangun dan meninggikan suaranya.
"You kata tak penting,you tahu tak Dzaf tu cinta mati I sebab perkahwinan ni I dah tak boleh balik pada Dzaf,"
"Bagus, ini balasan untuk you Syatilla,balasan lepas apa you dah buat dekat Dzaf so lepas ni I tak nak you ganggu hidup dia lagi," pinta Sam kepada Stella.
Stella hanya diam dan pergi meninggalkan Sam sendirian di rumah selepas mereka berbalah kecil.Sam mengendahkan Stella kemudian fikirannya kembali ke masa lalu mengenangkan sewaktu dirinya dan Aneem juga pernah berbalah seperti mereka ketika Sam masih bersama Aneem.
"Boleh tak awak berhenti tanya tentang keluarga saya,kita dah janji kan Sam," bentak Aneem kepada Sam.
"Aneem,abang tahu tapi abang risau perkahwinan kita ni terus tanpa restu jadi abang dah putuskan untuk kita balik Malaysia dan Aneem bawa abang jumpa keluarga Aneem,"
"Aneem tak nak sebab Aneem tak akan jilat balik apa yang Aneem dah ludah abang," ujar Aneem dengan penuh sesal kepada Sam.
Entah apa yang berlaku antara mereka sehingga Aneem dan Sam berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Aneem.Sam merupakan anak tunggal dan keluarganya sudah lama meninggal dunia sejak kecil lagi.Aneem tidak diketahui ahli keluarganya oleh Sam kerana dia telah berjanji kepada Aneem tidak akan bertanya soal itu setelah diminta oleh Aneem sewaktu Sam melamar dirinya.Sam terkadang menyangka pemergian Aneem merupakan balasan buat dirinya kerana melarikan seorang anak dari keluarga dengan menjalinkan ikatan tanpa restu sebuah keluarga dari almarhumah isterinya itu.
********************************************
"Nah untuk awak makanlah," Lysa memberi kepada Dzafri Nasi Goreng Pattaya yang telah dibekalkan olehnya.
"Untuk aku?" Dzafri bertanya.
Lysa mengangguk lalu berpaling ingin melangkah keluar dari ruangan Dzafri.Dzafri membuka bekal yang dimasak oleh Lysa di saat Lysa menutup pintu dan ingin makan di ruangannya.Sekali lagi,baru sahaja ingin duduk namanya dipanggil kembali oleh Dzafri di saat perut sudah membuat konsert dengan pelbagai genre.Lysa seakan menyesal pula memberikannya kepada Dzafri dan menyangka Dzafri tidak menyukai masakannya itu.
"Ya Encik Dzafri?" dengan penuh lembut ditambah cuak Lysa bertanya.
"Sinilah yang kau tercegat dekat pintu tu kenapa," selar Dzafri sambil bersandar di kerusinya.
Lysa gugup sewaktu selangkah demi langkah diambil olehnya setelah disuruh oleh Dzafri.Lysa hanya menunduk sahaja tidak mahu melihat raut muka Dzafri yang kelihatan bengis meskipun dia memang sering begitu.Sebaik sahaja Lysa mendongak,dia terkejut di saat Dzafri menendang kerusi dengan menggunakan kakinya.Lysa mengesyaki Dzafri ingin memarahi dirinya kerana masakan yang telah dimasak olehnya.Dzafri kemudian menyuruh Lysa menarik kembali kerusi tersebut lalu disuruh duduk di situ.Lysa yang kehairanan berkerut muka namun turut sahaja terhadap arahan Dzafri.
"Kau makan kat sini dengan aku senang sikit aku sembur kat muka kau kalau tak sedap nasi ni," selamba Dzafri berkata.
Lysa yang sudah biasa dengan gurau kasar Dzafri itu hanya mengendahkannya lalu mula menyantap air tangannya itu.Mereka makan bersama bak juri dan peserta di "Master Chef" di ruangan pejabat.Dzafri melihat Lysa yang sedang makan sambil menunduk dan dirinya tersenyum sumbing kerana Dzafri berjaya menyakat Lysa untuk ajaknya makan bersama.Lysa makan dengan segera tanpa mempedulikan Dzafri.
"Hello abang semalam kenapa Dzafri tak balik puas saya telefon dia tapi dia tak angkat abang mesti tahu dia dekat mana kan?" tanya Datin Masriza kepada suaminya itu Dato Mukhriz.
"Awak ni dia kata dia dengan Lysa tidur dekat rumah Fazira apa masalahnya takanlah nak pergi mentua sendiri pun tak boleh Masriza oi,".
Datin Masriza yang bengang menamatkan panggilan tanpa sebarang kata.Dirinya sangsi dengan apa yang dikatakan Dato Mukhriz soal anaknya itu.Datin Masriza kemudian pergi meninggalkan rumah mencari keberadaan anaknya di pejabat.Mak Jah yang memerhati lekas menelefon Dzafri setelah puas menguping ibarat perisik upahan di rumah itu yang disuruh oleh Dzafri.Dzafri yang sudah diberitahu oleh Mak Jah lekas mengemas segala fail di atas mejanya dengan tidak ada sebarang keresahan.Dzafri kemudian keluar dari ruangannya tanda ingin menghindar dari kehadiran Datin Masriza.
"Haa kak Lidia betul ke saya buat ni," tanya Lysa kepada Lidia sambil mengarahkan komputer kepada Lidia.
"Dah betul dah cuma yang ni....,"
Belum sempat ayat Lidia dihabiskan tangan Lysa ditarik oleh Dzafri membuatkan dirinya terbangun dari kerusi sambil tercangang.Lidia yang melihat itu membulatkan matanya sambil berpura seperti sedang menyibukkan diri sewaktu Dzafri datang menarik Lysa.
"Eh Dzafri awak nak bawa saya pergi mana ni saya tengah kerjalah nanti bos marah,"
Dzafri melepaskan tangan Lysa buat seketika dan menunjukkan jarinya ke arah dinding yang bertuliskan nama syarikat MDZAF HOLDING kepada Lysa.
"Kau nampak tu Lysa?"
"Nampak,tu kan nama company ni MDZAF HOLDING jadi kenapa?"
"Jadi untuk makluman kau,MDZAF HOLDING tu diberi dari nama aku dan nama papa maksudnya kalau papa tak ada kat sini akulah bos kau so ikut aku Irlysa Dzulaika," arah Dzafri kepada Lysa sambil jari telunjuk dituju tepat ke arah matanya.
Lysa hanya menurut kerana bukan sahaja Dzafri adalah majikan tetapi Dzafri juga adalah suaminya.Lysa mengekor Dzafri dari belakang lalu mereka berdua masuk ke dalam kereta Dzafri lantas pergi dari pejabat.Setelah mereka pergi,Datin Masriza tiba di MDZAF HOLDING sejurus sahaja Dzafri memandu pergi dari situ membawa Lysa.Datin Masriza lalu masuk dan naik ke tingkat atas.Lidia yang sedang membancuh kopi pandangannya tertumpu ke arah Datin Masriza yang terlihat ingin naik ke atas.
"Ooo patutlah Encik Dzafri bawa Lysa rupanya Datin Masriza nak datang," Lidia lalu segera kembali ke mejanya.
Sebaik sahaja Lidia duduk Datin Masriza tiba di mejanya menepuk meja Lidia.Lidia yang sedang minum terkejut lalu tersedak air kopi yang diminumnya.Lidia lantas bangun setelah menyadari Datin Masriza sudah tiba tepat di hadapannya.Lidia berasa dirinya ibarat nyawa di hujung tanduk ketika dipandang sinis oleh Datin Masriza.
"Mana Dzafri awak kan p.a dia kenapa tak update pada saya tentang dia tak pandai buat kerja ke," bentak Datin Masriza kepada Lidia.
"Eeee datin ni dulu memanglah aku p.a dia tapi manalah pernah kerja aku kena update tentang Dzafri dekat dia lagipun sekarang tugas aku Lysa dah ambil ishh macam mana aku nak elak ni," rungut Lidia dalam hatinya.
Lidia hanya membalas dengan berkata Dzafri dan Lysa baru sahaja pergi bermesyuarat di luar agar Datin Masriza tidak terus bertanya pada dirinya soal keberadaan Dzafri.Datin Masriza kemudian pergi sambil memberi jelingan kepada Lidia sebagai salam pemergian yang diberikan kepadanya.Lidia mengusap dadanya tanda lega dari musibah seketika yang perlu dia hadapi seharian bekerja.Para staf yang lain hanya menyibukkan diri mereka tidak mahu terkena seperti Lidia.
"Nasib baiklah tak lebam Dzafri tumbuk muka awak kalau tak mesti teruk dibuatnya," kata Raisya sambil membelek ke kiri dan ke kanan wajah suaminya itu.
"Alah tak apa sikit je ni lagipun tak guna saya marah dia kan? dia pun tak tahu siapa kita ni sebelum dia kenal,saya dah agak dah Lysa mesti tak beritahu lagi tentang saya pada Dzaf," balas Ameer.
"Hmm kalau awak pun dia tak beritahu maknanya tentang Rina pun dia tak cakap lah kan?"
Ayat itu membuatkan Ameer tersentak dan terhenti dari ingin bangun mencapai alat kawalan jauh di atas meja.Apa yang dikatakan oleh Raisya membuat Ameer mengingat kembali Arina dalam ingatannya.Puas Rina dicari namun sudah lama tidak ditemui setelah sekian lama ikhtiar pencarian dilakukan.Ameer berasa gagal menghampakan ibunya kerana telah menyerah dalam mencari kehilangan adiknya itu yang juga merupakan kakak kepada Lysa.
Ameer,Rina dan Lysa merupakan tiga beradik yang telah dilahirkan oleh seorang insan yang bergelar ibu dan telah terjalin erat hubungan persaudaraan antara mereka sejak kecil kerana dididik untuk saling mengasihi.Namun,sejak tujuh tahun yang lalu Rina telah hilang meninggalkan mereka dan dirinya masih tidak ditemui sehingga sekarang.Kali terakhir mereka bersua bersama Rina adalah ketika berjalan bersama sewaktu bercuti.Rina hilang dibawa lari berkemungkinan diculik kerana Ibu Faz terlihat anaknya itu dibawa menaiki van secara paksa sehingga kejeritan sewaktu Ibu Faz ingin menghampirinya setelah terdengar jeritan dari Rina.
sorry for late update.To readers,starting after this chapter next time new update will publish at 21.00 p.m.
Share this novel