Bab 17

Romance Series 50765

Dzafri yang melihat Datin Adiba rasa menyesal pula tidak membiarkan sahaja Lysa melantak lebih banyak keropok lekor sewaktu mereka berada di pasar payang.Dzafri tahu kalau adanya Datin Adiba maknanya adalah tu yang dirancang oleh mamanya.Bukan dia tak tahu dari dulu lagi Datin Masriza begitu.Dzafri cukup kenal dengan perangai Datin Masriza kalau dibawanya teman ke rumah mesti ada punya udang di sebalik batu.

"Eh Dzafri baru balik ke haa baguslah sebab aunty ada benda nak bincang dengan Dzafri ni aunty tunggu kat dalam yer," Datin Adiba masuk ke dalam selepas menegur Dzafri.

Kalau dah disuruh masuk tu memang sah lah Dzafri kena menghadap Datin Adiba sekali hari ini.Dzafri menghebus nafas panjang sebelum masuk ke dalam.Bukan kerana dia tak sudi,tapi dia letih melayan pelanduk dua serupa seperti mamanya itu.Tapi kerana tidak mahu digelar biadap Dzafri pun merelakan diri untuk menadah telinga walaupun dia penat memandu.

"Haa Dzaf duduklah kami ada benda nak cakap ni," kata Datin Masriza kepada Dzafri.

Dzafri lantas duduk setelah disuruh oleh Datin Masriza.Walaupun Dzafri sudah tahu perkara yang nak dibincangkan adalah tentang dia dan Stella Dzafri tetap membuat memek muka yang ingin tahu kepada mereka.Dzafri memang malas nak melayan Datin Adiba lepas apa yang Stella dah buat padanya tapi bila dia fikirkan tentang Dato Azri dia hadap sajalah.Dan memang betul sangkaan Dzafri,Datin Adiba meminta hal yang gila menurutnya sebaik sahaja dia duduk di sofa.

"Dzaf, aunty nak Dzaf beritahu Sam untuk lepaskan Stella,".

Sah! Datin Adiba memang sudah gila menurutnya.Dzafri yang mendengar ayat itu terkejut kerana Datin Adiba selamba sahaja menyuruhnya untuk membuat Stella dan Sam berpisah.Yang lebih peliknya lagi,Datin Masriza setuju pula dengan apa yang dikatakan Datin Adiba kepadanya.Melihat mamanya yang begitu Dzafri sudah menyangka mesti inilah rancangan mereka semasa berjumpa tadi.

"Aunty, aunty tolonglah jangan mengarut ada banyak benda lain lagi Dzaf kena buat lepas Dzaf balik ni tau,"

"Aunty tak main-main Dzaf aunty nak diorang berpisah," selamba lagi Datin Adiba berkata.

Kalau bukan kerana dia menghormati Datin Adiba sudah lama dia berganjak dari situ.Entah apa yang dibenci sangat Sam tu pun Dzafri tak tahu.Dzafri menoleh ke kiri dan kanan mencari helah untuk menghindar.Lambat pula Dato Mukhriz tiba di rumah kalau tak setidaknya adalah peluang dia lari dari Datin Adiba dan mamanya itu.

Lysa yang sedang mengemas dia atas pula hairan kerana Dzafri tak kunjung naik ke bilik.Setahu dia bukan main penat lagi Dzafri memandu sampai membebel Dzafri di telinganya.Tapi bila dah sampai rumah tidak pula Dzafri naik untuk berehat.Lysa yang lama menunggu pun turun untuk melihat Dzafri tanpa dia tahu ada dua bala di bawah yang sedang Dzafri hadapi.

Dzafri yang melihat Lysa menuruni tangga gigih memberi isyarat menyuruh Lysa naik semula ke atas.Dalam banyak-banyak waktu kenapalah sekarang dia turun ke bawah rajin pula kakinya melangkah selepas melantak.Lysa mula menyedari isyarat yang Dzafri beri padanya sebelum dia menuruni anak tangga terakhir.Memang tiada guna dia sedar di saat akhir kerana ketika itulah Datin Adiba pula sedar Lysa berada di situ.

"Eh ada Lysa sekali ke meh lah duduk sini sekali Lysa aunty pun ada benda nak cakap dengan Lysa ni," kata Datin Adiba kepada Lysa pula.

Rasa menyesal pula Lysa turun nak tak nak dia kena duduk sekalilah menghadap Datin Adiba nampaknya.Sewaktu Lysa menuju ke sofa laju Datin Masriza melirik Lysa dari atas ke bawah seperti biasa dia menilai Lysa.Di saat Lysa mahu melabuhkan punggungnya di sofa di sebelah Datin Adiba, tangan Dzafri laju menyuruh Lysa duduk di sebelahnya.Dzafri tahu kalau Lysa duduk di situ memang habislah Lysa dijeling dari atas ke bawah oleh Datin Adiba.

"Lysa aunty sebenarnya nak minta maaf pasal haritu alah lagipun kalau setakat air terkena Lysa takkanlah itupun Lysa nak terasa," selamba Datin Adiba melontar kata maaf.
Anak-beranak kalau bercakap memang tak pakai otak agaknya.Geram Lysa sewaktu mendengar ayat Datin Adiba itu.Kalau ikutkan hati nak sahaja dia balas dengan tumpahkan air teh yang sudah Mak Jah hidangkan ke Datin Adiba.Memang tak bertapis sungguh Datin Adiba kalau bercakap minta maaf pun minta gaduh menurut Lysa.

"Hah Lysa kenapa turun ni bukannya mama panggil Lysa pun," Datin Masriza pula membuka mulut menambahkan sakit hati Lysa.

Lysa menarik muka sebelum menjawab Datin Masriza lalu melontarkan pula ayatnya.

"Eh takdelah mama tadi dalam kereta Dzafri mintak Lysa urutkan dia lama Lysa tunggu jadi Lysa turunlah,".

Hamekkk kau!!!. Ayat Lysa itu bukan sahaja buatkan Datin Adiba dan Datin Masriza tercangang malah Dzafri turut terbeliak mendengarnya.Tak sangka sungguh Dzafri Lysa memang mahir menjawab sekarang.Dia ingatkan Lysa akan diam sahaja seperti biasa tapi kali ni padu sungguh Lysa membalas.

Datin Adiba yang mendengarnya panas hati pula untuk terus duduk di situ.Datin Masriza apatah lagi, mestilah dia terkejut menantunya sudah tidak sama lagi seperti dulu.Dzafri pula menggerakkan kepala ke kiri dan kanan sambil mengurut bahunya berpura memang ingin diurut oleh Lysa.Alang-alang dah ada peluang baik dia gunakan untuk menghindar dari situ sebelum dia pula yang melontarkan ayat padunya.

"Oklah ma,aunty, Dzaf dengan Lysa naik dulu eee Dzaf memang penat sangat ni nak suruh Lysa urut sekejap," kata Dzafri sambil memegang tangan Lysa untuk naik ke atas.

Akhirnya bebas juga mereka dari seksa selepas pulang dari Terengganu.Datin Adiba yang bengang melihat Lysa dipimpin Dzafri naik ke bilik terus bangun untuk pergi dari situ.Datin Masriza yang turut meluat melihat Dzafri dan Lysa pun bangun lalu berpamit bersama Datin Adiba.Pandai Lysa mengatur waktu untuk Datin Adiba pulang kerana di saat Datin Adiba sedang panas hati datanglah Dato Azri menjemputnya.

Dato Azri dan Dato Mukhriz juga bijak mengurus masa tiba di rumah seiring isteri-isteri kesayangan tengah panas hati.Dalam hati yang tengah panas Datin Adiba mempedulikan sahaja Dato Mukhriz yang turun dari kereta Alphard milik Dato Azri yang menumpangkannya.Hairan Dato Mukhriz melihat Datin Adia tapi dia tahu mesti adalah tu yang buatkan angin besan tak jadinya itu menjadi kacau.Sebaik sahaja Datin Adiba masuk ke kereta,Dato Azri pula yang hairan melihat muka cemberut isterinya itu.

"Haa awak ni dah kenapa tiba-tiba je monyok selalu bukan main suka kalau datang sini jumpa Mas,"

"tak ada apalah dah cepatlah jalan lama saya tunggu awak tau," Datin Adiba beralasan.

Dato Azri yang sudah biasa dengan tingkah Datin Adiba hanya diam tanpa bertanya lagi lalu memandu pulang ke rumah.Dato Mukhriz yang masih di luar rumah bertanya pula kepada Datin Masriza ada apa dengan sahabat duniawinya itu.Datin Masriza tidak menjawab bahkan hanya menjeling sahaja sewaktu Dato Mukhriz bertanya.Setelah tidak dijawab,Dato mukhriz bertanya pula keberadaan Dzafri dah Lysa kepada Datin Masriza.

"Ada kat atas tu tengah mengada berdua awak nak tahu lebih-lebih awak pergilah tengok sendiri," jawab Datin Masriza dengan menyampahnya.

Mendengar jawapan dengan nada sebegitu Dato Mukhriz beranggapan adalah yang isterinya bengang dengan Dzafri dan Lysa selepas mereka pulang dari Terengganu.Tanpa bertanya dengan lebih banyak Dato Mukhriz pun masuk ke dalam tidak ingin membuakkan lagi amarah isterinya.Dato Mukhriz hanya membiarkan sahaja Datin Masriza di luar yang sedang berdiri di hadapan kolam renang sambil menggelengkan kepalanya tidak mengerti apa yang dibenci sangat Lysa menantunya itu.Kadangkala Dato Mukhriz pun hairan perangai Datin Masriza seolah budak-budak ada aja ragamnya walaupun sudah di usia kubur kata mari.

"Kau memang nak urut aku ke apa bukan main lagi ayat kau masa kat bawah tadi," Dzafri bertanya kepada Lysa.

"Eh awak jangan nak perasan eee saya saja je tadi nak mengelak dari Datin Adiba tu memang taklah saya nak urut awak,".

Dzafri ketawa kecil di atas katil setelah mendengar Lysa berkata sebegitu sewaktu Lysa sedang mengemas baju-bajunya ke dalam almari.Dzafri memang kagum dengan tindakan Lysa sewaktu melontarkan jawapan habis terbeliak mata Datin Masriza dan Datin Adiba dibuatnya.Rasa terhutang budi pula Dzafri kepada Lysa kerana sebab Lysa lah dia dapat menghindar tadi.

Baru sahaja ingin baring,Dzafri menerima satu panggilan di telefonnya.Ternyata,Sam lah yang menelefon Dzafri untuk bertanyakan keberadaannya yang dikhabarkan sudah pulang dari Terengganu.Dzafri keluar dari bilik untuk menjawab panggilan Sam.Setelah panggilan dijawab oleh Dzafri,Sam terus menanyakan khabarnya.

"Ha Dzaf aku dengar Lidia kata kau dah sampai jadi aku ingat nak jumpa kau kejap kat rumah aku,"

"Ooo boleh je aku baru sampai ni aku pon ada benda nak suruh kau cerita,"

"Haaa cerita apa pulak ni?" Sam berpura dari Dzafri.

"Cerita macam mana kau boleh kena tamparlah kau ingat aku tak tahu ke apa Datin Adiba buat,".

Sam terkedu mendengar itu dari Dzafri.Dia lupa bahawa Dzafri bukan sahaja menjadi sepupunya malah sudah ibarat ahli keluarga terdekat dengan Dzafri.Setelah mereka menamatkan panggilan,mereka masing-masing pun bersiap untuk berjumpa.Sewaktu Dzafri sedang menata rambutnya Lysa yang hairan melirik Dzafri ketika dia sedang mengemas semula baju-bajunya ke dalam almari.

"Kau dah kenapa tengok-tengok kalau nak kata aku ni kacak cakap je lah,"

"Eee perasannya awak ni hah ni nak pergi mana pulak ni bukan main tadi kata penat bawak kereta lepas tu sibuk nak keluar,"

"Aku ada hal sikit dah siap cepat ikut aku,"

"Lah saya kena ikut jugak ke saya penatlah Dzafri,"

"Aku bukan suruh kau ikut aku,aku hantar kau rumah ibu je dah cepat jangan banyak cekadak aku tunggu kat kereta,".

Dalam pada Dzafri masih belum menyayangi Lysa,dia tahu Datin Masriza membencinya jadi Dzafri menghantar Lysa ke rumah Ibu Faz untuk menghindarkan Lysa dari Datin Masriza.Dia buat begitu juga adalah sebahagian cara untuk membalas budi Lysa yang sudah membantunya menghindar dari Datin Adiba.Lysa yang sudah siap pun turun ke bawah menuju ke kereta Dzafri.Dia mengambil langkah secara berjaga kerana tidak mahu bertembung dengan Datin Masriza.

Sewaktu Lysa sedang berjalan menuju ke kereta Dzafri,Dzafri yang berada di dalam kereta aneh melihat tingkah Lysa berjalan seperti pencuri sewaktu dia sedang menghidupkan enjin keretanya.Dzafri terus bertanya kepada Lysa ketika dia sudah pun masuk ke dalam kereta duduk di sebelahnya.Dzafri mula bertanya selepas sahaja Lysa sudah memakai tali pinggang.

"Kau ni dah kenapa dah macam nak mencuri aku tengok nak masuk kereta pun bukan main takut kau ni,"

"Ish awak ni saya ni berjaga-jaga dari mama kalau dia tanya nanti saya nak jawab apa?"

"Ada-ada je lah kau ni tak faham aku dah duduk diam-diam aku nak drive ni,".

Dzafri pun mula memandu menuju ke rumah Ibu Faz untuk menghantar Lysa.Setibanya di sana,Dzafri menurunkan Lysa tepat di hadapan rumah Ibu Faz.Lysa pun turun sebaik sahaja tiba di sana.Ibu Faz yang teruja melihat kedatangan Lysa menyambutnya dengan penuh riang kerana sudah lama tidak berjumpa.

"Hah Lysa kenapa Dzafri tak turun sekali tadi?" tanya Ibu Faz kepada Lysa.

"Dzafri ada urusan sikit ibu nanti-nanti dia datang sini," Lysa menjawab.

Lysa dan Ibu Faz kemudian masuk ke rumah selepas selesai bersoal jawab di pintu rumah.Lysa yang sudah puas melantak keropok lekor dihidangkan pula dengan cucur udang oleh Ibu Faz.Tapi kalau dah namanya Lysa selagi itu makanan selagi itulah dia tetap akan makan walaupun sudah kekenyakan.Sudah puas Lysa makan di dapur dia pun naik ke biliknya untuk menunaikan solat asar.

Dzafri yang sudah tiba di rumah Sam disuruh duduk di sofa sebelum dihidangkan air oleh Sam.Sam kemudian duduk juga di sofa sebelum dia mula bercerita tentang insiden tamparan itu.Dzafri meneliti semua yang dicerita oleh Sam lalu dia mula menyampaikan maafnya.

"Aku minta maaf Sam sebab aku kau kena tampar,"

"Kau tak salah apa pun Dzaf benda dah jadi dah pun,".

Meskipun Sam tidak menyalahkan Dzafri,dia tetap serba salah kepada sepupunya itu.Selepas itu Dzafri meminta diri kepada Sam untuk dia kembali ke rumah Ibu Faz.Sebelum Dzafri berganjak keluar,Sam mula menanyakan soalan yang sukar untuk dijawab oleh Dzafri.Lagkah Dzafri terhenti sebaik sahaja dia mendengar soalan yang diajukan oleh Sam.

"Kau masih sayangkan Stella?"

Dzafri kemudian berpaling kembali ke arah Sam.

"Aku tak ada jawapan untuk tu Sam yang penting sekarang kau yang kena ada untuk Stella,".

Dzafri kemudian pergi dari situ. Sam pula terdiam setelah mendengar jawapan Dzafri.

Sila lah komen selepas membaca bab ini>3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience